Food Review

Street Churros Outlet Baru Di SOGO Kuala Lumpur

9:43 AM

Street Churros Outlet Baru Di SOGO Kuala Lumpur | Bagi pengemar Street Churros pasti akan ternanti-nanti outlet baru yang bakal dibuka berhampiran korang kan. Mama pun tak terkecuali sebab mama memang penggemar Churros ni. Street Churros merupakan cafe yang menjual churros terkenal dari Korea dan sekarang di Malaysia telah mendapat di hati peminat untuk makanan ini. Diperbuat daripada tepung berkualiti tinggi dan segar yang diimport dari Korea bagi mendapatkan Churros yang sangat ranggup dan lembut didalamnya. Korang tahu ada Street Churros Outlet Baru Di SOGO Kuala Lumpur.

Street Churros Outlet Baru Di SOGO Kuala Lumpur
Pada Sabtu lepas, mama dapat undangan untuk perasmian outlet terbaru Street Churros di SOGO Kuala Lumpur. Sempena perasmian outlet yang ke 7 Street Churros ini mama berkesempatan untuk merasai dan mencuba menu terbaru churros. Untuk pengetahuan semua, Street Churros adalah rangkaian cafe terbesar di dunia yang bermula di Korea Selatan dimana ia sangat terkenal dengan makanan tepi jalan di sana. Manakala Churros ini dibuat dengan segar untuk mendapatkan kualiti Churros yang terbaik apabila mengigitnya.




Bagi yang pertama kali datang ke cafe Street Churros ini cafe ini agak kecil dan terhad kerana konsep Street Churros ini adalah take away. So korang boleh datang beli dan disediakan beberapa meja dan kerusi untuk makan serta lepak sekejap. Antara menu churros yang paling popular di sini adalah Cinnamon Churros. Selain itu, Original Chorrus, Filling Churros, Stick Churros, Ice Cream Churros dan yang terbaru Churro Fries serta minuman yang sangat sedap di sini. 

Street Churros - Cinnamon, Chocolate & Cheese | RM5.90 
Dipping Sauce - Chocolate, Cream Cheese, Blueberry & Butterscotch | RM1.90

Filling Churros - Chocolate, Cream Cheese & Korean Strawberry | RM7.90

Ini paling mama suka Filling Churros dengan siap inti di dalam so tak perlu lagi nak dip sauce dia. Hehehe paling menjadi kegemaran mama chocolate dan cream cheese memang sedap kalau makan time panas-panas. Rasa ranggup di luar dan lembut didalam memang korang rasa kepuasan makan churros yang besar ni. Anak-anak kalau makan churros ni mama bagi makan banyak pun tak apa sebab churros ni bukan junk food ok. So memang healthy food dan sangat fresh.

Stick Churros (Choose up 2 flavours) - Chocolate, Cinnamon, Cheese | RM9.90

Ice-Cream Churros - Swiss Cheese (Plain) | RM7.90
Topping (+RM1) - Chocolate Cheese, Blueberry Cheese, Butterscotch Cheese | RM8.90

Ice Cream Churros ni korang kena wajib cuba tau sebab sedap rasa cheese dia lalu tekak memang menarik sangat. Boleh juga korang makan Churros dengan ice cream pun sedap jugak tau. Yang penting tak rasa muak makan ice cream ni. Cair jer kat dalam mulut gitu. Bagi yang suka topping boleh pilih samada chocolate, blueberry atau butterscotch lagi sedap!!. Harga pun tak mahal la memang berbaloi sangat makan. 

Churro Fries - Sour Cream, Tomato & Seaweed | RM7.90

Antara menu terbaru di Street Churros adalah Churro Fries. Kira macam ala-ala kentang gitu tapi ini adalah daripada churros. Anak-anak pun boleh makan dan boleh pilih perasa yang mana korang suka. Mama suka sour cream dan juga seaweed. Mula-mula macam pelik Churro Fries Seaweed tapi dah rasa ok not bad dimakan ketika panas. Yang bestnya Churros ni kalau dah sejuk pun still lembut takder liat hahh tu yang bestkan. 

Di Street Churros kalau korang tak order air memang tak sah kan. Mama nak suggest kalau korang nak minum boleh cuba air seperti Fruit Ade - Lemon, Passionfruit, Korean Citron. Ketiga-tiga ni mama suka sebab rasa masam-masam buah. Bagi yang suka Coffee boleh cuba Caramel Macchiato, Spanish Latte. Bagi pengemar non coffee boleh pilih Chocolate, Green Tea dan Milk Tea. Manakala untuk air terbaru seperti Shake O'My Mango dan juga O'My Coconut.

Fruit Ade - Lemon, Passionfruit, Korean Citron | RM7.90

(Coffee) Caramel Macchiato, Spanish Latte | Hot RM8.90 / Iced RM9.90

(Non Coffee) Chocolate, Green Tea, Milk Tea | Hot RM7.90 / Iced RM8.90

Shake - O'My Mango, O'My Coconut | RM9.90

Menu yang mama order pada hari tu.. Ohnomnomnom.. sedap sangat. Air tu berebut uolls dengan anak-anak. Sebelum balik siap mama take away lagi.. Punya lah suka makan!!

Saranghae Street Churros

Street Churros Outlets :

One Utama Mall

Lot LG319A Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya Selangor
Tel : 03-7681 0710

IOI City Mall
LG-66a Lower Ground Floor IOI City Mall, 62500 IOI Resort City, Putrajaya
Tel : 03-8959 2110

Sky Avenue
Lot No T2-12, level T2, Sky Avenue, Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highland, Pahang
Tel : 03-6101 3110

Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square, No 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2110 6210

MyTOWN
Lot No B1.046, Basement 1 Floor, MyTOWN Shopping Centre 6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, Taman Maluri, Cheras, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9201 1099

Empire Shopping Gallery
LK02A, Lower Ground floor, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, SS16 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-5612 1055
STREET CHURROS SOGO KL
LG-L4, Kompleks Sogo
190 Jalan Tunku Abdul Rahman
50100 City Centre
Kuala Lumpur
03-2202 8898


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook