Press Release
Ayam Brand Menjadi Sebahagian Daripada Sejarah Dan Warisan Budaya Malaysia Selama 126 Tahun
6:21 PM
Dari zaman British Malaya ke Malaysia, Ayam Brand
sentiasa mengekalkan akar umbinya di negara ini. Produknya yang telah dinikmati dan
disayangi oleh generasi rakyat Malaysia, menjadikannya salah satu makanan ruji yang
paling penting di rantau ini. Setiap orang akan menggambarkan jenama ini dengan frasa
“saya membesar dengannya”.
Ayam Brand diasaskan di Malaya pada tahun 1892 dan pada mulanya merupakan
perniagaan perdagangan produk mewah yang diimport dari Perancis. Logo dahulu masih
digunakan pada hari ini memperlihatkan ayam jantan dan nama pengasas, Alfred Clouet,
seorang warganegara Perancis. Penduduk tempatan menamakan produk ini sebagai ‘Ayam
Brand’ atau ‘Cap Ayam’ dari gambar ayam jantan. Nama tersebut melekat dan beberapa
dekad kemudian, jenama Alfred Clouet ini secara rasminya dinamakan semula sebagai
Ayam Brand yang masih kekal sehingga ke hari ini.
Pada masa Kemerdekaan Malaysia, nama syarikat “Clouet Malaya” tidak lagi wujud. Sebuah
syarikat baru yang dipanggil A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun
1957 di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Syarikat ini mempunyai pertalian dengan keluarga
diraja Negeri Sembilan sebagai salah satu pemegang saham utamanya dengan
Allahyarham Tunku Tan Sri Mohamed Tunku Besar Burhanuddin. Dan pada hari ini,
anaknya Dato Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed masih merupakan salah satu
pemegang saham utama syarikat.
Walaupun gambar ayam jantan jarang sekali berubah sejak bertahun lamanya, tidak ramai
yang mengetahui cerita disebalik warna merah dan kuning ikonik sardin dan mackerel dalam
sos tomato Ayam Brand. Warna-warna ini diperkenalkan pada tahun 1960 bagi
menyerlahkan kualiti unggul produk tersebut kerana Ayam Brand telah mula menerima
sardin premium dari Jepun. Bungkusan ini menjadi simbol rantau ini dimana pengguna
mengenali Sardin Ayam Brand menerusi warna merah dan kuning jenama tersebut.
Bermula pada tahun 1957, Ayam Brand telah mula melaksanakan tahap kawalan kualiti ikan
yang tinggi dan melabur di sebuah kilang di Taiping, Malaysia. Hari ini, dengan 1200 pekerja
tempatan Malaysia menjadikan kilang sardin tersebut antara yang terbesar di Asia
Tenggara. 100% daripada sardin Ayam Brand dikeluarkan di Taiping.
Kualiti sebagai keutamaan
Kilang Ayam Brand telah menerima pensijilan tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan.
Mereka adalah antara yang terpilih yang dibenarkan mengeksport ke Amerika Syarikat dan
Eropah. Salah satu yang paling penting di Malaysia adalah pensijilan JAKIM, yang
merangkumi bukan sahaja keperluan agama tetapi juga memperakui kualiti pengeluaran. Ayam Brand telah disenaraikan sebagai senarai putih oleh JAKIM yang hanya meliputi
syarikat makanan yang boleh dipercayai.
Ayam Brand terkenal dengan kualiti. Mereka masih menggunakan proses pengeluaran yang
manual kerana perjagaan yang rapi diperlukan. Selain daripada pemilihan ikan yang ketat,
pemprosessan sardin Ayam Brand memerlukan lebih daripada 1,000 pekerja tempatan
Malaysia yang berkelayakan untuk pemotongan ikan sardin, dicuci dan dibasuh dengan
tangan. Ikan sardin juga dimasukkan ke dalam tin secara manual supaya ikan tersebut tidak
rosak dan kualitinya akan terpelihara. Kualiti merupakan asas bagi semua produk Ayam
Brand, dengan seramai 120 pekerja yang bekerja di jabatan kualiti bagi memastikan
piawaian tertinggi tidak sahaja dipelihara tetapi juga sentiasa bertambah baik.
Sardin Ayam Brand ditangkap dari lautan sejuk. Mereka berbeza daripada sardin tempatan
kerana mereka lebih berlemak, enak dan lebih lazat.
Walaupun produk ini adalah produk ruji dan dimakan oleh setiap dua orang penduduk
Malaysia, sardin Ayam Brand dilihat menjadi sedikit mahal berbanding dengan ikan segar.
Ini kerana satu kesilapan dalam persepsi: apabila ikan segar yang disediakan (usus, kepala
dan ekor yang dikeluarkan), ia akan kehilangan separuh daripada beratnya, yang akan
kemudian dikurangkan sebanyak 10 hingga 20 peratus semasa memasak. Bandingkan ini
dengan kualiti sardin di dalam tin di mana berat ikan sepenuhnya boleh dimakan, cepat dan
senang tanpa sebarang gangguan di dapur dan tidak perlu dikemas. Ini menjelaskan
mengapa sardin dalam tin kekal sumber ikan yang berpatutan. Layari pautan www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook Ayam Brand-World of Recipes.
Love,
0 Comments