Product Review

Khas Buat Lelaki Yang Lasak Wajib Cuba Dashing Adventurer 2.0

4:05 PM

Hampir 9 tahun mama kawin dengan en husband, satu jer kesukaan produk wangian dan deodorant kegemaran dia iaitu Dashing. Dari lah dulu sehingga sekarang asyik Dashing jer. Sampai mama tanya dah takder jenama lain ker nak pakai. Dia jawab Dashing ni dah la murah, wangi & sangat sesuai untuk lelaki lasak macam dia. Hehehe dah macam duta produk pulak dia jawab. 

Kenapa dia cakap diri dia lasak? Sebab en husband ni hari-hari kerja atas motor. Kalau atas motor kompom korang tahu macam mana panas dan peluh kan. Dengan adanya haruman dan deodorant dari Dashing en husband tak perlu risau lagi jika dia terkadang-kadang busuk untuk jumpa dengan client. 

Baru-baru ini, mama ada dapat satu set Dashing terbaru untuk en husband review. Alhamdulillah untung la en husband kan. Kalau sebut jenama Dashing ni dah sangat terkenal dengan kualiti serta wangian tahan lama. Oleh itu, Dashing membolehkan setiap lelaki moden meluahkan perasaan dan keyakinan mereka pada rangkaian harga yang berpatutan.

Set Dashing Adventure Edge 2.0

Untuk pengetahuan korang, Dashing telah mengumumkan pelacaran semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On. Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutamanya mereka yang aktif. 2 variasi produk ini dinamakan sebagai BOLD 2.0 dan EDGE 2.0. 

BOLD 2.0
  • Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Wangian ini menjadikan lelaki lebih maskulin, gerah dan mengasyikkan. Bold 2.0 sangat sesuai bagi para jejaka yang ingin kembara dalam kehidupan mereka. Keyakinan dalam diri meraka dan Dashing kini hadir untuk membebaskan semangat yang terpendam itu.
EDGE 2.0
  • Lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit dari geranium yang sangat menyamankan dan memberikan kesegaran kepada si lelaki. Edge 2.0 adalah lambang lelaki sejati di peringkat belia yang mengidamkan lebih pengembaraan dalam kehidupan dan kesegaran pada setiap masa.
Set yang en husband dapat dan cuba adalah Dashing Adventurer Edge 2.0 seperti deodoran roll-on, deodoran spray no gas dan wangian EDT. En husband memang suka sangat dengan haruman Dashing ni dan memberikan en husband rasa segar sepanjang hari.


Deodoran roll-on Edge 2.0 - wangian baru yang pasti kesemua lelaki sangat sukakannya. Dengan perlindungan 7 dalam 1 iaitu wangian kekal, cegah bau, tiada kesan putih, kesegaran unggul, anti-bakteria, cepat kering dan anti peluh. Yang bestnya deodoran ni mampu bertahan selama 60 jam perlindungan bau badan.


Deodoran Body Spray 2.0 - Deodoran semburan badan yang mempunyai teknologi baru ini adalah TANPA GAS. Semburan deodoran ini dapat bertahan selama 2 bulan kerana semburan TANPA GAS ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol. Dengan adanya teknologi pengeringan segera akan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan dan boleh mengelakkan pertumbuhan bakteria serta di samping memberikan kesegaran sepanjang hari.


Eau De Toiletter Edge 2.0 -  Wangian baru ini juga memberikan setiap lelaki akan sentiasa kesegaran dengan haruman lapisan citron, kupasan lemon daun lemon yang segar serta haruman ringan dari geranium dan tumbuhan hijau, nuansa kayu cedar menambahkan sifat "woody". Dengan haruman ini mereka akan bertenaga ke paras tertinggi sekaligus membolehkan mereka memulakan hari baru mereka dengan wangian Edge 2.0.

Rangkaian DASHING ADVENTURER yang terdapat di pasaran :-

Deodoran Roll-On 40 ml 
3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 & PURE ENERGY
RM 6.50 termasuk 6% GST

Semburan Deodoran "NO GAS" 150 ml
3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 & PURE ENERGY
RM 18.90 termasuk 6% GST

EDT 50 ml 
2 variasi EDGE 2.0 & EXTREME
RM 18.90 termasuk 6% GST

EDT 100 ml 
3 variasi BOLD 2.0, EDGE 2.0 & PURE ENERGY
RM 34.50 termasuk 6% GST

Menarik bukan? Apa tunggu lagi jejaka di luar sana cepat-cepat dapatkan set rangkaian Dashing terbaru di pasaran dengan harga yang sangat berbaloi. Dengan set Dashing Adventurer ini membuatkan jejaka di luar sana menjadi lebih menarik, maskulin dan semangat baru dalam keyakinan diri anda. 


Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website Dashing : www.dashing.com.my
Facebook Dashing : www.facebook.com/Dashing.MY
Instagram Dashing : www.instagram.com/dashing_my


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook