I Hetchu Jaundice

2:04 PM

Benda yang paling aku takuti dan paling aku tak nak benda ni terjadi. Dan benda ni terjadi jugak.. Ohhh stress rasa. Padahal benda ni mama pengalaman dah 2 kali anak2 masa depa kecik lagi. Kali ni berdoa dan berdoa tapi baby still kena jaundice. Allah penat sangat. Bayangkan lepas keluar dari hospital hari ke 2, hari ke 4 masuk balik NICU Serdang sebab baby kuning. Huwaaa pantang apa jadah macam ni.. Kalo ikutkan pengalaman memang boleh lali dengan benda ni... Tapi kekadang boleh nak meroyan jugak oihhh... T___T

Masa Abang Qebal pun 11 hari kena warded NICU Serdang.. Doc cakap kalau kat kepala dia keras hilang lah kuning tu.. Pantang apa tetiap hari pegi hospital.. Penat, sakit semua ada rasa macam tak pantang pun time tu. Sampai satu tahap gaduh dengan doc la nak bawak balik baby. Dah bawak balik baby, nurse datang umah check pulak kata ni kuning ni kena bawak pergi hospital. Terus bawak baby pergi hospital Seremban pulak.. dushh 1 malam baby kat sana.. Aduii.. esoknya kalo boleh keluar terus nak bawak balik Kedah. Esoknya doc check bacaan kuning turun terus balik kedah. Balik kedah, nurse sana pulak datang check.. pfffttt apa lagi depa check kata kuning masuk hospital Yan pulak.. huwaaa stress mama korang tau!! akhirnya Qebal prolong jaundice sampai dekat abis pantang.. 

Masa Qeram pun prolong jaundice tapi dia bernasib baik tak perlu kena phototherapy tu.. tapi tetaplah prolong jaundice sebab susu ibu selama sebulan jugak.. haishhh semua anak2 mama yellow2 eh... 

Baby Qeisya siap mama makan tablet susu kambing la.. makan anggur hitam la.. ehh macam2 la orang kata petua tu elok mama buat. Baby keluar tetap kuning. Orang kata darah O kuning lama.. ntah la... Nasib la 2 hari jer duduk NICU Serdang.. itu pun kuning tinggi hampir nak tukar darah. Nasib tak kena tukar... Kalo tak risaunya... yang tak syok duk bawah lampu biru tu panas tau.. abis burn kulit baby putih ni.. Yang lagi tak tahan doc ambik darah kat atas tapak tangan. Sian la baby mesti sakitkan.. Habis la lebam2 tapak tangan dia.. 

Tengok sampai berdarah macam ni.. Sedih sangat. 

Dan yang paling sedih lagi masa baby duduk bawah lampu biru tapi baby nagis dan kita tak boleh angkat. Allah meramu ayaq mata lah tengok. Kalau dah masuk NICU ni mama try fikir positif. Ingat anak aku just kuning jer.. tapi anak orang lain macam2 lagi teruk sakit. Ada yang jantung berlubang la.. ada yang baby kecik besar anak kucing la.. ada yang sakit itu ini la.. so mama think positif. sabar dan sabar.. InsyaAllah jaundice hilang..

Alahai sian la tengok gambar Qeisya mcm ni.. sampai berat dia turun tau.. 

Mesti ada cakap tak cuba ker petua-petua lain. Hmm dah macam2 petua mama buat. Mandi air buah keranda kuning beli kat sensei la.. air rendaman pokok dukung la.. air rebusan sayur kucai la.. dah yer macam2 dah buat okey!!.. Suruh aku minum air susu kambing ker, air buah anggur hitam semua dah.. huwaaa stress tau.. hari ni baby dah 19 hari tau. Doc cakap baby Qeisya lahir 36 weeks belum cukup matang so doc akan check bacaan kuning baby sampai bawah 5 tapi kalo still tak turun juga doc akan check sampai baby 21 hari. lepas tu tak perlu datang lagi sebabnya baby kena prolong jaundice. Hmmm sama macam abang2 dia jugak ler jawabnya... Bertabah la mama ko ni Qeisya..

Tengok la bacaan tu.. Ini semua bacaan di klinik. Kalau bacaan hospital ratus2 korang darab jer dengan 17 dapat la bacaan ratus2 tu.

Ni yang last turun skit jer.. pppffttt tensen.. last isnin ni check baby 21 hari.. lepas tu pergi klinik utk cucuk sebulan..

Nampaknya muka mama & baby jer selalu lawat klinik kan. hahaha.. aduii sat ja rasa dah 19 hari.. nanti dah cucuk sebulan. dah tak sabar nak 44 hari weh.. serabut mama nak handle anak2 laki 2 orang tu. rumah macam tokang pecah ker tsunami ker ntah la memang mama tak leh nak buat.. baju berlungguk tak lipat. nanti la mama kemas. sekarang sakit la mata tengok umah tak kemas ni. hahahah.. camner la nanti mama dah balik kedah, jenuh nak handle baby dari Qeram ni.. Qeram bahaya skit sebab dia suka melompat2 tepi baby. Qebal takper lagi boleh faham tapi Qeram alamatnya mama kena tempik jugak dengan dia tau... Haishhh serabut jugak yer mama beranak 3 ni ehhh.. Huhuhuhu... Doakan baby cepat hilang Jundice ehh.. I hetchu Jaundice!!!


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook