Web Review

"UNBOXING" Shopping Online Di SGShop

2:31 PM


Selama 20 hari mama tunggu parcel dari SGShop Malaysia ni. Akhirnya Jumaat lepas mama dapat kotak besar dari China. Giler berbaloi beli kat SGShop ni dengan harga murah sampai rambang mata mama nak beli di SGShop ni. Hehehe.. 4 hari 4 malam mama duk godek mouse tau. Sampai en papa kata mama ni bab-bab beli online serah kat mama.. Dah macam mama ni ratu shopping online jer.. wakakak.. tak leh blah betul. Meh la kita unboxing barang apa yang mama beli kali ni. Nanti mama bagi tips macam mana nak beli di SGShop ni yer.. 

Tudiaa jenuh pening mama nak susun ni semua..

Sempena nak bukak sekolah tahun tahun depan mama beli bag sekolah bebudak ni. 1 bag lagi untuk en papa.. Yang pool tu untuk anak-anak memang muat dalam bilik air kat rumah ni. Korang asyik bebel nak mandi pool kan nahhh korang mandi jer dalam pool ni sudah. 

Ini pulak untuk anak dara Baby Qeisya. Kemahin umur baru 2 bulan lebih dah dapat barbie doll uolls.. jenuh mama simpan nak bagi Qeisya boleh main barbie doll tu... huhuhu.. baju kembang tu bila lah boleh pakai ntah. hahaha. Nampak tak swimming suit pink tu comel ya ampun!! hahahah

Ini plak barang mama & en papa.. mama rembat box mekap RM30 jer wess.. bag travel ala2 longchamp, kasut ala2 crocs, card folder dan bag mini mekap travel. Untuk en papa pulak kasut crocs & short pant dengan bag kat atas tu.

Untuk kesemua ni mama hanya bayar untuk delivery tak sampai RM100 pun. Ini pun mama ambik laluan laut dan mengambil masa 19 - 20 hari untuk sampai ke Malaysia. Ok mama bagi tips skit kalau korang nak shopping di SGShop ni.

Tips Shopping Online di SGShop :-
  • Kalau korang nak beli di sini korang kena beli barang-barang yang ringan dan delivery RM0.00. Korang kena perati jer kat setiap item tu ada harga delivery setiap barang tau. Jangan ambil yang ada delivery charges lagi kang bertambah-tambah mahal kos penghantaran tu nanti.
  • Untuk delivery kalau nak cepat korang ambik la pengangkutan melalui udara tapi mahal skit la yer, dalam 2 hingga 3 hari dah sampai di Malaysia. Tapi kalau nak murah ambik jer pengangkutan laut cuma korang kena sabar dalam 19 - 20 hari yer. Naik kapal kan slow la.
  • Kalau korang shopping dengan kawan-kawan nanti masa bayar delivery charges boleh la korang pakat-pakat share bayar harga delivery. Takder la korang rasa membebankan sangat kan.
Okey yang mana masih blur-blur macam mana step beli online di SGShop ni nah mama bagi entri macam mana nak shopping kat sini. Kat entri ni semua mama dah bagi step-step dia. Mudah sangat untuk korang shopping, buat payment, nak withdrawn balance dalam tu semuanya ada di entri ni. 


http://www.mamajue.com/2016/09/mudahnya-shopping-online-di-sgshop.html

Ehh kalau korang nak direct tanya mama boleh jer terus PM mama ya.. mama boleh jer tolong explain kalau korang konfius.. tapiii jangan suruh mama beli satgi mama terbeli lagi kat sini.. hahahahah.. 


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook