beautea by Safi | 100% Ekstrak Teh Premium Melindungi kulit wajah

2:53 PM

Menjadi wanita berjaya dan tampil cantik pada masa yang sama bukannya sesuatu yang mudah. Namun bukan juga sesuatu yang mustahil. Pengembaraan kecantikan itu sama seperti kehidupan, pasti ada cabaran yang menguji keyakinan.

Sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumah, kita mula terdedah kepada tiga punca masalah kulit utama yang menjadi cabaran kepada wanita masa kini. Punca pertama adalah pencemaran persekitaran seperti debu kotoran, asap kenderaan, sinaran UV dan radikal bebas menjadi penyumbang kepada masalah kulit kusam, bintik hitam dan masalah penuaan pramatang.


Ditambah dengan tekanan jadual harian yang padat, berjaga lewat malam, serta masalah hormon tidak seimbang pula bertindak sebagai punca kedua masalah kulit yang mengumpul minyak di bawah lapisan kulit wajah seterusnya menyebabkan jerawat, tekstur kulit berminyak serta tona tidak sekata.

SAFI memahami keperluan sebuah produk penjagaan kulit wajah khusus bagi mengatasi masalah kulit wajah masa kini. Memperkenalkan, BEAUTEA by SAFI dengan 100% teh premium menjadikan jenama ini sebuah jenama pertama yang memfokuskan terhadap penggunaan pelbagai jenis daun teh seperti White Tea, Green Tea dan Black Tea yang dipilih dengan teliti berdasarkan keunikan manfaat bagi kecantikan kulit wajah yang telah terbukti berkesan.

Inovasi sains kecantikan terbaharu SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE - sebuah makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya.


BEAUTEA by SAFI menggabungkan manfaat 100% ekstrak teh premium yang kaya dengan antioksida dan bahan aktif semulajadi yang membersih dan melindungi kulit wajah dari radikal bebas dengan efektif. Ia diuji secara dermatologi, BEBAS daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, Paraben, dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM.

Rangkaian BEAUTEA by SAFI menawarkan 3 jenis pembersih dan 1 skrub muka. Setiap satu berfungsi membantu proses detoksifikasi kulit dari pencemaran berbahaya, membersih sisa kotoran solekan dengan mendalam dan sepenuhnya. Ia turut melegakan kulit daripada jerawat akibat stres, menyegarkan dan meningkatkan benteng pertahanan kulit dari radikal bebas.


BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Penghidratan White Tea & Damask Rose
  • Menghidrat
  • Mengecilkan liang pori 
  • Produk ini sesuai untuk kulit kering dan normal 
Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini bertindak membersih pori yang tersumbat dan mengeluarkan kotoran pada kulit wajah anda. Dirumus dengan gabungan ekstrak White Tea & Damask Rose yang diperkaya dengan antioksida agar dapat mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan pori.


BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Anti JerawatGreen Tea & Neem
  • Melindungi kulit daripada jerawat
  • Mengawal sebum 
  • Produk ini sesuai untuk kulit normal dan berminyak 
Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini merupakan hasil gabungan ekstrak Green Tea & Neem yang padat dengan antioksida bertindak sebagai benteng pertahanan kulit daripada serangan radikal bebas. Ia melegakan kerengsaan kulit sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan bekas parut jerawat.


BEAUTEA by SAFI Pembersih Muka DetoksBlack Tea & Black Orchid 
  • Membantu kulit untuk detoks
  • Bebas haruman dan sesuai untuk kulit sensitif
  • Mencegah tanda awal penuaan 
  • Produk ini sesuai untuk kulit sensitif 
Pembersih yang mengandungi Asid Amino dan bertekstur krim ini sangat lembut dan bebas sabun, dirumus dengan ekstrak Black Tea & Black Orchid yang harum dan diperkaya dengan 2x manfaat antioksida yang berupaya membersih kotoran dengan mendalam, membantu kulit untuk 3/3 detoks sepenuhnya sambil mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit wajah dari masalah penuaan awal.


BEAUTEA by SAFI Skrub Penghalusan MukaApricot Tea
  • Membuang sel kulit mati agar kulit tidak tersumbat 
  • Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit
Krim skrub yang dirumus dengan gabungan ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan bertindak membersihkan liang-liang kulit wajah, menggelupas tanpa mengeringkan kulit. Ia berfungsi bagi membantu memulihkan tekstur, melicinkan dan mecerahkan kulit. Hasilnya, kulit cerah dan berseri.


Kini dengan BEAUTEA by SAFI yang diperkaya dengan 100% ekstrak teh premium yang sangat mudah dan korang hanya picit tiub pada tapak tangan dan gosok bersama air sehingga berbuih. Oles keseluruh wajah dengan gerakan putaran. Bilas dengan air dan nikmati kulit wajah yang bersih dan segar semulajadi. Rangkaian BEAUTEA by SAFI dijual pada harga RM23.20(150g) boleh didapati di semua farmasi terpilih di Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai SAFI, sila layari 

Website : www.safi.com.my 

Ayuh bina keyakinan diri setiap wanita bersama dengan berkongsi kisah transformasi kulit sihat SAFI anda dengan memuat naik di profil media sosial berserta tanda pagar #BEAUTEABYSAFI #SAFIMALAYSIA #PREMIUMTEACLEANSERS .

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. Paling suka rose sebab bau dia memang wangi mewangikan bilik air lepas cuci muka.Hihi
    scrub dia pun best tak kasar sangat

    ReplyDelete

Like us on Facebook