Advertorial

Memanjakan Diri Dengan "Oil In Body Milk" Dari NIVEA Skin Delight

4:23 PM

Kecantikan adalah sesuatu yang sangat subjektif dan ia bergantung kepada persepsi budaya masing-masing. Mama tidak nafikan untuk seseorang kelihatan cantik kita haruslah menjaga kulit agar ia sihat dan menjaga dengan sempurna. Kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati. Oleh itu, ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit untuk mencantikkan diri anda.

NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran Nivea telah mengeluarkan satu produk untuk memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri ketika di kamar mandi. Nivea Skin Delight direka dengan satu tujuan utama iaitu memberikan kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri.


Pada baru-baru ini mama telah menerima satu bungkusan hadiah daripada pihak Nivea untuk mama mencuba sendiri Nivea Skin Delight terbaru yang berada di pasaran. Mama telah mendapat 2 Nivea Skin Delight Glowing Rose dan Relaxing Lavender. Memula mama bau haruman ternyata sangat wangi tapi mama sedikit keliru adakah ini mandian ataupun lotion. Setelah mama baca detail baru mama faham Nivea Skin Delight ini adalah lotion yang dari oil in body milk. Menarik bukan.

Ini kerana kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit kerana Nivea Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk "body milk" yang mudah untuk disapukan.

Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan mandaat menyubur dan mencerahkan kulit. Oleh itu, sejak beradad lamanya lagi semua golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia disapukan dan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri.


Nivea Skin Delight terdapat 2 wangian iaitu Glowing Rose dan Relaxing Lavender. Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk menwangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.


Selain itu, lavender atau nama saintifiknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergununggan di Asia. Terkenal dengan profil wagiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Oleh itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.

Mama memanjakan diri dengan Nivea Skin Delight ketika selepas mandian bagi menyegarkan badan mama ketika dalam pantang. Wangian yang mama suka adalah Glowing Rose yang sangat wangi bunga mawar membuatkan mama sentiasa segar sepanjang hari. Sapuan "body milk" ini ke seluruh badan ketika badan masih lembap dan biarkan minda merasa tenang dengan wangian floral yang mengasikkan. Ia juga membuatkan kulit menjadi lembut dan halus serta melembapkan kulit sepanjang hari. 

Dengan dua wangian yang lembut iaitu Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda. Nivea Skin Delight terdapat dalam dua size yang dijual pada harga pengenalan RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi size 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit RM21.90) untuk saiz 400ml. Rangkaian produk Nivea ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi.


Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.nivea.com.my




Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook