Product Review

Ovule Rose | Siri Rose Placenta Set Pek Kembara

10:19 AM

Sekarang ni banyak sangat pasal skincare yang terdapat di luar sana. Tapi korang kena berhati-hati sebab banyak sangat skincare yang tidak diiktirafkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Al maklum la sekarang banyak sangat skincare timbang kilo gitu. Giler nak rosak kulit muka cuba lah kan. Ok meh sini rapat-rapat dekat-dekat mama nak citer skit ada produk skincare yang selamat dengan menggunakan Rose Placenta dari Ovule Rose. Pernah dengar tak? Tak pernah ok meh mama sharing dengan korang yer. 

Siri Rose Placenta Set Pek Kembara merupakan hak milik oleh ED Beauty. Untuk set pek kembaran ini menggunakan Rose Placenta Stem Cell Ekstrak adalah satu-satunya ekstrak yang diambil secara saintifik dari tumbuhan bunga rose. Rose Placenta diekstrak secara eksklusif dari Damask Rose yang terdapat hanya di negara Bulgaria


Memperkenalkan forumulasi khusus bahan dari Swiss yang menggunakan teknologi saintifik Rose Placenta dari Jepun. Produk Set Ovule Rose terdiri daripada 
  • OVULE Rose Cleansing Gel
  • OVULE Rose Placenta Mist
  • OVULE Rose Placenta Serum
  • OVULE Rose Placenta Moisture Cream
  • OVULE Rose BB Cream SPF 35

Untuk pengetahuan semua, peringkat permulaan untuk menghasilkan ekstrak rose placenta adalah daripada Damask Rose iaitu syarikat Ginza Tomato di Jepun yang menjalankan kajian dengan bantuan dan kerjasama daripada sepuluh orang doktor pakar luar negara dan terhasilnya ekstrak rose placenta daripada Damask Rose setelah 6 tahun penyelidikan dilakukan.

Melalui penyelidikan ini terdapat sebanyak 125 % peningkatan EGF dalam kulit manusia melalui pengambilan rose placenta secara terus. Oleh itu set ini sangat sesuai untuk mengembalikan keremajaan kulit samada lelaki ataupun wanita. 


OVULE Rose Cleansing Gel - Rose Cleansing Gel sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
  • Dengan menggunakan secara konsisten, ia dapat menambahkan kulit wajah tampak bersih bak bunga mawar.
Cara penggunaan : Basahkan kulit muka dan sapukan gel pembersih ke atas kulit muka dalam pergerakan bentuk bulatan. Bilaskan dengan air yang banyak. Lap sehingga kering sebelum menggunakan krim pelembap muka.


OVULE Rose Placenta Serum - Rose Placenta Stem Cell adalah satu-satunya ekstrak yang diambil secara saintifik dari tumbuhan bunga rose.
  • Melambatkan proses penuaan
  • Memperbaiki struktur kulit dengan cepat
  • Membantu dalam merangsangkan pertumbuhan semula sel kulit tisu
  • Memberikan imbangan kelembapan kulit
Cara penggunaan : Selepas membasuh muka, sapu dan ratakan ke atas muka. Urut perlahan-lahan sehingga ia meresap jauh ke dalam. Untuk mendapatkan keputusan yang maksimum guna pada pagi dan malam.


OVULE Rose Placenta Mist - Menggunakan ekstrak dari rose placenta yang secara eksklusif dari Damask Rose.
  • Membantu memperbaharui sel kulit untuk mencapai kesan anti-penuaan
  • Membantu memutihkan, menegangkan dan melembapkan kulit wajah
  • Kulit akan lebih kelihatan muda dan cerah sentiasa
Cara penggunaan : Semburkan ke muka sebelum menggunakan pelembap muka dan jugak boleh digunakan pada waktu yang bersesuaian bagi mendapatkan kesan kesegaran dengan segera.


OVULE Rose Placenta Moisture Cream - Memberi pelembapan da serta menghaluskan tekstur kulit dari ekstrak rose placenta.
  • Membantu membaiki kulit dan memberikan nafas baru kepada kulit
  • Melincinkan wajah 
  • Mengurangkan masalah kulit mengelupas
  • Mengembalikan wajah tampak muda, tegang dan jelas sekata
  • Membaiki keseluruhan struktur kulit
Cara pengguanan : Gunakan dalam jumlah yang mencukupi bagi melembapkan kawasan muka dan leher. Sapukan dengan pergerakan bentuk bulatan sehingga ianya meresap jauh ke dalam kulit.


OVULE Rose BB Cream SPF 35 - BB Cream adalah singkatan bagi krim Blemish Balm yang dikatakan menyediakan kebaikan asas kepada kulit.
  • Melindungi dan menjauhi kulit dari jeragat, garis halus dan bintik hitam
  • Memberikan kesan kulit yang segar dan semulajadi
  • Membetulkan tona kulit yang tidak sekata
  • Mengandungi bahan-bahan yang amat berkesan dalam pemutihan, menghalusi kedutan dan menambahkan kecerahan dalaman
  • Memberikan perlindungan dari sinaran UV dan membantu melindugi kulit daripada pendedahan matahari
Cara penggunaan : Sapukan pada permukaan kulit muka selepas menggunakan pelembap wajah.


Dari sudut pandangan mama dengan Siri Rose Placenta Set Pek Kembara ni sangat kecil dan comel serta memudahkan pengguna untuk bawa pergi travel kemana sahaja tanpa perlu risau akan skincare kita tidak lengkap. Mama paling suka serum dan mist Ovule Rose sangat lembut dan bau bunga rose yang nyaman. Rasa muka rasa segar pakai dedua tu tau. Jom tengok testimoni yang telah berjaya menggunakan set Ovule Rose ini.



Set Ovule Rose ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit bagi kegunaan lelaki dan wanita. Bagi yang ingin membantu melambatkan proses penuaan boleh mencuba sendiri Ovule Rose kerana mempunyai antioksidan lebih banyak daripada vitamin C. Yang paling penting set Ovule Rose ini disahkan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat sijil GMP kerana Amalan Pengilangan Baik. So InsyaAllah dijamin Halal kerana ianya buatan Malaysia.

Bagi yang ingin melihat produk Ovule Rose disahkan selamat oleh KKM dan NPRA boleh check di SINI

Untuk harga set ini 5 dalam 1 Ovule Rose ini adalah 
Semenanjung Malaysia : RM79.90
Sabah & Sarawak : RM84.90

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi :

Website : www.ovulerose.com
Instagram : www.instagram.com/ovulerose_hq
Facebook : www.facebook.com/ovulerosehq

Telefon : 013-357 2616
Email : ovulerose@gmail.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook