Ikea

Smaland Ikea

4:13 PM

Assalamualaikum.. Selamat Datang September. Hope bulan ni berikan mama kekuatan sebab tak lama lagi dah nak bersalin kan.. Ehh cuti kemarin korang pergi mana? Mama kena tunaikan jugak la permintaan Qebal Qeram pergi Smaland Ikea.. pppffttt malas sebenarnya.. selagi tak pergi selagi tu lah depa duk cakap mama jom la g ladybird smaland.. jom la mama.. yang abang ajar adik.. adik pun dah pandai la cakap nak g ladybird katanya.. hahhhh tak suka g sana sebab kekadang ramai orang!! 

Ok lah so pagi marin depa semua bangun awal nak pergi. giler semangat bebudak ni.. mama yang memboyot pun gagah la walaupun jalan tak boleh laju lagi. kahkahkah.. Dah cakap nak pergi Ikea kena bangun awal.. tengahari mama tak nak nanti ramai orang jenuh tunggu.. nak masuk smaland pun ramai.. tak kuasa mama tau!!.. ehh pepagi pun ramai jugak.. pppffftttt nyampesss.. sampai sana dalam kul 10.00 pagi awal tak.. so mama pergi cafe siap makan2 dulu.. smaland bukak untuk seterusnya 11.30.. sempat la we olls makan.. tapi ramai jugak kat cafe tu pun.. beratur gak la nak beli makanan.. en papa cari tempat, mama pergi beli makan.. 

Lepas makan siap bagi bebudak ni g toilet dulu baru pergi tunggu kat Smaland. kejap jer tunggu dalam 11.45 bebudak leh masuk. nasib ambik no awal tau.. mama apa lagi g shopping la.. kemahin kan 1 jam jer boleh shopping kat situ tau.. alaa shopping hat murah2 jer.. takder beli mahal2 pun.. lepas abis shopping tunggu kejap depan smaland tengok bebudak ni buat apa..

depa seronok tak kira la.. best sangat la masuk sini.. "rolling eyes" hahahha..

Dalam 1 jam tu depa boleh main kat sini & colouring lagi.. 

Ramai orang tanya masuk sini kena bayar ker? Takder bayaran pun.. just isi borang, ambik nombor list & tunggu. Tapi untuk masuk sini depa akan ukur tinggi tau.. 100 cm - 130 cm sahaja boleh.. bawah 100 cm & atas 130 cm tak boleh tau.. hahh yang mana pakai pampers pun tak boleh.. dalam 1 jam korang leh tinggal sini.. keselamatan sangat selamat. masa nak ambil bebudak ni depa kan check ic card dulu sebelum ambik anak korang. Nasib 1 jam jer.. kalo 2, 3 jam mama letak situ boleh mama shopping lama-lama kat Ikea.. kahkahkah..

Satu lagi mama ni jenis rajin skit melayan anak-anak.. Di depan smaland tu ada kiosk Smales.. alaa ada pc bentuk ladybird kaler merah. Hahh kat situ la korang kena imbas passport Smales tu nanti. Gambar takder nanti mama snap ramai orang sangat macam mana mama nak snap.. kekekk... 

Apa tu Smales? Ok smales ni khas untuk kanak-kanak dari 4 tahun sehingga 13 tahun. Bukan la jadi ahli untuk smaland yer.. ni memang khas untuk bebudak jer.. mak budak tak bleh!! Smales ni korang kena isi form dulu & then dalam 2 minggu datang buat passport dia.. yang bestnya dalam buku smales tu ada gambar anak dan menunjukkan buku passport tu sapa punya.. Heheheh comel tau.. Selain tu, setiap kali datang mesti mama akan print smales bebudak ni untuk dapatkan discount kids meal & free air.. hahh best kan.. 

Hahh ni lah passport smales tu.. 

Ok setiap kali datang mesti mama akan datang sini print sticker ladybird smales ni. kemudian mama lekat kat dalam passport tu. Apa tujuan dia untuk 1 sticker tu bersamaan $0.50 dallar smales. Bukan duit tau kang korang cakap duit pulak.. padahal 0.50 dallar smales tu macam point la.. so korang kena la kumpul sticker ni dan boleh redeem barang-barang khas Ikea. best kan.. padahal mama hampa jer yang pulun.. bebudak ni tolong lekat jer!!!

Tengok betapa rajinnya mama.. kahkahkah.. kekadang terlupa jugak bawak buku passport ni g Ikea.. jenuh kena marah dengan bebudak ni.. amboiii mama plak kena ingatkan ehh.. debik nak?

Banyak jugak yang boleh redeem kat situ.. korang leh tengok link ni tau.. TEBUS SMALES IKEA banyak jugak barang Ikea yang mama kenan.. hahahah.. tengok mama pulun.. Ehh nak redeem pun ada cara jugak.. Korang kena pergi mesin kiosk yang pc tu depan Smaland & then korang kena tekan berapa nak keluarkan point baru boleh tebus barang apa yang korang nak tukar dengan point tu yer.. 

Ini memula redeem Lanyard $0.50 & stokin Ikea $1.00

Ni kemarin pulak redeem Smales badge $1.00

Next penebusan Qebal nak tabung Ikea pulak.. mama plak duk kenan luggage tag Ikea tu.. tshirt Ikea pun ok jugak tapi tu la tak sempat kumpul point asyik tebus barang jer acerner nak tebus tshirt dia.. hahahah.. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.smales.com.my


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook