Advertorial

Syahirah Vitalis Eau De Cologne | Serlahkan Pesonamu, Raih Bintangmu

8:30 AM

Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia iaitu Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda sebagai wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Ia juga disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamour, menepati imejnya. Selepas ia diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. 


Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan memberi kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Hanya semburan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda membuatkan anda elegan dan berkeyakinan diri serta daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan khas pengguna beragama Islam. 

Baru-baru ini mama dapat bungkusan dari pihak Syahirah Vitalis Eau De Cologne untuk mama mencuba sendiri koleksi wangian terbaru Syahirah. Yang menariknya mama dapat 2 botol haruman Syahirah terbaru dan 2 tester mini haruman Syahirah dan beserta 1 Clutch Bag yang sangat elegan. Terima kasih kepada Syahirah kerana hadiahkan mama semua ni. Untuk rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warni berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter sendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk "serlahkan pesonamu, raih bintangmu".


Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu :-
  • Haute Couture | Botol Merah - Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture  menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.
  • Femme Chic | Botol Biru - Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberri bersama jambangan bunga menawan serta adunan kasturi vanilla yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. 
  • Celebrite | Botol Oren - Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik. Setiap semburan akan membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.
  • Glam Star | Botol Hijau - Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona dengan haruman esen bunga-bungaan dan buah-buhan hijau segar. Wangian ini akan menjadi tumpuan orang ramai dan bauan kelihatan glamour dalam kehidupan seharian anda.
Haruman wangian Syahirah dengan 4 wangian yang terpesona


Oleh itu, "posyen ajaib" ini wajib dibawa kemana sahaja di dalam bag tangan sebagai perangsang keyakinan dengan setiap haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda. Wangian haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk "serlahkan pesonamu, raih bintangmu".


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook