EVERSOFT Micellar Cleansing Water | Tanggal Solekan Lebih Mesra Kulit Dengan 100% Organik

5:13 PM

Kosmetik memang tidak dapat dipisahkan dengan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.


EVERSOFT adalah jenama yang dipercayai lebih 20 tahun dan memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik yang menggunakan teknologi Jepun. Terbaru EVERSOFT™ kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah. 


Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas.


Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/SLS, propylene, glycol, phthalates, wangian, alcohol, minyak mineral, dan pewarna, menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit. 

  • EVERSOFT™ AVOCADO Micellar Cleansing Water – Untuk Kulit Normal 

Kebanyakkan wanita mempunyai kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, disarankan menggunakan EVERSOFT™ Avocado Micellar Cleansing Water yang akan membantu mengekalkan keseimbangan kulit. Selain itu dapat menyuburkan serta meremajakan wajah kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran, serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.

  • EVERSOFT™ TOMATO Micellar Cleansing Water – Untuk Kulit Kering 

Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, haruslah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit. Dengan EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun, iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.

  • EVERSOFT™ GRAPEFRUIT Micellar Cleansing Water – Untuk Kulit Berminyak & Berjerawat


Manakala wanita mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, bolehlah berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat. 



EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah, atau untuk menggunakannya ketika bercuti. Malah boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan manfaat nutrien untuk kulit yang bersih dan sihat.


Rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung) / RM27.20 (Sabah & Sarawak)*Harga termasuk 6% SST. dalam botol bersaiz 300 ml di semua pasaraya besar, pasar raya hyper, dan farmasi di seluruh negara. 

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. mmg best micellar cleansing water ni..harga pun not bad kan

    ReplyDelete

Like us on Facebook