Kata YFS Top Best 10 Family Store In Malaysia, tapi bila masuk....

6:56 AM

Tapi bila masuk, YFS Concept Store No.1 memang paling affordable punya family store among all brands. Oh my awat la sebelum ni mama tak perasan yer butik ni. Rasa sedikit menyesal pun ada tau. Ishhh macam tahun lepas mama kemahin gigih pergi bersesak di butik Padini demi nak beli baju raya untuk anak-anak. Tapi untuk tahun ni mama dah tak segigih tahun lepas. Tambah Padini buat sale awal puasa selama 4 hari, confirm tobat ramai umat bersesak berebut beli baju dekat situ. ohhh tak kuasa lah!!


Senarai Top Best 10 Family Store In Malaysia
  1. Padini
  2. Cotton On
  3. Nichi
  4. YFS Concept Store
  5. FOS
  6. LOL
  7. H&M
  8. Uniqlo
  9. Brand Outlet
  10. M&G
Yes mama akui butik Padini antara no 1 dari 10 butik yang menjadi pilihan ibu bapa di Malaysia untuk membeli pakaian sekeluarga. Tapi kalau dah bersesak dengan ramai orang lepas tu beratur panjang untuk membayar mengalahkan ular kena patuk memang tak laaaa.. Hahaha. Ehh jangan tak tahu ada jer tempat lain boleh kita shopping. Buat apa kita nak tuju satu butik tapi kita boleh cari pilihan butik yang lain. Hahh tak gituuu..

YFS Concept Store adalah no 4 dalam senarai Top Best 10 Family Store in Malaysia. Kenapalah baru sekarang mama tahu wujudnya butik seperti ni. Ishh kalau tahu tak perlu mama nak berebut dan bersesak dengan orang ramai tau. Ehh jangan tak tahu butik YFS ni semua ada tau dari untuk bapak, mak-mak ke anak-anak semuanya ada lah. Fashion dan design baju dekat butik YFS ni memang trendy dan style ok. Harganya pulak walaweh memang tak masuk akal sama jer harga dengan butik-butik yang lain yer. Tak percaya korang boleh terjah butik YFS ni yer. 


Nampak ni mama gigih nak share benda ni dengan korang tau. Tambah dengan ekonomi yang tidak stabil ni, sebagai seorang ibu mama perlu shopping pakaian anak-anak dengan jimat cermat. Ye lah kita kan rakyat marhaen dengan 3 anak ni kena pilih baju yang berkualiti tapi harga mampu poket. Masa raya ni lah duit mengalir macam air kan. Tu belum balik raya lagi hahahha so mama nak share dengan korang butik YFS ni dapat menjimatkan kewangan korang pada musim perayaan. Dah jom kita tengok apa menarik di butik YFS Concept Store.


Masuk jer bahagian lelaki di butik YFS ni terus mama terpaku kejap tengok harga. Serious aarr biar betul harga seluar AD Jeans ni. Kalau beli 2 helai jeans ni RM140 tambah lagi sehelai lagi hanya bayar RM20 jer. ehhh kiranya 3 helai hanya RM160. murah bukan memang berbaloi beli jeans untuk raya ni. Entah-entah jeans ni boleh sampai tahun hadapan. nampak tak penjimatan dekat sini. Selain itu ada juga tawaran beli 2 hanya RM100 dan untuk yang ke 3 hanya tambah RM20 sahaja. 



Bukan tu jer promo untuk seluar pendek yang berwarna warni seperti di atas ni pun beli 3 hanya RM100 jer. mana nak dapat dengan harga macam ni betul tak. Manakala baju tshirt untuk lelaki pun pelbagai design dan warna menarik. Tengok la gambar bawah ni beli 3 hanya RM50. Ish ish ishh senang terus untuk 3 hari raya yer tak. Hahahha. mama kalau bab berjimat memang kena bijak.


Lepas tu mama shopping untuk baju-baju mama pulak. First memang mama tuju dekat bahagian seluar jeans sebab mama memang gemar pakai jeans setiap hari. Ini pun tengok harga mama dah terpegun. Selalu mama beli sehelai jer dah RM60 tapi ni beli 2 RM80 huhuhuhu tatahan laa tengok harga jeans ni murah kan. Untuk size jangan risau yer dari size 24 hingga size 36 pun ada. 



Blouse dan kemeja pun banyak design untuk mak-mak. so boleh la buat pilihan yang menarik hati. Harga dari RM39 ada, RM49 ada, ni hahh RM59 pun ada. Baju yang mama pegang tu dah duk angkat letak angkat letak jer. Tapi tak sempat beli lagi huwaa balik rumah rasa menyesal pulak sebab tak rembat sehelai baju blouse ni. Hahaha sekarang sapa yang tak boleh tidur, mama jugak. Oh ya dekat butik YFS ni pun ada jual pelbagai handbag wanita yang trendy. Boleh la bergaya di pagi raya yer tak. 



Dan tak lupa juga bahagian kanak-kanak perempuan dan lelaki pun ada. Kalau untuk kanak-kanak perempuan memang cute dan pelbagai warna menarik dekat sini. Harga pun murah dan berbaloi dengan baju. Ada jeans budak-budak, baju dress kembang, tshirt, kemeja ehh semua ada la. Tak percaya tengok la gambar yang sempat mama snap untuk mama share kat korang. Nak letak semua kang penuh satu blog pulak. Hahaha nak senang korang terjah butik YFS yer. 



Untuk budak lelaki paling senang nak shopping kat anak-anak mama. Dia orang kalau ada seluar jeans panjang atau seluar pendek kemudian digayakan dengan tshirt atau kemeja dah cukup. Hahaha budak lelaki la senang tak merumitkan dan tidak menyusahkan mama nak beli baju dekat dia orang. Tengok la harga tshirt yang mama pegang dekat bawah ni. 3 helai hanya RM50 mana nak dapat sehelai hanya RM16 macam ni. Ishh murah sangat dah tu. Oh ya kualiti kain sama jer dengan butik-butik yang lain yer. 


Seluar pulak mama dah berkenan seluar pendek dekat gambar bawah ni. Allahu awat la cantik-cantik sebab warna warni. Nahhh nak warna apa biru ada, pink ada, merah ada, grey ada, ehhh semua warna ada hahh dan harga dia bapak murah RM20 jer sehelai. Seluar ni dipadankan dengan tshirt di atas memang cun dan stylo. Betul tak? hehehe siap mama sakat anak bujang mama suruh dia pakai pink terus dia cakap tak nakkkk pink tu untuk perempuan. hahahaha




Oh ya sempena perayaan Hari Raya tahun ini, bagi pelanggan yang berbelanja dalam RM200 ke atas dalam satu resit akan dapat percuma cash voucher sebanyak RM50 lagi. Woww best ni boleh la lepas tu shopping lagi. Promosi ini hanya sah dari 11 May 2019 sehingga 4 June 2019. Untuk promosi ini ada terma dan syarat yang dikenakan. 



Nampak muka mama yang excited dapat shopping baju anak-beranak di butik YFS Concept Store ni. Bukan sahaja dapat menjimatkan wang malah tak perlu bersesak dengan pelanggan lain. Yang penting baju fashion di sini trendy, berkenan di hati dan of coz la murah menjadi keutamaan mama. So, yang mana belum beli baju raya untuk anak-anak atau untuk diri sendiri datang la terjah butik YFS Concept Store di The Mines Shopping Mall atau di outlet YFS seluruh Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website : www.yfscorp.com

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. saya pon lebih memilih untuk membeli belah pakaian di sini sebabnya ada saiz yg ngam2 untuk sy. tak macam kebanyakkan kedai pakaian yg lain. susah bila badan terkurang kilo nie. hahahahaa

    ReplyDelete
  2. ni godaan suh singgah ni, mama..hehe

    ReplyDelete
  3. ni godaan suh singgah ni, mama..hehe

    ReplyDelete
  4. Saiz pula cun tak ikut usual saiz kita?

    ReplyDelete

Like us on Facebook