Resepi Roti Jala & Kari Ayam Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™

9:40 AM

Ramadan bakal tiba tidak lama lagi dan diikuti oleh sambutan Hari Raya sebulan kemudian. Sahur dan iftar sepanjang Ramadan, diikuti oleh sambutan Eid sememangnya dapat mengumpulkan sanak-saudara dan rakan taulan untuk menikmati hidangan tradisional, di samping meneroka makanan baru yang enak. Bagi kebanyakan orang, hidangan istimewa adalah yang dimasak di rumah.


Ayam Brand™, terkenal sebagai produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet. Ini termasuklah hidangan tradisional kegemaran ramai, selain resepi mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Terdapat 2 jenis variasi santan Ayam Brand iaitu Santan Kelapa dan Trim Santan Kelapa. Dua santan ini seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat. Kemarin mama masak Roti Jala & Kari Ayam menggunakan santan kotak dari Ayam Brand.


Resepi Roti Jala

Bahan-bahan :-
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu
  • 1 kotak santan Ayam Brand
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak
Cara-caranya :-

Kisarkan semua bahan di atas ke dalam blender. Kemudian jalakan atas pan leper. Setelah masak angkat lipat dan gulung.

Resepi Kari Ayam Kentang & Carrot

Bahan-bahan :-
  • Bawang putih dimayang
  • Halia ditumbuk
  • 3 sekawan 
  • Ayam 
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • 1 biji carrot dipotong
  • Air asam jawa
  • 1 kotak santan Ayam Brand
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam 
Cara-caranya :-
  1. Tumis 3 sekawan dengan bawang dan juga halia naik wangi
  2. Kemudian masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ubi kentang, carrot dan ayam, kacau sehingga lembut. 
  4. Setelah itu masukkan air asam jawa dan masak sehingga ayam masak. 
  5. Tuang santan kotak dan masukkan kerisik. dan kacau sehingga sebati
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam.

Resepi roti jala mama masukkan santan dan roti jala ni jadi lebih sedap dan creamy. Tekstur roti jala pun cantik jer. Manakala kari ayam letak santan Ayam Brand makin bertambah lemak dan jangan risau santan Ayam Brand ini bebas kolestrol dan sihat serta 45% kurang lemak.

Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mendapatkan lebih banyak resepi Ramadan dan Hari Raya.

Love,

/>

You Might Also Like

3 Comments

Like us on Facebook