Pernah tak korang terfikir pads
pakai buang yang berada di pasaran adalah daripada kertas kitar semula, kadbod
atau pulpa kayu yang diproses menggunakan peluntur untuk kelihatan putih dan
bersih tetapi ia mengandungi bahan kimia yang sangat bahaya. Itu lah
hakikatnya, jika kita menggunakan dalam tempoh yang lama boleh mengakibatkan
pertumbuhan yis dan juga bakteria. Menakutkan bukan?
Ok mama pun dah hampir 8 bulan
tak datang bulan yer la mama kan mengandung nak datang celah mana yer tak..
Hahaha. Walau mama mengandung mama still guna tapi mama guna yang pantyliner
jer lah itu pun kalau mama mengalami keputihan yang berlebihan disebabkan
kurang tidur atau stress. Kadang-kadang macam rugi pula nak pakai pantyliner
pakai buang sebab nak kena beli dalam kuantiti yang banyak dan selepas itu mama
tak pakai. Mama memang masalah skit kalo pakai yang jenama luar ni bukan apa
kadang2 mama mengalami kegatalan dan tidak selesa memakai pantyliner tersebut.
Tapi setelah mama menggunakan Minky
Cloth Pantyliner mama rasa selesa sampai tak rasa pakai pantyliner pun. Yang
bestnya permukaan lapisan pantyliner sangat lembut dan mama tak der lagi
melecet atau gatal-gatal seperti menggunakan pantyliner jenama luar. Dan yang
paling penting lagi pantyliner ini boleh dibasuh semula tanpa perlu buang ke tong
sampah. Ini dah satu penjimatan serta pengurangan sampah dalam rumah.
Korang pernah dengar Cloth Pads?
Cloth pads adalah pad kain yang boleh
digunakan semula iaitu kembali kepada cara lama sama alternative kepada pad
pakai buang. Cloth pads ini adalah mesra alam, boleh digunakan semula bertahun-tahun,
menjimatkan kos serta mempunyai manfaat kepada kesihatan dan rasa selesa
seperti tidak memakai pad.
Kadar penyerapan dengan cloth pads ini adalah dari zorb yang dapat menyerap 10x ganda dari saiznya dan ia menyerap dengan cepat sehingga 20x ganda berbanding cotton. Bamboo sangat selesa dan memberi kelembapan sehingga 3-4 kali ganda daripada kapas. Bamboo juga dikenali yang bersifat hypoallergenic yang mempunyai perlindungan antimicrobial semulajadi untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang menyebabkan bau.
Kalau korang perhatikan cloth pads yang diperbuat handmade ini sangat menarik dan berwarna-warni. Pelbagai corak yang menarik dan lapisan permukaan diperbuat daripada minky yang sangat lembut. Lapisan dalamnya pulak mempunyai lapisan istimewa zorb dan bamboo yang mampu menyerap dan lapisan PUL sebagai lapisan kalis bocor.
Di Sweet n Cozy terdapat 4
pilihan size iaitu :-
Minky Cloth Pantyliner - RM 21.00
Size 21 cm | For Lightdays | Bamboo Fleece as core | PUL as waterproof
Minky Medium Cloth Pads - RM 27.00
Size 26 cm | For Medium Flow | ZORB as core | PUL as waterproof
Size 26 cm | For Medium Flow | ZORB as core | PUL as waterproof
Minky Heavy Cloth Pads - RM 37.00
Size 30
cm | For Heavy Flow | ZORB & Heavy bamboo Fleece as core | PUL as waterproof
Minky Maternity Cloth Pads - RM 45.00
Size
37 cm | For Super Heavy Flow | ZORB & Heavy bamboo Fleece as core | PUL as waterproof
Untuk Harga Pakej
PERINGATAN!!
JANGAN basuh dengan air panas, kerana ia akan melekatkan lagi darah pada kain
JANGAN gunakan peluntur (bleach) dan pelembut (softener)
JANGAN gunakan berus kerana akan memendekan jangka hayat Cloth Pad
- Lipatkan bahagian “wing” ke luar seluar dalam dan butangkan supaya cloth pad tidak bergerak.
- Di galakkan menukar setiap 3-4 jam mengikut “flow” anda supaya anda sentiasa selesa. Atau jika anda mempunyai Heavy Flow dan pada kebiasaanya menukar setiap 2 jam, maka tukar setiap 2 jam mengikut kebiasaan.
- Elakkan seluar dalam yang longgar supaya Cloth Pad tidak bergerak dan mungkin akan kebocoran.
Apa tunggu lagi jom kita bertukar ke cloth pads yang lebih selamat, mesra alam, lebih sihat dan menjimatkan kewangan anda. Selain cloth pads, di Sweet n Cozy terdapat pelbagai barangan handmade yang membuatkan korang akan teruja untuk membelinya.
Untuk sebarang pembelian Cloth Pads Sweet n Cozy boleh
layari :-
Facebook : Sweet n Cozy
Instagram : @clothpad_sweetncozy
Website : www.sweetncozy.com.my
Telefon / Whatsapp : 017-333 0966
Love,
0 Comments