3rd pregnancy

Menunggu Hari...

8:00 AM

Alhamdulillah mama dah 35 minggu mengandung dan mama masih lagi mampu update blog.. heheheh. Kalo ikutkan hati tak nak dah update apa2 tapi duduk saja pun tak boleh rasa nak menaip ajer.. dah kerja jadi blogger ni mesti nak taipkan.. wakakka tak taip kat pc mama boleh jer taip kat tab.. padan muka sampai mama kena sindrom carpal tunnel tau.. Sakit camner? Huhh ni pertama kali mama mengandung mama alami sakit ni.. 

Memula mama sakit kat pergelangan tangan, ingatkan mama kekurangan kalsium la tapi dah pergi jumpa doctor dan doctor cakap mama kena wrist tendonitis. Sakit dekat urat saraf pada bahagian pergelangan tu macam bengkak sebab banyak menaip & selalu pegang touch screen fon.. T__T huhuhu mengaku gak la since jadi fulltime blogger ni makin teruk.. tapi orang cakap maybe pregnant pun selalu kena.. pasrah mama.. Kemudian mama dah macam berjangkit sindrom carpal tunnel pulak. Sakit carpal tunnel kebas dihujung jemari sampai menyucuk hokey.. yang tak menahan setiap pagi mama tak leh nak genggam jemari tu sakit giler.. Ya Allah rasa tak seronok nak masak, nak cuci muka, nak mandi ehh semua lah serba tak kena... fuhhh harap-harap lepas bersalin hilang semua ni..

Mama dah sarat.

Kalau korang tengok gambar mama kat atas ni memang dah nampak sarat benar. Perut mama dah kebawah.. sampai ramai tegur mama nak bersalin dah.. Nampak macam tak larat dah bawak perut kan.. sampai sekarang mama gagah berjalan, uruskan anak2 dan drive hantar Qebal pergi sekolah. kalau mama tak buat sapa nak buat kan. huhuhu T__T nasib tak kerja.. kalo kerja entah la macam mana.. Ehh jangan tak tahu masa Qeram dulu mama boleh pergi keja naik moto sampai nak dekat bersalin lah.. huhuhu giler larat time tu.. yang ni surrender abis.. 

Tapi mama perasan preggy kali ni lain sangat dengan abang2 dia.. dari mula preggy mama asyik remuk hati nagis tak habis2. hahahah terasa hati, kecik hati, sentap tu semua adalah. Kena marah skit meramu ayaq mata.. Kulit sensetif sampai tak nak mekap.. Yang paling teruk kena eczema kat bahagian lengan sebelah kanan ajer. ok sebelah kanan bukan dedua belah tau.. serius yang tu teruk.. jenuh la nak bagi hilang parut kat situ.. hahaha.. maybe pembawakan baby jugak kan. Alhmdulillah mama takder muntah-muntah & tarik mengkarung macam abang2 dia dulu. Yang tu jer lega skit yang tak lega kena wrist tendonitis & sindrom carpal tunnel + BSP.. huhuhu.. malas nau nak fikir pasal BSP ni.. buat tinggi mau kena cucuk insulin scary betul!!!.. erkkk esok kena cucuk BSP kali ke 3.. fuhhhh menakutkan nak tau bacaan esok.. harap2 normal lah.. 

Kaki mama dah macam anak gajah.

Hahh kaki pun nak snap kan.. biasalah blogger semua nak snap tau.. ini mama simpan jer dalam blog boleh tengok balik masa anak2 besar. hehehe itu pun kalo blogspot masih wujud lah. Kembang dan bengkak dah kaki mama ni.. nak berdiri lelama pun susah sampai nak pakai seluar pun susah T__T.. yang mana pernah mengandung akan merasai semua ni. Bayangkan sekarang mama nak lena tetiap malam pun susah.. kona kanan tak kena, kona kiri tak kena, terlentang tak kena.. menerap lagi lah tak kena. aduiii nak duduk cakung pun tak boleh rasa baby dah padat dalam perut sampai nak bernafas pun susah.. itu lah perngorbanan seorang ibu kan... 

Doakan mama yer selamat bersalin.. dah bersalin nanti mama bagitau semua.. untuk review insyaAllah mama akan boleh review lagi.. apa-apa event luar, food review mama berhenti dulu sampai lepas pantang. Ehh yang bestnya set berpantang mama dah dapat sponsor review tau.. Syukur Alhamdulillah mama tak payah beli dah.. yepiiiii.. Heheheh rezeki baby kan.. Last sekali mama minta maaf jika mama ada buat salah dengan semua orang yer.. Doakan mama yer.. apa2 tunggu mama umumkan kelahiran baby baru nanti.. Nak bagi hadiah kat baby boleh gak.. hahahah msg kita ehh.. ehh lawak jer.. :p


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook