Blogger Review

Brownies Cheese Sedap Dari Home Baker FluffyBatter

9:01 AM

Brownies Cheese Sedap Dari Home Baker FluffyBatter | Sebenarnya mama bukanlah pengemar brownies coklat tetapi anak-anak suka sangat benda yang melibatkan manis-manis macam ni mama belikan jer. Asalkan dedua beradik dapat makan sampai kenyang sudah. Mama pulak kalau dah depan mata memang mama telan jer. Heyy mana boleh pantang makan.. ini pantang nampak sebenarnya. Hahaha.. Kalau brownies tu terlalu manis memang mama tak boleh nak makan banyak. Tapi kalau brownies tu rasa tak manis tak tawar kira sesedang rasa memang mama akan makan berketul-ketul. Korang nak tahu ada Brownies Cheese Sedap Dari Home Baker FluffyBatter.

Brownies Cheese Sedap Dari Home Baker FluffyBatter
Minggu lepas mama ada order brownies dari home baker Anna Syazza. Memang tak sangka dia seorang home bakers rupanya. Mama ingat dia hanya menjual barangan kosmetik jer. So, pening nak pilih brownies yang mana dan Anna suggest Brownies Cheese. Boleh jugak brownies cheese ni sebab dah biasa makan brownies plain. Mama pun dah lama tak makan brownies cheese ni. Nak buat sendiri mama tak berapa nak rajin hehehe.. alaa senang cakap mama tak berapa nak pandai buat. 


Lepas buka jer kotak brownies cheese ni dia punya bau.. perghhh masyaAllah sedap sungguh.. Biasalah anak-anak memang pakat tak sabar nak makan dah. Mama hampa nak tangkap gambar pun tak menyempat hahahah.. sampai kena bawak lari brownies tu dari depa. Anak-anak memang suka makan brownies ni tambah-tambah ada coklat memang depa hantu coklat. Mama rasa seketul dulu dan ternyata brownies ni memang kena selera tekak mama. Sedap, moist dan tak manis. Ini bikin mama gemok la.. 

Onononommm sedap gilerrr.. 

Korang nampak tak hahhh brownies macam ni la terbaik ok. Brownies cheese dengan gabungan coklat dan cheese yang sangat padat! Ehhh sedap lah rasa manis coklat rasa cheese masam skit.. Yummy sangat lahaiiii.. Tambah makan sejuk-sejuk pun sedap. Allahu teringat-ingat pulak.. Ini tak boleh jadi kena order lagi hujung bulan. Lepas seketul seketul mama telan masuk mulut sampai en papa tegur banyak mama makan.. hahahha.. sedap sangat tu yang terlupa diri kejap. Habis la lelemak perut mama macam ni.. hahahah


Mama pernah cuba buat brownies macam ni tapi kan tapi kan tak jadi.. huahuahua.. mama pun tak pasti kenapa tak jadi hehehe maybe salah teknik kot.. atau salah bahan bancuhan tepung. Mungkin juga.. Last mama buang jer ke tong sampah. Hahaha. Tapi kan Brownies cheese yang mama makan dari FluffyBatter ni memang lain dari yang lain. Ini pasti Anna menggunakan bahan yang berkualiti  tinggi untuk dapatkan hasil kebabom sedap macam ni. Mama nak belajar buat memang tak sempat la dengan anak kecik. So mama main order dan bayar jer.. Hahahha.. 


Untuk pengetahuan semua, FluffyBatter ini giat menerima tempahan semenjak dari November 2017 lagi. Ternyata brownies yang dihasilkan oleh Anna ini cukup sedap dan lazat. Terbukti tau sebab mama dah cuba makan memang uummphhh sedap!!! Sekejap jer boleh habis. Hahahah Yang menariknya kalau korang beli brownies dari FluffyBatter ini, tak kira lah korang duduk di Kedah ker, Perak ker, Melaka ker, Johor ker, brownies ni boleh post seluruh Malaysia tau. Bagi yang sekitar Cheras, Ampang, Kuala Lumpur, Setiawangsa boleh jer COD atau boleh self pick up dimana lokasi yang berdekatan. 

Untuk Brownies Tower ni tak boleh pos tau. Untuk pick up dan COD jer boleh. Kalau pos tergolek lah tower tu. Hahahha. Nice kan boleh buat jadi kek besday jugak la.. 

Antara brownies-brownies sedap yang dijual di FluffyBatter adalah bersaiz 8 inch. Antaranya ialah :-
  • Brownies Plain | RM30.00
  • Brownies Cheese | RM50.00
  • Brownies [Peanut Butter | Nutella | Nutty | Butterscotch] Boleh campur | RM35.00 - RM45.00
  • Brownies Mini Pack (Plain free drizzle Nutella/Caramel) | RM12.00
  • Brownies Mini Pack Cheese | RM15.00
  • Brownies Cuppies Plain (47 pcs) | RM30.00
  • Brownies Cuppies Mix Plain + Choc Chip | RM35.00
  • Brownies Cuppies Choc Chips / Peanuts | RM40.00
  • Brownies Tower | Bermula RM40.00

Di atas tu mama bagi senarai harga brownies yang FluffyBatter ambil tempahan. Sebelum nak order korang kena tempah awal sehari sebelum korang nak makan tau. Sebab brownies ni takder yang dah siap ok. Kiranya orang nak baru buat hahhh barulah fresh dan sedap bukan. 

Bagi yang ingin order brownies dengan FluffyBatter ni korang boleh terus wasap dengan Anna Syaza tau. Sebelum mama terlupa korang boleh gunakan kod FLUFFY bagi yang ingin dapatkan harga brownies seperti di atas. Dengar kata bulan March nanti kemungkinan harga akan berubah so korang jangan lupa bagitau kod yang mama bagi ni tau. Brownies dari FluffyBatter memang terbaik!! Korang patut beli dan cuba ok.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi :

Instagram : @fluffybatter

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. Ya Allah...kalau rasanya kurang manis memang syok makan sebab tak muak...itu yang terbaik..harus dicuba ni..

    ReplyDelete
  2. Wow,tengok pun dah tau sedap. Kena try ni...

    ReplyDelete

Like us on Facebook