Sebelum mama bersalin mama teringin nak pergi bercuti. Eh ingat suri rumah tak perlu cuti ker? Of coz la
kena rehatkan badan juga. Almaklum la hehari letih uruskan anak, rumah, hantar
anak sekolah dengan berbadan dua ni keletihan jadi kuasa dua tau. En husband
tanya nak bercuti mana? Kalau dalam fikiran mama teringin sangat nak pergi ke
Penang. Sebabnya mama teringin nak makan pasembor kat Padang Kota, nak naik
feri dan nak naik Bukit Bendera. Hahhh kemahin mak buyung ni kalau nak berjalan
kan.
Seingat mama last bercuti ke Penang masa Qeram dalam 6 bulan dulu.
Itu pun bukan tido di Penang cuma lalu nak balik ke Kedah kemudian mama singgah
ke Penang. Memang tak dapat berjalan sangat masa tu. Takper InsyaAllah impian
mama nak pergi Penang sebelum bersalin akan terlaksana. En papa cakap carilah
hotel bajet kat Penang nanti mama booking. Mama pun apa lagi kan terus google
hotel bajet di Penang. Terus mama jumpa website https://www.traveloka.com/en-my/.
Mama pun godek harap-harap dapat la mama jumpa harga hotel bajet yang murah.
Alaaa mama cari hotel bajet pun sebab bukan nak duduk dalam hotel tapi nak
pergi berjalan-jalan kan. Dapat tumpang tido semalam dua dah bersyukur sangat.
Melalui website Traveloka, mama membuat pencarian hotel di Penang yang sesuai dengan budget dan perancangan mama nanti.
Memandangkan ini percutian pendek so mama pun tak merancang dengan teliti dari
awal, jadi bajetnya pun tidaklah banyak. Ok ini adalah perancangan bajet mama
jer tau kalau korang punya bajet mama tak tahu lah sebab mama kena fikir
anak-anak lagi itu lagi penting. Kalau dalam perancangan mama
ingat nak pergi masa cuti hari Malaysia nanti pada 16 September 2016. Kiranya hari
Khamis malam tu terus mama bertolak pergi Penang. Harap-harap en papa boleh la
drive malam tu dengan lancar. Risau jugak kalau ada hari percutian jer mesti
highway utara selatan pasti jem.
Kenapa banyak-banyak tempat mama tertarik dengan Pulau Pinang? Ok mama tertarik sangat dengan hasil lukisan yang ada di dinding kedai dan bangunan yang ada di Georgetown atau lebih dikenali sebagai street art. Mama dah cakap kat en papa yang mama nak berjalan-jalan dan mengabadikan gambar di situ nanti. Harap-harap mama kuat la berjalan yer.
Antara lukisan 3D yang mama
teringin untuk bergambar dan lihat sendiri nanti. Lukisan ini membuatkan mama
teringat pada zaman kanak-kanak mama. Ianya kelihatan seperti hidup dan sangat
unik. Pasti anak-anak mama teruja ke tempat bergini. Selain itu, terdapat
pelbagai lagi lukisan, mural art dan sebagainya di sekitar Georgetown tu.
Mama kagum dengan
orang-orang seni yang menghasilkan artwort sebegini. Cantik bukan? Mungkin
selepas berjalan-jalan nanti mama boleh singgah makan mee sotong atau dikenali
lagi pasembor di Padang Kota yang sangat terkenal tu. Aduhhh dah terbayang
kesedapannya. Susah kalau mak buyung ni teringat. Kesian baby dalam perut pasti
terliur kalau tak dapat makan ni. So, dalam list mama menu wajib yang patut
makan nanti di medan selera Padang Kota Lama.
InsyaAllah sepanjang mama di
Penang nanti, mama akan update setiap apa yang menarik disini seperti di
sekitar Street Art dan Padang Kota di Instagram atau juga Facebook untuk tatapan
kawan-kawan yang lain. Pada sebelah malamnya nanti, mama nak ajak en papa pergi
Gurney Drive untuk makan malam. Orang kata, kalau ke Pulau Pinang ni, rugi tak
merasa makanan-makann yang sedap di sana macam pasembur, laksa penang dan
rojak.
Kalau ikutkan mama banyak
juga tempat-tempat menarik di Penang yang boleh dikunjungi, tapi keadaan mama
yang berbadan dua ni cukuplah mama berjalan-jalan di sekitar Georgetown. Jadi
mama kena cari bajet hotel di Penang yang berdekatan
dengan kawasan tersebut supaya mudah untuk mama berjalan-jalan disana.
Ok berbalik pada website
Traveloka yang mama jumpa tu. Bila mama taip Penang untuk mencari hotel di Penang
terus keluar list yang bersesuaian. Macam dipermudahkan jer urusan mama ni.
Oleh kerana mama mencari budget hotel di Penang, mama memilih sorting
Lowest Price.
Selain itu, kalau yang suka
travel cepat boleh jer korang buat keputusan membeli tiket flight kat sini.
Lagi lah mudah korang sampai Penang dengan cepat berbanding kereta. 1 jam jer
dah sampai Penang. Best sangat!! Ok jugak kalau mama tak larat naik keta mama
boleh memilih flight lagi cepat dan mudah berbanding kenderaan lain. Kalau
korang nak memilih flight boleh jer ke website Traveloka dan pilih masa dan
tarikh sesuai untuk korang pergi bercuti ok.
Selepas semuanya selesai
buat tempahan, mama rasa sedikit semangat untuk pergi bercuti. Yeayy!!! Mama
harap dapat la berehat sepuas-puasnya di Penang Hotel dan kuat berjalan di sana nanti. Kata orang
kita kena lah sekali sekala rewards kepada diri sendiri sebelum mama bersalin
nanti. Doakan mama yer kawan-kawan! Untuk maklumat lanjut boleh layari Traveloka
Love,
0 Comments