Resepi

Resepi Ayam Masak Sambal Cili Kering

5:08 PM

Dah lama mama tak makan ayam masak sambal cili kering ni. Hari Ahad baru-baru ni, mama pergi umah Cu, dan Cu masak ayam masak sambal cili kering. Ya ampun sedap sangat tapi makan kelam kabut sebab nak pergi airport sampai tak puas makan. Sekali teringat-ingat la pulak. Hari ni terus mama masak ayam masak sambal cili kering ni tau siap bertambah-tambah nasi hahahah.. 😂

Resepi ni mama ma cakap teringat pada arwah Cik Yam. Awah Cik Yam ni kawan mama ma lah. Dia la ajar resepi yang mudah dan sedap ni. Selalu kalo buat sambal ayam mesti leceh nak bagi pecah minyak kan. kalo tak pecah minyak satgi jenuh sakit perut. hahaha.. ok resepi ni guna cili kering.. Kalau nak tumbuk cili kering kan renyah skit nak hancur, so mama ma cakap goreng dengan minyak panas sekejap kemudian tumbuk sampai hancur. Meh sini tengok bahan-bahan dan cara-caranya.

Bahan-bahan :-

* Ayam yang digoreng dengan garam kunyit
* Segengam Cili kering digoreng dengan minyak kemudian tumbuk sehingga hancur
* 4 ulas bawang putih
* 4 biji bawang merah
* 1 biji bawang besar
* 4 keping asam keping
* Sedikit kicap
* Sedikit air
* Garam / Perasa secukupnya

Cara-caranya :-

- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah sehingga naik wangi dan kekuningan.

- Masukkan cili kering yang ditumbuk hancur gaul sehingga sekata. 

- Kemudian, masukkan kicap dan sedikit air. Lepas itu masukkan bawang besar dipotong bulat dan ayam goreng. Kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam serta pak aji. Siap..

Ayam Masak Sambal Cili Kering

Selamat Mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. Masak macam ni la sedap makan bertambah..pas tu nyesal sbb berat cpt naik

    ReplyDelete
  2. Akak nak guna resepi ni lah sebab tak pernah guna cili merah yang digoreng ...tentu lebih sedap kan.

    ReplyDelete
  3. sedap ni Jue, makan panas2 wallaaa :)

    ReplyDelete
  4. fuhhh..

    geram plak tengok ayam cili kering tu.

    pedas mesti sedap punya.

    ReplyDelete

Like us on Facebook