Sempena bulan Ramadahan yang bakal tiba nanti, V E Hotel & Residence (V E Bangsar South) mengalu-alukan kehadiran bulan mulia ini dengan berbagai-bagai jenis hidangan enak dari negara Arab serta tempatan bagi mengetengahkan citarasa unik Malaysia di restoran The Straits Estate bermula pada 29 Mei sehingga 23 Jun 2017.
Di The Straits Estate, anda bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan yang meliurkan, hasil
pertembungan budaya kedua-dua rantau berkenaan. Sajian menu istimewa ini disediakan oleh
pasukan chef yang diketuai Eksekutif Chef Sous Unaver Unabia. Chef Unaver yang berasal dari Sabah
akan mempamerkan kepakarannya dalam menyediakan masakan Arab serta kecintaan beliau
terhadap masakan tradisional Malaysia dalam aneka sajian bertemakan ‘Straits & Arabian Bazaar’
(Bazar Negeri Selat & Arab) tahun ini.
Falsafah makanan Chef Unaver berjaya menghasilkan menu yang diatur khas untuk ‘Straits &
Arabian Bazaar’ yang memberikan keseimbangan antara hidangan Arab yang popular dengan
hidangan istimewa Malaysia yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Para tetamu boleh menikmati
jamuan berbuka puasa bersama yang tersayang dengan hidangan pembuka selera seperti Hummus,
Babaganoush, Moutabel, Salad Fattoush, Kerabu Pucuk Paku Dengan Udang Kering, Serunding
Ayam dan Daging dan banyak lagi.
Kemudian, rasailah hidangan utama Arab yang padat dengan aroma seperti Lamb Shank Tagine,
Ouzi Kambing, Kebab dan Shish Taouk, Shawarma Ayam (makanan jalanan yang klasik), dan Sup
Harira yang berkhasiat (sup tomato dan kekacang). Para pengunjung juga boleh menikmati masakan
Melayu yang hebat seperti Kambing Golek dan Ayam Golek yang diperap dengan resipi tradisi
Kelantan, Kari Kawah Kepala Ikan Ala Melaka dan Ayam Percik Terengganu yang dipanggang
hingga sempurna. Tambahan lagi, anda juga boleh memuaskan selera makanan laut yang dibakar
seperti Ikan Tenggiri Bakar, Ikan Pari, Ikan Tongkol, Ikan Cencaru dan banyak lagi.
Lamb Shank Tagine
Shish Taouk hidangan istimewa autentik dari Timur Tengah
Pastilla Ayam
Keju Manakish adalah pastri Arab yang enak dilitupi dengan keju dan dibakar dengan sempurna
Moutabel adalah satu celupan Arab yang popular daripada Hummus
Bagi mengakhiri juadah ini, para tetamu juga boleh menikmati pemanis mulut seperti Pancuran
Coklat dengan pelbagai kondimen, Tart Laici Rangup, Kek Mousse Strawberi atau hidangan manis
tempatan seperti Bubur Serawa Nangka, Pengat Pisang, aneka kuih-muih Melayu dan berbagai-
bagai jenis pemanis mulut yang lain.
Untuk tidak terlepas promosi Straits & Arabian Bazaar boleh tengok harga seperti berikut :
- Bermula pada 29 Mei sehingga 5 Jun, hanya RM98 untuk dewasa bawah promosi “Early Bird Savings”.
- Bermula pada 6 Jun dan seterusnya, buat tempahan dan bayar sebelum 15 Mei 2017 bagi menikmati potongan harga sebanyak 20% :
- Harga biasa RM128 bagi dewasa
- Set Muhibbah Dome (hidangan untuk 10 orang sahaja) berharga RM1,288 atau RM1,588 semeja
Bagi yang ingin membuat tempahan, sila hubungi +603 2246 2888 atau emel kepada dine@vehotel.com.
Untuk info lebih lanjut dan melihat promosi mengenai V E Hotel & Residence sila layari :
Website : www.vehotel.com
Facebook : www.facebook.com/VEBangsarSouth
Love,
0 Comments