Product Review

D'Vanda Weightless Essence Foundation | Menutup Cela & Parut Di Wajah Dengan Sempurna

3:50 PM

D'Vanda Weightless Essence Foundation | Menutup Cela & Parut Di Wajah Dengan Sempurna - Foundation merupakan alas bedak yang berfungsi untuk menutup kekurangan kecil pada wajah dan di samping itu dapat meratakan tona kulit wajah dengan sempurna serta membuatkan kulit wajah glowing sepanjang hari. Sebenarnya banyak jenis foundation di pasaran ni seperti sheer foundation, matte foundation, oil-based foundation, liquid foundation, cream foundation dan banyakkkk lagi. Kalau mama nak senaraikan penuh pula entri ni. Ok kali ni mama akan review foundation baru iaitu D'Vanda Weightless Essence Foundation | Menutup Cela & Parut Di Wajah Dengan Sempurna

D'Vanda Weightless Essence Foundation | Menutup Cela & Parut Di Wajah Dengan Sempurna
Kalau nak cerita pasal foundation ni memang banyak mama cuba sebab mama memang suka pakai foundation. Erti kata yang lain mama suka mekap hahh gitu. Yer la mama sedar kulit mama bukan flawless bak kulit telur tu. So dengan pakai foundation dapat menutup parut dan cela pada wajah mama. Kiranya dengan mekap mama jadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. 

Paling mama suka dengan D'Vanda Weightless Essence Foundation adalah botol packaging dia memang kecil molek. Senang nak sumbat dalam bag mekap dan mudah untuk bawa ke mana-mana. Menariknya D'Vanda Foundation ni sejenis treatment foundation kerana bahan utamanya adalah Marula Oil. Untuk pengetahuan semua, Marula Oil sangat terkenal dalam dunia kecantikan kerana ia sangat tinggi antioksidan, vitamin C, vitamin E dan flavonoids. Malah, minyak marula juga mengandungi antioksidan 60% lebih tinggi daripada argan dan biji anggur. 


Bahan utama D'Vanda Weightless Essence Foundation :-
  • Marula Oil - Untuk memberi kemasan "flawless" dan "glowing" pada wajah
  • Vitamin C - Mencerahkan dan membaiki struktur kulit
  • Vitamin E - Merawat dan melindungi wajah
  • SPF 35 - Melindungi dari bahaya sinar UV
Kelebihan produk D'Vanda Foundation ini adalah 3 dalam 1 : Make up, Merawat dan Melindungi kerana foundation ini dapat memperbaiki masalah jerawat, parut jerawat, kekusaman serta tona tidak sekata. Selain itu, ia mampu mengurangkan dan merawat pigmentasi secara perlahan dari dalam kulit. Yang paling best foundation ini dapat mengurangkan garis-garis kedutan dan mengembalikan keremajaan kulit wajah. 


Foundation D'Vanda ini dalam bentuk liquid jenis oil based yang bersifat ringan. Bagi kulit yang berminyak seperti mama sangat sesuai kerana foundation ini dapat seimbangkan kelembapan kulit wajah. So far mama pakai memang mudah diratakan ke seluruh wajah dengan pantas dan yang penting tidak bercapuk walaupun berpanas sepanjang hari. Dengan foundation ini sesuai untuk make up natural look dan boleh digunakan harian kerana foundation ini medium to full coverage memang tutup habis cela dan parut di wajah ni. Bagi nak cuci foundation ni pun mudah dibersihkan so memang mesra wuduk. 

Sebelum & Selepas dengan Foundation D'Vanda. 

Nampak tak gambar sebelum dan selepas mama pakai foundation D'Vanda ni lain kan. Habis cover tau cela dan parut jerawat di muka mama. Yang paling mama suka kulit tak melekit dan kulit nampak lebih glowing. Yang tertanya macam mana bau foundation ni korang jangan risau sebab foundation ni memang mesra hidung hahaha sebab wangiiii bau macam vanilla rasa nak jilat jer. Sebelum terlupa shade foundation ni ada satu jer tau so memang sesuai untuk semua kulit. Lepas pakai foundation  dia akan blend dengan tone kulit muka korang. Korang cubalah memang best giler foundation ni!!!

Nah la video tutorial..


Nampak muka mama happy dengan foundation D'Vanda ni sebab mama rasa confident jer nak keluar pergi mana-mana. Mama tak perlu risau lagi dengan parut dan cela kat muka ni yeaaa... Yang lagi best foundation D'Vanda ni dapat merawat parut-parut jerawat di muka. Best kan.. 

HARGA
D'Vanda Weightless Essence Foundation 20ml
SM : RM 88.00
SS : RM 98.00

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website : www.dvandacosmetics.com
Facebook : www.facebook.com/DVandaOfficial
Instagram : www.instagram.com/d.vanda_malaysia
Whatsapp : 013-608 6597

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook