Product Review

Cloth Pads Sweet n Cozy | Diyakini Selamat Untuk Wanita Masa Kini

9:11 AM

Pernah tak korang terfikir pads pakai buang yang berada di pasaran adalah daripada kertas kitar semula, kadbod atau pulpa kayu yang diproses menggunakan peluntur untuk kelihatan putih dan bersih tetapi ia mengandungi bahan kimia yang sangat bahaya. Itu lah hakikatnya, jika kita menggunakan dalam tempoh yang lama boleh mengakibatkan pertumbuhan yis dan juga bakteria. Menakutkan bukan?


Ok mama pun dah hampir 8 bulan tak datang bulan yer la mama kan mengandung nak datang celah mana yer tak.. Hahaha. Walau mama mengandung mama still guna tapi mama guna yang pantyliner jer lah itu pun kalau mama mengalami keputihan yang berlebihan disebabkan kurang tidur atau stress. Kadang-kadang macam rugi pula nak pakai pantyliner pakai buang sebab nak kena beli dalam kuantiti yang banyak dan selepas itu mama tak pakai. Mama memang masalah skit kalo pakai yang jenama luar ni bukan apa kadang2 mama mengalami kegatalan dan tidak selesa memakai pantyliner tersebut.

Tapi setelah mama menggunakan Minky Cloth Pantyliner mama rasa selesa sampai tak rasa pakai pantyliner pun. Yang bestnya permukaan lapisan pantyliner sangat lembut dan mama tak der lagi melecet atau gatal-gatal seperti menggunakan pantyliner jenama luar. Dan yang paling penting lagi pantyliner ini boleh dibasuh semula tanpa perlu buang ke tong sampah. Ini dah satu penjimatan serta pengurangan sampah dalam rumah. 


Korang pernah dengar Cloth Pads?

Cloth pads adalah pad kain yang boleh digunakan semula iaitu kembali kepada cara lama sama alternative kepada pad pakai buang. Cloth pads ini adalah mesra alam, boleh digunakan semula bertahun-tahun, menjimatkan kos serta mempunyai manfaat kepada kesihatan dan rasa selesa seperti tidak memakai pad.


Kadar penyerapan dengan cloth pads ini adalah dari zorb yang dapat menyerap 10x ganda dari saiznya dan ia menyerap dengan cepat sehingga 20x ganda berbanding cotton. Bamboo sangat selesa dan memberi kelembapan sehingga 3-4 kali ganda daripada kapas. Bamboo juga dikenali yang bersifat hypoallergenic yang mempunyai perlindungan antimicrobial semulajadi untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang menyebabkan bau.


Kalau korang perhatikan cloth pads yang diperbuat handmade ini sangat menarik dan berwarna-warni. Pelbagai corak yang menarik dan lapisan permukaan diperbuat daripada minky yang sangat lembut. Lapisan dalamnya pulak mempunyai lapisan istimewa zorb dan bamboo yang mampu menyerap dan lapisan PUL sebagai lapisan kalis bocor. 

Di Sweet n Cozy terdapat 4 pilihan size iaitu :-

Minky Cloth Pantyliner - RM 21.00
Size 21 cm | For Lightdays | Bamboo Fleece as core | PUL as waterproof 




Minky Medium Cloth Pads - RM 27.00
Size 26 cm | For Medium Flow | ZORB as core | PUL as waterproof


Minky Heavy Cloth Pads - RM 37.00
Size 30 cm | For Heavy Flow | ZORB & Heavy bamboo Fleece as core | PUL as waterproof


Minky Maternity Cloth Pads - RM 45.00
Size 37 cm | For Super Heavy Flow | ZORB & Heavy bamboo Fleece as core | PUL as waterproof
Untuk Harga Pakej

Cara mencuci Cloth Pad - Ia mudah di cuci kerana material Minky tidak meninggalkan kesan darah. Hanya perlu tonyoh dengan air paip biasa sehingga air bilasan bersih. Jika terdapat kesan darah boleh di rendam dengan air garam atau air sabun. Kemudian basuh seperti biasa dengan tangan atau boleh di basuh dengan mesin basuh. Cloth Pantyliner untuk kegunaan harian (tiada darah) boleh di basuh seperti pakaian biasa.

PERINGATAN!!

JANGAN basuh dengan air panas, kerana ia akan melekatkan lagi darah pada kain
JANGAN gunakan peluntur (bleach) dan pelembut (softener)
JANGAN gunakan berus kerana akan memendekan jangka hayat Cloth Pad


Cara memakai Cloth Pad
  1. Lipatkan bahagian “wing” ke luar seluar dalam dan butangkan supaya cloth pad tidak bergerak.
  2. Di galakkan menukar setiap 3-4 jam mengikut “flow” anda supaya anda sentiasa selesa. Atau jika anda mempunyai Heavy Flow dan pada kebiasaanya menukar setiap 2 jam, maka tukar setiap 2 jam mengikut kebiasaan.
  3. Elakkan seluar dalam yang longgar supaya Cloth Pad tidak bergerak dan mungkin akan kebocoran.

Apa tunggu lagi jom kita bertukar ke cloth pads yang lebih selamat,  mesra alam, lebih sihat dan menjimatkan kewangan anda. Selain cloth pads, di Sweet n Cozy terdapat pelbagai barangan handmade yang membuatkan korang akan teruja untuk membelinya.


Untuk sebarang pembelian Cloth Pads Sweet n Cozy boleh layari :-

Facebook : Sweet n Cozy
Telefon / Whatsapp : 017-333 0966


Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. akak terus terang ckp jue....akak tak kuat dan tak tabah hahaahahah senang kata tak rajin...so diapers jugak la pilihan akak...tapi sebaiknye gune laa something yg boleh memelihara alam sekitar kan...dpt jimat pun satu hal...

    ReplyDelete
  2. nieyl pun sama..tiada kerajinan mcm kak lieya...
    Tapi tak tahu la kalau tetiba dtg kerajinan tu boleh try...
    benda yg elok,benda baik nie..selalunya byk no dugaannya..hihihi...
    apa² nice sharing ♥♥

    ReplyDelete
  3. selamat berbaby! ehhh..hahaha..aku baca je la...baby dah besar!

    ReplyDelete
  4. lawa2 pad dia
    tp tulah x rajin gak hahahaha
    sesuai utk pakai kat umah kut
    if pakai kt tmpt keje..jenuh nak simpan kat mana..kang berbau

    ReplyDelete

Like us on Facebook