Resepi

Resepi Siput Buluh Goreng Pedas Berserai

10:37 AM

Resepi Siput Buluh Goreng Pedas Berserai | Rasanya last makan siput papahat ni ada la 15 tahun yang lepas. Lepas tu nan ado. hahaha punyalah lama. Masa makan tu pun Cu bawak makan kat Bagan Lalang. Ehh ingat lagi tau. tapi nak masak sendiri macam ehh susahnya. Hari Sabtu pergi Mydin ternampak pulak siput buluh atau lebih dikenali papahat. Ehh teringinnya nak makan. Beli sebungkus dah kang tak menjadi nayo jer.. Itu pun mama google resepi.. hahaha Sekali masak ehh sedap pulak. wahh angkat bakul sendiri u.. Dah jom tengok Resepi Siput Buluh Goreng Pedas Berserai. Senang jer dan of coz la sedap!!

Resepi Siput Buluh Goreng Pedas Berserai
Bahan-bahan :-
  • Siput Buluh @ Papahat
  • Cili Kisar [Kisar dengan bawang besar]
  • 3 Ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • Asam Keping
  • Garam
  • Gula
Cara-caranya :-
  1. Tumiskan bawang putih sehingga kuning. Kemudian masukan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air dan kacau jangan lupa masukkan batang serai yang diketuk.
  3. Kacau sebati dan balancekan dengan air jika pekat. Masukkan asam keping, gula dan garam.
  4. Bila air mendidih masukkan siput papahat. Kacau sebentar sehingga rata dan siap. Jangan masak lama takut isi papahat tu keras. 
Kalau sedap macam ni boleh repeat beli kan. tapi masak apa lagi ehh yang sedap. Hahaha bab siput-siput ni tak berani nak masak sambal. takut tak sedap. Selalunya mama masak rebus jer hahh.. Qeram pun nak suruh beli lagi katanya sedap la siput panjang ni. Hahaha.. Selamat mencuba. 

Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. Wahhh....lamanya tak makan pepahat ni.. Adeh..Kak Jue dah buat LeYa terliur ni.. Jom pergi Mydin...

    ReplyDelete
  2. Kegemaran acik ni anjangg. Ya Allah, susah nak dapat kat tempat acik. Dapnyaa. Nanti boleh la cuba buat

    ReplyDelete
  3. sodapnya kalau dpt pepahat yg fresh msk ni pulak...

    tak mkn ngn nasi ratah je pun layan hehehhe

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan pepahat ni jue,ada je kawan akak jual ni,cuma tak berani nak beli

    ReplyDelete
  5. Tudia...sekali menjadi plak resepinya kan..mana la akak nak pi cari pepahat ni jue oiii...seremban xde kot...

    ReplyDelete

Like us on Facebook