Blogger Review

MOLPay Cash | Pembayaran Tunai Di 7-Eleven Untuk Belian Online Di Hermo

10:37 AM

Pernah korang perasan tak kalau pergi kedai 7-Eleven mesti akan nampak logo MOLPay Cash ni di bahagian cashier atau di luar pintu masuk 7-Eleven. Tertanya-tanya juga apa benda la MOLPay Cash ni sebenarnya. Selepas mama godek-godek apa lah MOLPay Cash ni memang mama tertarik sungguh dengan cara pembayaran yang mudah untuk belian online di Hermo. Yang pasti MOLPay Cash ni sangat senang, cepat dan mudah lah.. 


Apa itu MOLPay Cash?

MOLPay Cash merupakan satu penyelesaian pembayaran di seluruh kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia bagi pilihan pembayaran yang inovatif. Jadi pengguna kini boleh membayar tunai di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan mereka membeli dalam talian seperti Hermo.my. Contohnya kalau korang yang tak ada credit card atau tak cukup duit dalam account bank, korang boleh jer pergi 7-Eleven untuk buat pembayaran tu dengan tunai. Cara-caranya nanti mama citer lebih detail kat bawah yer.


Dah sebut Hermo.my mesti tertanya-tanya kan apa pulak website tu? Ok bagi kaum wanita bab shopping online ni kejap jer akan berleluasa di media sosial. Termasuk la mama sendiri benda mudah untuk shopping online just klik-klik depan pc, buat pembayaran dan tunggu barang sampai depan rumah. Wowww memang best giler tak payah bersesak-sesak dengan orang ramai bukan. 


Ok Hermo.my ini merupakan laman shopping online barang mekap dan penjagaan diri dari pelbagai jenama yang terdapat di Malaysia dan luar negara. Tak kesah la samada skincare, mekap dan mandian semua terdapat di Hermo dengan harga yang berpatutan. 


Mesti ada yang tak sabar nak tahu macam mana nak shopping di Hermo dan buat bayaran menggunakan MOLPay Cash yang mudah ni.
  • Langkah 1 - Beli barang yang korang nak shopping di Hermo website, kemudian proceed to checkout dan Pilih MOLPay Cash sebagai cara pembayaran
  • Langkah 2 - Tangkap gambar transaction detail [Transaction ID, Verification Code, Jumlah Bayaran]
  • Langkah 3 - Pergi ke 7-Eleven yang berdekatan dengan rumah korang
  • Langkah 4 - Bagitahu cashier nak buat MOLPay Cash
  • Langkah 5 - Tunjukkan bukti detail Transaction ID dan Verification Code
  • Langkah 6 - Bayar jumlah yang korang shopping pada cashier, kemudian cashier akan beri resit MOLPay dan resit 7-Eleven sebagai bukti pembayaran. 2 resit tau ingat tu!!
  • Langkah 7 - Korang hanya perlu tunggu barang yang korang shopping sampai depan rumah.

Faedah MOLPay Cash kepada pengguna :-
  • Cara mudah bagi yang tiada akaun banking online / tidak cukup wang dalam banking online / tiada credit card
  • Mudah untuk bayar tunai dengan MOLPay Cash di mana-mana kedai serbaneka 7-Eleven yang berdekatan dengan anda
  • 24 jam kemudahan bayaran di semua 7-Eleven
  • Korang tak perlu risau tentang tersalah bayaran kepada pihak penjual
  • Lebih mudah dan lebih jualan 

Khas buat pembaca blog MamaJue Story, nikmati diskaun RM5 dengan pembelian minima RM60 (tidak termasuk kos penghantaran) di website HERMO

HMOLPAYCASH05

* Diskaun sah | 1 Sep 2016 - 31 Dec 2016
* Penggunaan sekali sahaja bagi setiap pelanggan
* Tawaran ini tidak sah dengan penggunaan kod promosi

Mama pun dah tershopping di website Hermo tau. Nak tahu barang apa kena lah tunggu barang tu sampai kat rumah. Nanti mama share next entri ya. Apa tunggu lagi jom shopping barang mekap di HERMO memang berbaloi dan tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai lagi!! Untuk maklumat lanjut mengenai MOLPay Cash boleh layari www.molpay.com


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook