Minggu lepas aku ada buat kek gula hangus ni.. tapi tak jadi.. hahahha sebabnya karamel dia aku buat tak hangus.. ok fine.. takper try & error kan.. so this week aku nak buat jugak.. aku selagi tak jadi mesti nak buat bagi jadi jugak.. jenis tak puas hati.. hehehe.. ok jom kita tengok bahan2 & cara2nya...
Bahan-bahan :
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 sudu kecil baking powder
Bahan diatas ini perlu diayak bersama
* 1 cawan susu pekat
* 4 biji telur
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 1 sudu besar kordial Sunkist
Gula Hangus :
* 1 cawan gula
* 1 cawan air panas
* 2 sudu besar mentega
Cara-caranya :-
Memula korang buat karamel dulu.. Gula tu cairkan sampai dapat hangus gini.. pehtu masukkan air panas skit demi sedikit & then baru masuk mentega... siap bagi karamel tu sejuk..
Bekas lain masukkan susu pekat & 4 biji telur.. pukul sehingga sebati..
Tepung, baking powder & soda bikarbonat diayak dulu.. selepas pukul telur & susu masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tersebut...
Masukkan esen vanilla & kordial sanquick dan kacau hingga sebati..
Last sekali masukkan karamel & kacau lagi...
Perapkan adunan dalam 1 jam.. setelah itu masukkan ke dalam Noxxa set kan ke arah STEAM selama 13 minit...
Hasilnya... kek gula hangus menjadi..
Sekali adunan kejap jer abis.. memang husband & anak2 suka makan.. nak buat pun mudah jer.. So apa lagi Selamat mencuba...
MamaJue & PapaMimi Story
0 Comments