Product Review

Sanny & Joleen Lifestyle | Antioxidant Serum

6:45 AM

Serum merupakan satu produk berbentuk gel atau cairan berasaskan air yang ringan kepada kulit wajah. Serum juga adalah satu produk merawat kulit yang bermasalah untuk dijadikan wajah semakin cantik. Betapa pentingnya serum ini bagi gadis atau wanita ingin memiliki wajah yang cantik dan tak lupa juga kepada jejaka pun boleh juga memakai serum ini pada setiap hari.


Kali ni mama nak review satu serum antioxidant dari Sanny & Joleen Lifestyle. Serum ini bagusnya mengandungi Vitamin B3, B5 dan E. Selain itu, serum ini diperbuat daripada Calendula Oil, Olive Oil, Tangerine Fruit Peel Extract yang bagus untuk melembapkan kulit wajah agar kulit sihat sepanjang hari. Heheh mama tetap pakai walau asyik terlupa nak sapu setiap hari. Ehh tak guna dekat wajah tapi boleh jer guna dekat badan sama tau. Memang multi purpose sangat serum ni.


Serum ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensetive. Oh ya jangan tak tahu serum ini telah diperakui oleh dermatologist tested serta bebas dari sulphates dan paraben dan ia tidak mengandungi bahan-bahan yang bahaya seperti :
  • No sodium lauryl sulfate
  • No sodium laureth sulfate
  • No animal derivatives
  • No mineral oil
  • No alcohol
  • No harash detergent
  • No artificial colours
  • No EDTA
  • No propylene glycol
  • No synthetic fragrance

Yang paling best serum ni sebab serum ni tidak berminyak atau melekit pada kulit dan mudah meresap ke dalam kulit muka selepas cuci muka. Cuma mama tak berapa suka sangat dengan wangian serum ni bau dia kurang menyenangkan tapi overall ok jer lepas sapu. Untuk serum ini terdapat 2 size iaitu 10 ml dan 30 ml. Oh ya paling mudah dengan sebotol serum ini boleh digunakan pada wajah dan juga badan sekali. 

Antara kebaikkan Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle adalah :-
  1. Mengurangkan pigmentation
  2. Mengurangkan jerawat
  3. Mengurangkan parut 
  4. Mengurangkan kedutan pada wajah
  5. Untuk dehidrasi kulit
  6. Mengurangkan kesan sunburn
  7. Mengurangkan tanda stretch mark 

Walau bau serum ini agak kurang menyenangkan tapi paling best dia punya cooling effect memang wow sangat. Untuk muka mama memang jarang sapu tapi mama kerap sapu pada parut di lengan dan perut memang nampak berkurangan. Itu baru sapu time ingat kalau kerap penggunaan mama rasa parut eczema di lengan mama ni mesti berkurangan. 

Harga Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle
10 ml | RM49.00 
30 ml | RM97.00

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook