Blogger Review

Friso Gold | Penghadaman Yang Sihat Membuatkan Anak-Anak Ceria

10:53 AM

Korang percaya tak dari pengalaman yang berharga anak-anak akan menjadi lebih matang dan kuat. Dengan salah satu antaranya adalah mereka menikmati dan menerokai dunia luar agar mereka lebih berdikari dan semangat untuk menghadapi pelbagai rintangan yang mencabar. Dengan cara ini merupakan permulaan yang baik agar mereka lebih ceria dan mampu untuk menempuhi dunia luar.

Keyakinan diri mereka untuk memanjat tinggi adalah salah satu bukti mereka kuat dari dalam.

Bagi anak-anak mama Iqbal dan Iqram, mereka gemar ingin melakukan pelbagai aktiviti di luar sana. Mama yakin dengan adanya susu Friso Gold ini membuatkan mereka lebih kuat dari dalam. Friso Gold membekalkan nutrien penting seperti Vitamin D, Vitamin B5 dan C, Selenium, GOD, zat besi dan DHA yang membantu tumbesaran anak-anak mama dan menyokong daya ketahanan semulajadi mereka. 

Dengan Friso Gold mereka dapat nutrien yang cukup untuk melakukan aktiviti seharian

Friso Gold telah diperbaharui dengan teknologi LocNutri iaitu memelihara nutrien dalam bentuk asal. Untuk pengetahuan semua, teknologi LocNutri ini menggunakan sedikit haba semasa proses penghasilan formula agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya. Kemudian nutrien boleh diserap secara efektif oleh badan. Protein juga memainkan peranan penting dalam penghasilan otot, kulit dan rambut. Dengan ini ia sangat menyokong sistem imunisasi serta membantu antibodi yang kuat agar memastikan anak-anak sihat serta kuat dari dalam dan luar.


Dengan adanya nutrien yang cukup dalam diri, mereka akan ada daya ketahanan tinggi untuk digunakan oleh badan dan otak mereka. Ini kerana pemakanan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran dan mereka mendapat nutrien yang cukup melalui susu formula diperkaya bagi perkembangan otak. Iqram sangat suka meneroka dunia luar dan belajar sesuatu benda baru seperti warna dan persekitaran. Mama yakin dengan cara ini boleh membina ikatan yang akrab dan unik antara ibu dengan anak.


Mama tahu anak-anak mama sentiasa terdedah kepada bahaya di luar sana. Mama akan pastikan mereka mempunyai penghadaman yang baik agar mereka akan menjadi lebih kuat dari dalam dan membolehkan mereka menerokai aktiviti yang lebih mencabar. Korang perasan tak sistem penghadaman yang sihat membuatkan anak-anak kita kurang tertekan dan mereka mempunyai lebih banyak tenaga serta semangat dalam diri mereka.

Jadi sebagai seorang ibu, mama harus memainkan peranan penting untuk memastikan pemakanan dalam fizikal mereka agar menjadi lebih kuat dari dalam serta mendapatkan nutrien yang cukup membolehkan mereka aktif dalam pembelajaran serta aktiviti setiap hari. Nutrien-nutrien utama yang akan memperkukuhkan lagi sistem imunnya adalah :
  • Prebiotik
  • Vitamin A
  • Vitamin D2
  • Vitamin C
  • Zat Besi
  • Zink
Oleh itu, nutrien yang cukup akan terpelihara agar mudah dihadam serta kuat dari dalam. Ini kerana protein yang rosak sangat suka untuk diserap oleh usus ini membuatkan anak mengalami masalah penghadaman, kembung perut, sembelit pada perut mereka. Dengan pengambilan susu Friso Gold ini dapat membantu anak lebih sihat dari segi penghadaman yang baik agar mereka boleh menerokai dunia luar kerana mereka lebih kuat dari dalam.

Jadi kita sebagai ibu memastikan betapa petingnya pemakanan anak-anak agar mereka menjadi lebih kuat, sihat dan ceria. Untuk memastikan mereka mendapat makanan baik cuba petua dibawah ini.

  1. Galakkan anak mencuba makanan yang berbeza kerana nutrien yang penting sangat bagus untuk kanak-kanak membesar.
  2. Mempunyai rutin makanan dan mengajar anak dengan makanan yang sihat agar mereka tahu membezakan makanan yang sihat ataupun tidak sihat.
  3. Libatkan anak-anak dalam penyediaan makanan agar mereka akan belajar merancang makanan sihat serta mereka boleh bermain dan membolehkan mereka menolong anda.
  4. Jangan memaksa anak anda jika mereka enggan makan makanan tersebut dan cuba pada hari lain untuk anak anda belajar mencuba makanan yang mereka tidak suka.
  5. Kurangkan gangguan masa makan anda dan seharusnya semasa makan cuba adakan aktiviti menyeronokkan dan santai agar anak-anak anda minat dalam makanan yang disediakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Friso Gold, boleh layari laman web www.frisogold.com.my atau melalui Facebook Friso Gold Malaysia.


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook