Event

Pelancaran AR Colouring Book Set Aliff & Amani

11:19 AM

Sekarang dunia semakin pantas maju ke hadapan dan semuanya hanya dihujung jari sahaja. Sehinggalah pembelajaran anak-anak kita pun semuanya menggunakan teknologi seperti gadget. Tapi jika kita tidak awasi mereka mungkin boleh mengakibatkan salah guna gadget tersebut. Jadi kita sebagai ibu bapa haruslah peka dengan situasi ini untuk mengelakkan perkara buruk yang tidak diingini berlaku kemudian hari.


Beruntung kanak-kanak sekarang dapat belajar dengan teknologi yang moden. Dengan cara ini kanak-kanak lebih cepat belajar, focus dan menyeronokkan. Bukan sahaja belajar merujuk dari buku malah dapat melihat abjad bergerak 3D di smartphone pula. Menarik sangat pembelajaran berbentuk begini kerana kanak-kanak tidak cepat bosan.

Pada Sabtu lepas, mama berkesempatan pergi ke majlis pra pelancaran produk Aliff & Amani iaitu AR Colouring Book Set Aliff & Amani di Space U8 Shah Alam. Menariknya set buku ini menggunakan applikasi teknologi dari smartphone. Set buku ini mengandungi 3 buah iaitu ABC, 123 dan Alif Ba Ta yang sangat sesuai dari umur 3 tahun hingga 6 tahun.


Bagi AR Colouring Book Set Aliff & Amani ini telah dirasmikan oleh Ustaz Dr Taha Omar pada petang tersebut. Untuk pengetahuan semua, set buku ini merupakan formula terbaru khas untuk anak-anak pantas belajar dengan pakej buku ajaib ini. Dengan adanya buku ajaib ini kanak-kanak pasti ada aktiviti mewarna sambil bermain menggunakan smartphone. Jadi ibu bapa tidak perlu risau anak-anak mewarna sesuka hati pada permukaan dinding lagi. 



Selain itu, watak animasi Aliff dan Amani ini semakin terkenal kerana mereka telah banyak berkongsi info pembelajaran dan juga doa-doa harian yang disiarkan di saluran Youtube Aliff & Amani. Watak Aliff & Amani yang cukup comel dengan suara yang kanak-kanak pasti dapat menarik minat anak-anak yang ingin belajar dan menghafaz doa-doa dari Aliff & Amani ini. Memang sangat bagus untuk kanak-kanak mudah untuk belajar dan menghafaz doa dengan mudah.



Untuk AR Colouring Book Set Aliff & Amani ini didatangkan dalam set yang lengkap dan mengandungi 3 buah buku, set pensil warna, fridge magnet dan button badge yang menarik. Harga yang ditawarkan pada tempoh promosi adalah RM129 daripada harga asalnya iaitu RM199.



Bagi AR Colouring Book Set Aliff & Amani ini membolehkan anak-anak buat aktiviti mewarna bersama-sama ibu bapa dalam buku tersebut. Kemudian selepas selesai mewarna bolehlah ibu bapa muat turun applikasi Aliff & Amani AR Colouring Book 123 dari Google Play dan App Store. Selepas itu bolehlah scan objek yang anak-anak kita warna. Yang lagi menarik anak-anak boleh melihat objek yang mereka warna dalam bentuk 3D siap boleh bergerak lagi. Dari sini kita boleh melatih mereka mewarna sesuatu objek dengan teliti dan kreatif.

Nak tengok lebih detail mengenai set buku Aliff & Amani boleh tengok video ni yer


Qeisya suka dengan set buku Aliff & Amani ni. Mama dah mula mengajar dia mewarna dalam buku tu walau dia warna tak cantik takper asalkan Qeisya belajar mewarna. Orang kata praktis make perfect tak gitu. Lama-lama dia pandai la kan. Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai set buku ini boleh dapatkan sekarang AR Colouring Book Set Aliff & Amani memang berbaloi untuk kanak-kanak belajar mengenal ABC, 123 & Alif Ba Ta dan belajar mewarna serta daoat bermain 3D di smartphone.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook