Blogger Review

Pengalaman Buat Hydrafacial Spa Di Dr Medispa & Wellness

4:42 PM

Kali terakhir mama buat facial muka? Hmm rasanya lama giler kot tak buat facial spa muka ni.. Selalunya buat sendiri jer kat rumah. Setakat scrub, masker dan mask jer yang dapat buat. Nak buang blackhead, whitehead lagi lah tak sempat. Sob sob sob.. Secara jujurnya kulit muka mama bukan la flawless bak putih telur yang lepas kupas tu. Yer memang mama pengguna mekap yang sangat hardcore. Hahaha.. Keluar kemana-mana mesti kena pakai foundation tebal seinci gitu. Hahah baru la rasa konpiden sebab parut-parut jerawat semua dapat cover. Hahaha orang nak kata fake ker suka hati lah duit mama kot beli foundation tu bukan duit korang kan.

Mama bersama dengan Dr Azira yang mempunyai pengalaman berkaitan aesthetic.

Ehh dah macam tersasar cerita jer ni.. Ok korang pernah dengar spa Dr Medispa & Wellness? Memula tu mama ingat spa macam facial muka, picit segala blackhead, kemudian scrub, masker bla bla bla.. tapi lepas jer sampai ke spa Dr Medispa & Wellness di Jalan Reko Kajang tu terus jangkaan mama meleset. Hahaha.. Spa ni bukan sebarang spa tau. Ni macam spa yang banyak menggunakan produk dan alatan spa klinikal gitu. Tak caya korang baca jer sampai habis entri ni yer. Hahh masa ni lah korang boleh tengok muka mama sebarang mekap dan segala parut jerawat dekat muka. Kofkofkof. Hahaha dah la time pergi spa tu jerawat period baru tumbuh. Cisss berketul-ketul dekat dahi. 

Sebelum buat facial spa Dr Azira mengesyorkan treatment Dermapen tapi dek kerana akan mengelupas kulit terus mama tak berani nak buat sebab esoknya mama ada event.. Hukhuk habis muka kang. So mama buat Hydrafacial sahaja. InsyaAllah next time mama akan cuba buat treatment Dermapen pulak untuk hilangkan parut hitam jerawat dekat muka mama tu nanti. Fuhh orang kata nak cantik kena la buat kan...


Sebelum mula spa tu macam biasalah kena la cuci segala mekap di muka. hahaha lepas jer cuci muka Dr Azira tengok kulit muka mama memang banyak bekas parut jerawat tapi Dr kata muka mama takder parut berkawah tu. Kalau parut hitam macam ni senang jer nak hilangkan dengan facial spa di sini. Selepas facial wash, cleanser bagai, Dr sapu Mask Clay Pink dan kemudian guna wap panas untuk liang pori muka mama terbuka. Sebab lepas ni nak kena buang segala whitehead, blackhead dan jerawat. 


Selepas wap panas dekat muka mama, so Dr siap sedia nak picit dan buang segala blackhead dekat mama. Memandangkan tempat sedut tu ada masalah so Dr guna besi khas untuk picit blackhead whitehead tu. Heehehe habis jerawat mama kena picit. erkk sakit sebab belum masak lagi kekdahnya. Nampak kan parut-parut dekat dahi dan dagu mama tu, baru nak licin tetiba naik jerawat pulak. Alahai muka remaja purba sangat ni.. Hahaha..

Lepas habis picit segala mak neka dekat muka mama, Dr mula buat hydrafacial kat muka mama. Ehh tak sempat pulak mama snap masa ni sebab Dr urut muka mama dengan alatan khas. Yang mama rasa kulit muka mama rasa tegang dan sejuk sebab rasa air. Dr cakap dalam air tu Dr masukkan serum khas untuk menegangkan muka dan kulit muka. Best sangat masa buat hydrafacial ni rasa sejuk dan segar jer muka.


Lepas jer settle hydrafacial tu Dr sapu serum Frankincense dekat muka. Ohh sejuk jer serum ni. Kemudian Dr guna alat untuk buat ultrasonic untuk serapkan serum ke dalam kulit muka. Masa buat ultrasonic treatment ni mama rasa nak tidur jer sebab memang relax habis. Kalau buat treatment ni kulit muka akan jadi tegang sebab serum tu terus masuk ke dalam liang pori. Selepas selesai Dr massage muka mama. Hahh part ni memang best rasa syok habis orang duk uli muka mama. Hahaha terasa lembut kulit muka mama tau..


Akhir sekali, mama kena buat Mask LED selama 10 minit. Hahh yang ni mama tak dapat nak tangkap gambar sendiri sebab memang tutup mata dan pakai mask ni. Heheh.. ini pun mama suruh kawan tolong tangkap gambar. Anak-anak siap datang kacau. Mama pakai topeng la.. heheh memang mama tak tau macam mana rupa, lepas jer selesai facial dan tengok gambar mama pakai topeng ni terus mama tergelak-gelak sendiri. Hahh pakai mask LED ni rasa panas suam-suam sangat elok untuk kulit muka kita.


Rawatan di Dr Medispa & Wellness ni bukan setakat facial sahaja sebab ada banyak treatment untuk hilangkan jerawat, anti ageing, vitamin c, dan yang paling popular adalah Dermapen. Untuk pengetahuan semua, Dr Azira berkelulusan University College of Cork, Ireland dan mempunyai ijazah dalam bidang perubatan (MB BCH BAO). Jadi Dr Azira bukan calang-calang orang dan korang tak perlu bimbang untuk dapatkan rawatan di sini ok.  

Nah bukan senang nak tengok gambar mama tanpa mekap. Hahaha..

Selepas seminggu mama dapat rawatan hydrafacial ni kulit muka mama jadi tegang, licin walau parut-parut masih ada lagi. Kemudian liang pori muka mama mengecil dan jerawat period hari tu dah hilang tapi ada parut la pulak. Ngeee... Untuk parut tu mama kena buat treatment Dermapen la jawabnya. Huhuhu seramnya tapi takper mama akan cuba sahut cabaran ni. Hahaha.. Beauty is pain kan. So mama kena berani la yer tak.

Antara treatment yang terdapat di Dr Medispa & Wellness

Lokasi spa ini berdekatan dengan Jalan Reko, Kajang. Bagi yang ingin dapatkan khidmat nasihat dan rawatan di Dr Medispa & Wellness boleh telefon dan buat appoinment dulu yer. 

DR MEDISPA & WELLNESS
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor

Dr Azira : 016-937 7392 / 013-770 6708


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook