Advertorial

Kit Bijak Menabung | Membantu Pengurusan Wang Untuk Kanak-Kanak Yang Pertama Di Malaysia

11:55 AM

Korang pernah dengar kan peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Merujuk hal ni setiap ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai dan amalan baik dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Sama juga dalam melibatkan hal kewangan. Oleh itu, ibu bapa berperanan penting untuk membentuk anak-anak menjadi seorang pengurus wang yang bijak.

Amalan menabung ni bukan mudah yer untuk kita laksanakan bagi menarik minat anak-anak terutamanya anak-anak kecil. Kita bagi la tabung jenis kartun untuk anak-anak tapi mereka hanya tahu simpan duit untuk pergi jalan-jalan atau hendak beli sesuatu. Tapi kita sebagai ibu bapa kena memupuk nilai-nilai murni dan memberi semangat kepada anak-anak bertapa pentingnya menabung dan mengendalikan wang mereka sendiri dengan cara yang menyeronokkan.


Baru-baru ni mama ada dapat satu Kit Bijak Menabung dari MyCeo yang merupakan sistem pengurusan wang untuk kanak yang pertama di Malaysia. Kit ini merupakan sebuah modul yang lengkap dan boleh membantu dalam pendidikan dan pembelajaran anak-anak di rumah yang berkaitan asas kewangan serta konsep pengurusan wang.


Kit ini mengandungi :-
  • Sebuah Buku Panduan untuk ibu bapa
  • Satu set 3 buah tabung iaitu 
          - Tabung SIMPAN
          - Tabung SEDEKAH  
          - Tabung BELANJA
  • Satu set 4 buah buku sebagai panduan untuk anak-anak iaitu :
          - Seronoknya Menabung
          - Buku Matlamat
          - Buku Bajet
          - Rekod Duit Saya
  • Carta Upah Magnetik untuk merekodkan jenis pekerjaan dan jumlah upah yang sesuai untuk diberikan secara mingguan
  • Pelekat / Sticker yang bersesuaian
Terdapat 3 Tabung iaitu Simpan, Sedekah & Belanja

Daripada 3 buah tabung yang diberi nama yang berbeza dan tabung ini bersifat jernih. Kita  sangat mengalakkan anak-anak boleh melihat wang mereka semakin bertambah atau menyusut setiap hari. Dengan ini secara tidak langsung, ia boleh mempengaruhi psikologi anak anda untuk menabung dengan lebih efisyen. Seperti tabung SIMPAN, ia boleh menaikkan semangat mereka jika tabung mereka semakin penuh. Bagi tabung SEDEKAH pula sangat mengalakkan anak menjadi sikap pemurah untuk berkongsi dengan orang yang lain. Manakala bagi tabung BELANJA akan sentiasa berkurang berkemungkinan mereka rajin berbelanja dengan ini mereka akan berjimat cermat untuk tidak berbelanja lebih.

Buku Panduan yang diberikan sangat manfaat dan dapat melatih anak-anak mengurus wang dengan bijak.

4 buah buku seperti berikut :
  1. Buku Seronoknya Menabung - tentang konsep asas wang sehinggalah kepada menabung. Kandungan mudah difaham dan terbahagi kepada pelbagai jenis bab-bab. 
  2. Buku Matlamat - menerangkan definisi dan perbezaan matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek. Ia jua dapat membimbing anak anda menentukan matlamat jangka panjang dan pendek berdasarkan senarai matlamat yang mereka buat.
  3. Buku Bajet - anak anda akan belajar mengenai definisi bajet dan cara-cara buat bajet. Ia dapat bimbing anak anda membuat perancangan kewangan mereka sendiri.
  4. Buku Rekod Duit Saya - buku ini merekodkan kemasukan dan pengeluaran anak-anak anda setiap hari. Melalui buku ini, anak-anak akan dapat melihat dengan lebih jelas jumlah simpanan wang mereka secara harian dan mingguan.
Iqbal yang excited dengan tabung ni siap dia dah ada matlamat nak simpan duit dalam tabung SIMPAN nak pergi Legoland. Untuk tabung BELANJA dia nak beli mainan katanya.. Manakala untuk tabung SEDEKAH dia nak gunakan untuk dia berkongsi dengan adik dia untuk beli mainan.

Dengan adanya tabung ni amalan menyimpan dan menabung dapat membimbing pemahaman anak-anak terhadap ilmu kewangan dari semenjak kecil lagi. Oleh itu, anak-anak akan jadi terbiasa untuk menabung pada setiap hari dan akan menjadi rutin harian mereka. Jika ibu bapa berminat untuk dapatkan Kit Bijak Menabung untuk anak-anak anda, boleh dapatkan seperti dibawah dengan harga RM49.90 sahaja.

Khas kepada yang berminat untuk menjadi Rakan Niaga MyCEO (Agen/Stokis) boleh hubungi pihak MyCEO untuk urusan peluang perniagaan.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi :-

Website : myceo.com.my
Instagram MyCEO : @myceo2015
Pembelian Melalui Telefon : 03-6151 6555 / 012-422 0677
Pembelian Melalui Online : myceokidseducationproduct.easy.co


Love,
/>

You Might Also Like

10 Comments

  1. Bagusnya ada kit macam ni. Menggalakkan sangat anak anak untuk menabung :)

    ReplyDelete
  2. singgah petang...
    nieyl pun nak buat tabung cm tu jugak laaa

    ReplyDelete
  3. bgs jgk kit nih... mmg dpt membuat bdk2 minat menabung...

    ReplyDelete
  4. bagus..dari muda dah didik dengan pengurusan kewangan =)

    ReplyDelete
  5. Terbaik ni jue.
    ada tabung sedekah. Tu yg menarik perhatian aida...

    ReplyDelete
  6. konsep simple tapi impact sangat besar..

    ReplyDelete
  7. comel je tabung dia..dari kecik memang dah kena ajar ni

    ReplyDelete

Like us on Facebook