Resepi Noxxa

Sup Siam Noxxa

10:40 AM

Hai korang.. Hari ni cuti yeaa.. Ehh memang mama hari2 mama cuti hokey.. ok dengan kesempatan ini mama nak ucapkan kepada semua penganut agama budha yang meraikan raya cina tahun ini. Selamat Tahun Baru Cina & Gong Xi Fa Chai.. 

Ok mama nak share resepi sup kemarin.. Mama memang suka makan sup.. mama nak cuba resepi sup siam.. pernah rasa sekali di warung2 pantai timur dan ternyata sup siam ni sedap.. rasa masam-masam dari limau yang diperah ke dalam sup membuatkan lagi aroma sup tu sangat sedap!!.. Jom kita tengok bahan dan caranya... Kalo korang nak masak atas api pun boleh yer.. mama campak jer dalam noxxa sebab nak lembutkan daging dengan cepat!!..

Bahan-bahannya :-
* Daging lembu / tulang lembu 
* Kentang
* Tomato
* Limau nipis
* Daun sup

Bahan tumis :-
* 3 sudu rempah sup
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
* 1 batang serai
* 5 biji cili padi

Cara-caranya :-

Panaskan minyak dalam periuk noxxa dengan tekan mode stir fry. Tumis semua bawang kemudian masukkan rempah sup dan kacau sehingga naik wangi.

Kemudian masukkan air kedalam periuk dan masukkan serai, cili padi dan daging lembu. Kacau dan tutup periuk noxxa dan tekan mode HP selama 10 minit.

Setelah 10 minit, release periuk noxxa dan tekan mode stir fry, kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan kentang, perahan limau nipis, garam serta pak aji. Kacau seketika dan akhir sekali masukkan tomato sehingga nampak layu dan off kan periuk noxxa.

Siap Sup Siam Noxxa.. Rasa masam limau dengan rasa rempah sup daging yang sangat sedap.. 

Selamat Mencuba... 

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

Like us on Facebook