Product Review

BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink | Minuman Kesihatan Mata Daripada Bahan Sumber Asli

3:19 PM

BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink | Minuman Kesihatan Mata Daripada Bahan Sumber Asli - Kekerapan menghadap skrin komputer dan phone sangatlah tidak elok bagi mata kita. Mata sangatlah penting bagi kita agar rasa selesa, sihat dan penglihatan mata yang jelas serta tajam. Mama sendiri kerap menggunakan kanta lengkap untuk memandu dan selalu mengadap skrin dalam jangka masa panjang. Oleh itu, mata mama kerap letih, kering dan gatal-gatal kerana mata mama tidak cukup rehat. Korang pernah dengar pasal BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink | Minuman Kesihatan Mata Daripada Bahan Sumber Asli

BERRY BRIGHT Eye Nourishing Drink | Minuman Kesihatan Mata Daripada Bahan Sumber Asli
Baru-baru ini mama diperkenalkan dengan satu minuman kesihatan mata iaitu Berry Bright. Berry Bright merupakan supplemen minuman kesihatan mata yang berasaskan dari sumber asli serta dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata. Untuk pengetahuan semua, Berry Bright mengandungi empat jenis antosianin yang unik dalam beri Cassis (Blackcurrant) yang telah terbukti secara klinikal mampu meningkatkan penjanaan semula sel mata, kelembapan mata dan tahap penglihatan mata. 

Terdapat 2 jenis Berry Bright Eye Nourishing Drink iaitu :-
  1. Berry Bright Original - Mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula adalah sama dengan setengah biji epal. Terdapat 38 kalori pada setiap hidangan dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur.
  2. Berry Bright Stevia - Tidak mengandungi gula tambahan kerana menggunakan Stevia yang berasaskan tumbuhan sebagai pemanis. Terdapat 31 kalori setiap hidangan serta diperkaya dengan antosianin Bilberi Eropah dan beri campuran. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tetapi disyorkan untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis.

Kalau dari bahan sumber asli pastinya ia adalah dari buah-buahan. Antara bahan-bahan utama yang terdapat dalam Berry Bright Eye Nourishing Drink seperti :-
  • NZ Antosianin Blackcurrant - Melegakan keletihan mata, mengurangkan lingkaran hitam pada mata. Merangsang regenerasi rodopsin (sel mata) untuk meningkatkan penglihatan
  • Ekstrak Eyebright - Herba Eropah yang digunakan sebagai ubat mata secara tradisional dan digunakan untuk merawat penyakit mata, membantu melegakan mata kering
  • Ekstrak Marigold - Sumber yang kaya dengan beta-karoten, lutein dan zeaxanthin serta melindungi retina mata, melindungi mata daripada sinaran biru yang berbahaya
  • Vitamin C - Antioksidan larut air untuk melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas dan meningkatkan vaskulariti mata serta kerengsaan dan juga keletihan mata
  • Ekstrak Billberi Eropah - Kaya dengan antioksidan seperti antosianin dan flavonoid serta menguatkan kapilari darah mata dan melancarkan peredaran darah.
  • Stevia - Pemanis tanpa kalori yang 100% semula jadi dan terbukti selamat untuk penghidap kencing manis

Dalam kotak Berry Bright ini terdapat 10 sachet dan setiap sachet dapat memberikan faedah sama dengan memakan 100 buah blackcurrant. Jangan tak tahu Berry Bright ini sangat tinggi kandungan Vitamin C - 500mg per sacher iaitu bersamaan 10 buah oren. Minuman ini bukan sahaja tanpa pewarna dan pengawet malah ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur dari 3 tahun dan ke atas serta selamat untuk vegetarian. Bagi minuman kesihatan ini telah mendapat sijil HALAL dari JAKIM Malaysia. So korang jangan risau pasal tu yer. 

Berry Bright ini sangat disyorkan untuk yang mengalami masalah seperti :-
  • Pengguna contact lens yang kerap pakai setiap hari
  • Berhadapan dengan skrin untuk jangka masa panjang
  • Mata yang kering dan letih
  • Memandu untuk jangka masa panjang
  • Membaca untuk jangka masa panjang
  • Pendedahan yang berpanjangan terhadap cahaya matahari
  • Kemerosotan tahap penglihatan
  • Rabun malam, rabun jauh, rabun dekat dan silau
  • Semua peringkat umur

Cadangan penggunaan Berry Bright Eye Nourishing Drink bagi penjagaan umum perlu mengambil 1 hingga 2 sachet sehari sebelum makan. Manakala untuk pesakit yang mempunyai penyakit mata serius adalah 2 hingga 4 sachet sehari. 

Cara penyediaan cukup mudah. 
  1. Sediakan 150ml air pada suhu bilik atau air sejuk
  2. Masukkan 1 sachet Berry Bright ke dalam air
  3. Kacau, gaul rata dan minum dengan kadar segera bagi mengelakkan pengoksidaan


Kenapa korang perlu mencuba Berry Bright Eye Nourishing Drink ini kerana produk ini telah mendapat anugerah dalam kategori "Makanan Kesihatan" (Health Food) iaitu Malaysia Health & Wellness Brand Award 2017, dianjurkan bersama Sinchew Daily and Life Magazines, telah disokong/disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, turut dapat penganugerahan Pemenang - "Supplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik" (Best Natural Eye Care Supplement) dan Pemenang - Kategori "Penjagaan Mata" (Eye Care) Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014. Dengan anugerah-anugerah ini semua Berry Bright bukan calang-calang produk dan ia memang dipercayai.

[REVIEW MAMA]
Selama seminggu mama amalkan produk Berry Bright Eye Nourishing Drink ni memang mama puas hati. Dengan rasa blackcurrant yang sangat sedap dapat merawat mata yang letih. Rasa air Berry Bright sedap, tiada rasa yang pelik-pelik dan sangat selamat untuk diminum dari umur 3 tahun. Dengan pengambilan Berry Bright dengan konsisten mata mama rasa kurang letih, penglihatan nampak lebih focus dan yang menariknya mata sentiasa lembap, tidak kering dan merah lagi. 


Bagi yang ingin membeli produk Berry Bright Eye Nourishing Drink boleh membeli secara online atau di farmasi seluruh Malaysia. Khas untuk semua follower blog MamaJue yang ingin dapatkan diskaun sebanyak 15% dari pembelian produk Berry Bright boleh masukkan kod diskaun dibawah ini apabila pembelian secara online. Kod ini sah sehingga 15 March 2018 sahaja.

"juelizajamanidc01"

HARGA untuk 10 sachets
Berry Bright Eye Nourishing Drink Original : RM44.90
Berry Bright Eye Nourishing Drink Stevia : RM49.90

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website : www.euryka.my
Facebook : www.facebook.com/berrybrightmy
Instagram : www.instagram.com/berrybrightmy

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook