Blogger Review

Majlis Pelancaran Pembukaan Friends Of Burger (FOB) & PappaRich di D'Pulze Shopping Centre, Cyberjaya

10:40 AM

Pada minggu lepas, mama telah di jemput untuk menghadiri satu Majlis Pelancaran Pembukaan outlet terbaru Friends Of Burger (FOB) dan PappaRich di D'Pulze Shopping Centre, Cyberjaya. Nasib la time tu Iqbal tengah cuti sekolah boleh la mama hadirkan diri sebelum mama bercuti panjang dari dunia blog ni. Rasa macam me time jer hari tu kekdahnya. Hahaha bukan senang nak meloloskan diri daripada anak-anak tau. 

Majlis pelancaran bermula jam 2 lebih so mama sampai di 'Pulze Shopping Centre dalam 1.45 macam tu kira sempat la jalan-jalan dan tengok apa yang menarik di shopping centre baru tu. Pertama kali jugak mama jejak kat sana sebenarnya sampai tak tahu ada shopping mall baru. Ok jom kita berbalik citer pasal majlis tersebut.


Mungkin kalau sebut PappaRich orang dah biasa dengar kan tapi bagi outlet terbaru Friends of Burger mungkin orang akan tertanya-tanya restaurant apa ni. Kalau dah sebut Friends of Burger mestilah restaurant ni jual burger tapi bukan itu saja banyak lagi makanan selain burger pun ada seperti spaghetti, nasi ayam, pizza, burritos dan lain-lain lagi. 

Mama pun tertanya-tanya apa lah pelancaran ada 2 kedai yang berbeza, masa mama sampai sana oh patut la restaurant tersebut memang terletak sebelah menyebelah jer. Dan untuk pengetahuan korang owner restaurant ni adalah owner yang sama. Memang wow sangat sebab susah nak jumpa owner melayu yang berani buka restaurant begini. 

Friends of Burger (FOB)

PappaRich 

Kek untuk masa pelancaran nanti. Sedap betul tengok kek ni.

Sebelum acara bermula mama dengan sorang lagi blogger perhatikan setiap sudut dedua restaurant ni. Memang terbaik la dengan design dan susun atur dalaman setiap restaurant. Apa yang menarik menu di (FOB) yang bab tu nanti la mama food review yer. Pada petang itu, ada seorang artis telah dijemput untuk memeriahkan acara. Ehh kita bab artis mesti lah tahu kan so mama pun berpeluang untuk bergambar dengan artis wanita tersebut. Hehehehe...

Sapa tak kenal kan Farah Dhiya yang popular dengan lagu Bertahta Di Hati. Mama yang mak buyung tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau. 

Acara di mulakan dengan bacaan doa dan kemudian pengacara pada majlis petang tersebut adalah Puan Yen.

Kemudian Puan Yen memperkenalkan GM bagi Friends of Burger dan PappaRich bagi outlet di sini. Masa ucapan beliau, selepas ini akan ada lagi outlet baru akan dibuka di Klang Valley. 

Setelah dengar ucapan dari dedua GM tersebut, barulah Puan Yen memperkenalkan owner bagi kedua restaurant ni iaitu Dr Haji Ahmad Kamal. 

Acara kemuncaknya merupakan potong kek menandakan majlis pelancaran pembukaan dedua outlet tersebut disempurnakan pada petang tersebut. Tahniah!!!

Lepas jer upacara tersebut, semua tetamu dijemput untuk menikmati jamuan minum petang. Hidangan yang disediakan adalah merupakan makanan yang terdapat di Friends of Burger dan PappaRich. Tak sabar mama nak mencuba hidangan yang tersedia semuanya nampak sedap-sedap belaka.

Nampak tak burger mini tu.. Itu antara special menu di Friends of Burger. Terdapat 3 jenis burger seperti ayam, lembu dan kambing. 

Hidangan berat pun ada. mana boleh makan skit kena makan banyak kan untuk 2 orang makan. hahaha..

Hahh tengok yummy kan.. 

Untuk pengetahuan korang, outlet Friends of Burger di Cyberjaya merupakan outlet yang ke 6 di Malaysia. Selain di Cyberjaya, boleh juga korang terjah outlet di Times Square, Damen Mall, Ayer@8 Putrajaya dan Sunway Putra Mall. 

Yang mana berdekatan dengan Cyberjaya atau lalu pergi ke sana boleh la singgah untuk menjamu selera dan mencuba makanan di Friends of Burger dan PappaRich di D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya. 

Friends of Burger & PappaRich
LG 08 & 09, D'Pulze Shopping Centre 
Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12
63000 Cyberjaya


Website www.papparich.com.my | FB PappaRich | IG PappaRich


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook