PjH Food Truck Fiesta Di Menara PjH Putrajaya

11:45 AM

Hi korang.. Sekarang kan macam dah jadi trend makan di food truck. Dah banyak kot ada food truck ni best betul.. Mama pun banyak tempat dah mama cuba makan dekat food truck ni di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Happening sangat makan open air macam ni. Hehehe. 

Ehh korang sesiapa yang kaki makan dan suka mencuba makanan apa kata korang datang ke Menara PjH Putrajaya pada Sabtu ini sebab ada PjH Food Truck Fiesta tau. Pelbagai acara menarik dan disamping itu korang boleh makan di sana.


Apa yang ada di sana.. Dah tentulah makanan seperti kambing bakar, sotong bakar, satay, nasi ayam, maggie ketam dan banyakkkkk lagi. Hahhh selain itu ada persembahan dari busker tempatan. Yang lagi menarik untuk anak-anak siap ada party clown yer.. ok kompom anak-anak memang tak akan boring punya. Ada lagiiii sesiapa kaki selfie / welfie apa kata korang masuk contest kat sana nanti mana lah tahu korang boleh berpeluang memenangi iPhone sebiji.. Best kan!!

Kambing Bakar

Nasi Ayam 

Daging panggang

Maggie Ketam

Satay Ayam

Ayam gunting


Teruja tak? So apa lagi korang datang beramai-ramai bawak anak-anak, kakak, adik, abang, aweks, atok nenek ke sini untuk menikmati makanan di PjH Food Truck Fiesta di Menara PjH Putrajaya pada Sabtu ini 29 April 2017 dari jam 5.00 petang - 10.30 malam. So korang jangan lupa datang tau!!!

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Menara PjH
No 2 Jalan Tun Abdul Razak
Precint 2, 62100 Putrajaya



Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook