SMI Cars Rasmi Ruang Pameran Baharu & Tawar Kepada Pelanggan Potongan Harga Sehingga 50%
9:09 AM
SMI Cars Sdn Bhd, atau dahulunya dikenali sebagai
Superbike Motortrade International Sdn Bhd, telah melancarkan ruang pameran
kenderaan yang pertama di Jalan Ampang hari ini. Diterajui ahli pengurusan yang
berpengalaman lebih 30 tahun dan seorang pengarah muda, SMI Cars menawarkan
pelbagai model kenderaan mewah dan kenderaan impot kepada rakyat Malaysia,
terutamanya warga Kuala Lumpur. Sebagai ahli PEKEMA, SMI Cars komited untuk
menjadi pengimpot yang menawarkan inovasi terkini dan perkhidmatan peribadi yang
tersendiri.
Terletak strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur, bangunan satu tingkat ini telah direka
oleh seorang bakal arkitek berumur 19 tahun, Asyraaf Khan, yang menampilkan seni
bina moden dengan suasana mesra untuk memastikan keselesaan pelanggan diberi
keutamaan.
Mempamerkan hampir 150 variasi kenderaan berkualiti tertinggi, antara
kenderaan yang memenuhi ruang pameran SMI Cars adalah Mustang, Lamborghini,
Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi
kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and
Toyota Estima.
Bagi meraikan ruang pameran baharu ini, SMI Cars telah menganjurkan sebuah upacara
perasmian ‘normal baharu’ dengan kehadiran peminat-peminat automotif dan
persembahan oleh artis-artis tempatan. Pengunjung-pengunjung berpeluang untuk
meneliti pilihan yang ada sebelum membuat keputusan dan diberi kesempatan untuk
memandu-uji kenderaan yang mereka sukai. Untuk tidak menimbulkan sebarang
kerisauan dan keraguan tentang soal kesihatan, SMI Cars komited memastikan bahagian
luar dan dalam kenderaan disanitasi setiap kali selepas dipandu-uji.
Bersama NICO G yang merupakan Event MC pada hari tersebut
Berpeluang bergambar dengan penyanyi terkenal Dato Jamal Abdillah
Pengarah SMI Cars, Dato’ SM Zulkifli berkata, “Kami amat teruja dengan perusahaan ini
dan tidak sabar untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan. Mungkin ada yang
mengatakan kami masih muda, tetapi di SMI Cars kami menerima pembaharuan
dengan sepenuh hati, sebab itu kami berbangga dengan Irene Deanna sebagai salah
seorang ahli pengurusan syarikat ini. SMI Cars percaya mereka mempunya masa
hadapan yang cerah dengan kehadiran orang muda dalam pengurusan atasan syarikat
kerana ianya dapat menggalakkan inovasi dan pemikiran yang maju ke hadapan. Inilah
keunikkan SMI Cars kerana kami menghargai kepimpinan belia dan yakin golongan ini
berperanan penting dalam industri ini pada masa akan datang.”
Sebagai pengarah muda di SMI Cars, Irene Deanna menambah, “Kami tahu bahawa
untuk dikenali kami harus bersikap dinamik. SMI Cars bersedia untuk menuju ke arah
inovasi yang akan mengganggu norma industri dan kami berbesar hati untuk kongsikan
rancangan kami apabila tiba waktunya. Matlamat kami adalah untuk menawarkan
pelanggan-pelanggan kami dengan pelbagai pilihan yang luar biasa dan pengalaman
baharu yang mengagumkan sepanjang proses pembelian kereta impian mereka. "
Persembahan dari NICO G
Selain menawarkan potongan cukai jualan sebanyak 50 peratus seperti yang telah
diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di bawah rancangan
pemulihan ekonomi jangka pendek bagi membantu sektor automotif yang dikenali
sebagai Penjana; SMI Cars turut membuat tawaran khas Merdeka. (*Tertakluk kepada
terma dan syarat)
SMI Cars berharap dengan penurunan kos memiliki kenderaan impot para pelanggan
akan teruja dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara kita. Bagi mereka yang sedang
mencari kenderaan baharu atau ingin menaik-taraf kenderaan yang sedia-ada, sekarang
adalah peluang terbaik untuk membeli kenderaan impian anda dengan harga yang
lebih rendah.
Untuk maklumat lanjut mengenai SMI Cars :
Facebook : @SMI Cars | Instagram : @SMI_Cars
Love,
1 Comments
wow cantik
ReplyDelete