Resepi Noxxa

Bihun Goreng Noxxa

11:00 AM

Morning semua.. salam isnin yer uolls.. wake up jangan malas2 yer.. tak payah la monday blues sangat ok.. tapi aku sndiri terlajak bangun pagi tadi.. kahkahkah.. ok fine... meh ni aku nak share 1 resepi yang agak mudah nak buat.. tapi banyak kali jugak praktis buat bihun goreng dalam noxxa ni.. sometime tak jadi.. ngeee.. ehh Noxxa ni macam2 leh guna buat.. bihun goreng 3 minit jer.. giler mudah kan.. jom kita tengok bahan2 & cara masak guna noxxa.. 

Bahan-bahan :-
* Bihun 
* Cili kisar
* Daging lembu
* Fishball
* Bawang putih
* Bawang merah
* Kicap pekat
* Sayur sawi

Cara-caranya :-

Guna kaedah mode stir fry, panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang merah sehingga kekuningan serta naik wangi. Setelah itu, masukkan cili kisar masak sehingga pecah minyak ok jangan korang naik minyak sudeh!!!

Selepas itu korang masukkan la isi daging & fishball.. gaul hingga sebati.. Untuk sukatan 1 bag bihun korang guna cawan noxxa sukat sebanyak 5 cawan. and then masukkan garam serta pak aji yer..

Masukkan bihun yang telah dibasuh tadi dan sayur sawi.. tengelam kan semua bihun dalam kuah tadi.. bihun tak perlu rendam ok.. 

Tutup periuk noxxa. dan tekan mode STEAM selama 3 minit. setelah 3 minit releasekan wap & gaul2 bihun hingga sekata.. dah siap...

Bihun goreng noxxa tak perlu nak kacau susah2 atas kuali lagi.. hahahha.. mudah kerja mama tau.. 


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook