Product Review

NORAFURLA Mascara | Memanjang, Melebat & Melentikkan Bulu Mata Dengan Mudah

5:41 PM

NORAFURLA Mascara | Memanjang, Melebat & Melentikkan Bulu Mata Dengan Mudah - Sebelum ni mama lah paling tak suka pakai mascara. Hahaha.. bukannya tak ada mascara tu banyak jenis ada tapi jarang pakai sebab pakai pun macam tak nampak jer.. Almaklum la bulu mata pun takder. Sob sob sob jangan tak tahu anak mama siap ada bulu mata panjang lagi. Mak aihh jeles betul.. mama nak juga ada bulu mata panjang baru lah mata ni asyik nak gedik-gedik skit kan.. Hahaha.. Hahhh mama dah cuba mascara viral iaitu NORAFURLA Mascara | Memanjang, Melebat & Melentikkan Bulu Mata Dengan Mudah.

NORAFURLA Mascara | Memanjang, Melebat & Melentikkan Bulu Mata Dengan Mudah
Norafurla Mega Volume Mascara dengan special request formula dari founder tersebut yang disesuaikan dengan keperluan wanita Muslim dan wanita yang tidak punya banyak masa untuk bersolek. So korang kena cuba mascara viral iaitu Norafurla Mega Volume Mascara ni sememangnya semudah ABC! Mascara ini mengandungi bahan castor oil untuk memelihara dan menggalakkan pertumbuhan bulu mata agar bulu mata semakin panjang. 


Menariknya mascara ini adalah fiber mascara dalam bentuk stick. Selain dapat memanjangkan, melebatkan dan melentikkan bulu mata hanya dengan sekali sapuan sahaja. Dan lagi bestnya mascara ini dengan mengandungi dual brush microfiber skinny dan juga jumbo. Kalau dah jumbo tu brush mascara ni besar untuk bulu mata di atas manakala brush skinny sangat sesuai pada bulu mata di bawah. 

Dual brush microfiber Skinny dan juga Jumbo.

Jumbo Brush untuk melebatkan dan melentikkan bulu mata. Dengan sekali sapuan boleh nampak bulu mata dah tau. 

Skinny Brush untuk memanjangkan bulu mata dan juga sangat sesuai sapuan bulu mata yang pendek pada bulu mata di bawah

Mama akui mama memang mempunyai bulu mata yang nipis senang cerita tak berapa nak ada bulu mata lah. Hahaha.. Selepas mama cuba mascara Norafurla ni ok memang best tau. Hanya sekali sapuan daripada bulu mata tak nampak terus nampak. Ehhh suka sangat mascara ni takder la rasa susah nak pakai macam mascara yang lain. Satu lagi kalau pakai mascara lain lambat sangat nak kering tapi dengan mascara Norafurla ni cepat jer kering hahh.. Takder la tercomot kalau nak pakai tudung lepas tu. 


Tengok la perbezaan sebelum dan selepas guna mascara Norafurla ni. Nampak tak sebelum tu bulu mata pun tak nampak. Selepas jer pakai terus nampak. Ini hanya sekali sapuan jer.. kalau kata 2,3 kali sapuan confirm panjang bulu mata tak payah pakai bulu mata palsu macam Che Ta dah. Heheheh. Macam mama sendiri memang masalah kalau nak sapu pada bulu mata bawah tu tapi mama guna jer skinny brush mascara ni cukup memudahkan. 

Mascara Norafurla ni sangatlah waterproof tau. Kalau korang menangis ker, mata berair ker, terkena air atau air hujan korang jangan risau memang tak akan meninggalkan kesan dan tak akan comot. Hahh bestkan. Mana lah tahu korang tengok movies cerita sedih ker apa dah tak perlu risau lagi!! Jangan tak tahu mascara ni mengandungi formula mudah dicuci dan tidak meniggalkan kesan hitam seperti mata panda tu. Korang hanya menggunakan air dan tak perlu makeup remover. Hanya tonyoh-tonyoh jer kat bahagian bulu mata tu dan akan tertanggal sebab ia bergumpal-gumpal. Jadi mascara ni sangat practical ketika hendak solat. 


Berat mascara Norafurla ini adalah Jumbo 5ml dan Skinny 5ml. Manakala harga hanya RM89.00 tetapi sekarang dengan harga promo hanya RM59.00 sahaja. Jangan risau mascara ni original dan korang akan berpuas hati selepas menggunakan mascara Norafurla memang lain dari yang lain sebab sangat mudah untuk menggunakan serta dapat melebatkan, memanjangkan dan melentikkan bulu mata dengan mudah. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi :-

Instagram : @beautee.my

Love,
/>

You Might Also Like

6 Comments

  1. Jimat banyak ne sementara tengah promo kan 😉

    ReplyDelete
  2. Wahhh barang panas ni..nampak cam lentik sungguh...jap korek dompet 😅

    ReplyDelete
  3. ok, Nurul pun kena try ni.. Hehehe. Suka kumpul mascara.. tapi pakainya jarang.. :p

    ReplyDelete
  4. Untuk org bulu mata pendek boleh la cuba sbb dia akan nmpk effect panjang dan lentik kan?

    ReplyDelete
  5. Memang nampak beza bulu mata mamajue bila pakai mascara ni.. ni yang buat tertarik nak beli ni

    ReplyDelete
  6. Sama la kita,jue..bulu mata ala2 nmpk tak nmpk je..klu buh mascara tu, ada la nmpk sikit..hihi

    ReplyDelete

Like us on Facebook