IJM Land Half Marathon 2017 akan kembali lagi pada tahun ini dan bakal mengegarkan Dataran Centrio Seremban 2 pada 13 Ogos 2017. Untuk acara marathon ini telah memasuki tahun yang ke 6 dan telah dilancarkan pada 31 Mac 2017. Bagi tahun ini pihak IJM Land akan mensasarkan lebih 7000 penyertaan dari seluruh negara.
Bagi tahun ini, IJM Land Half Marathon akan mengetengahkan gaya hidup sihat serta semangat perpaduan dan disamping keperihatinan membantu pertubuhan amal sebagai sosio-komuniti dan masyarakat.
Pelancaran IJM Land Half Run Marathon 2017 telah dilancarkan oleh Dato' Hoo Kim See, Pengurus Besar IJM Land Berhad (central region) dan Mr Minoru Osada, Pengarah Jualan dan Pemasaran Yakult (Malaysia) Sdn Bhd. Untuk pengetahuan semua, Yakult merupakan Platinum Sponsor IJM Land Half Marathon 2017. Acara marathon ini semakin mendapat sokongan menggalakkan seluruh masyarakat dan akan menjadi platform "fundraising" amal untuk tahun ke 3dan akan disalurkan kepada 2 pertubuhan kebajikan aiaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA)
Dengan tagline "Run Together, Bond Stronger" menyediakan kategori larian 21KM (Half Marathon), 10KM untuk lelaki dan wanita (18 tahun ke atas) dan 10KM lelaki dan perempuan (12 tahun ke atas - kategori junior). Pelari yang terpantas akan dianugerahkan "Grand IJM Land Half Marathon Trophy". Selain itu, setiap peserta yang berjaya menamatkan larian akan membawa pulang goodie bag dengan pelbagai cenderahati daripada Yakult dan penaja yang lain serta bersama custom-made Finisher Medal dan sijil penyertaan. Yang paling menarik juga ada hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 untuk dimenangi.
Bagi memeriahkan acara karnival marathon ini, pihak IJM Land akan menyediakan popcorn, cotton-candy, aiskrim dan belon percuma, badut serta pelbagai acara menarik termasuk photo booth dan peluang bergambar bersama selebriti Malaysia dan duta Yakult, Jack Lim. Selain itu, terdapat juga pemeriksaan kesihatan percuma oleh Columbia Asia Hospital Seremban.
Marilah beramai-ramai untuk menyertai IJM Land Half Marathon 2017. Pendaftaran dibuka sekarang hingga 31 Mei 2017. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran boleh layari www.ijmlandrun.com.
Love,
0 Comments