Traveloka
Traveloka Saleabration | Tempah Penerbangan & Hotel Berbaloi Ke Singapore Sempena Matta Fair 2018
8:30 AM
Sekejap jer dah masuk bulan September, mama mulalah planning nak buat apa cuti sekolah
hujung tahun ni. Apa-apa pun mama nak jugak cuti sekolah anak-anak mama terluang dengan
aktiviti yang bermanfaat. Dengan cara bercuti dengan anak-anak dapatlah mama kumpul
memori bersama mereka apabila mereka dewasa kelak. Untuk cuti sekolah hujung tahun ini
mama planning nak bawak anak-anak pergi Singapore. Dekat-dekat la dulu bagi dia orang
merasa naik flight kekdahnya. Tak berani lagi mama nak bawak pergi jauh-jauh risau takut
tak boleh kawal pula.
Sebelum itu mama wajib tempah tiket kapal terbang untuk pergi ke Singapore. Kali ni mama
nak suruh jer en papa tak payah drive. So mama cadangkan naik flight jer jadi takder la letih
nak berjimba-jimba kat sana yer tak. Apa susah mama tempah jer tiket kapal terbang di
Traveloka. Senang sungguh tempah dekat Traveloka ni sebab harga memang murah dah
berpatutan. Bukan sahaja boleh tempah tiket kapal terbang malah mama boleh booking hotel
di sana juga. Hahh kan senang tak perlu banyak website yer tak. Jangan tak tahu website
Traveloka ini sangat memudahkan kita sebagai pengguna. Itu yang kita mahukan betul tak.
Korang nak tahu Traveloka tengah mengadakan Traveloka Saleabration awal
daripada Matta Fair 2018. Sebut jer Matta Fair 2018 mesti ramai berpusu-pusu nak cari pakej
percutian yang menarik di Malaysia atau luar Negara. Masa ini lah kita sebagai rakyat
Malaysia mencari peluang untuk percutian yang murah di Matta Fair 2018. Untuk
pengetahuan korang semua, untuk membuat penempahan Traveloka Saleabration ini dari 4 September 2018 sehingga 10 September 2018. Manakala untuk
tempoh perjalanannya pulak adalah bila-bila masa dan dimana sahaja destinasi yang korang
nak tuju. Menarik sungguh ni.
Apa yang menariknya dan kenapa mama wajib menempah tiket kapal terbang dan percutian
ke Singapore sempena Traveloka Saleabration ini adalah terdapat tawaran kupon diskaun
tambahan untuk pembelian segera. Kupon diskaun sebanyak 8% atau sehingga RM40
(tertakluk kepada terma dan syarat) atas tiket penerbangan dari syarikat-syarikat penerbangan
yang terlibat. Yang paling menariknya tempah di traveloka ini adalah
No Booking Fee! Woww memang jimat banyak lah bajet mama kali ni.
Kalau dah pergi Singapore ni mama nak sangat pergi theme park Universal Studio Singapore
yang berdekatan dengan Sentosa Island. Ini bukan sahaja anak-anak jer teruja malah mama
sendiri pun teruja sebab tempat ni sangat menarik dengan pelbagai aktiviti untuk diterokai. Di
Universal Studio Singapore terdapat permainan dan tarikan seperti Hollywood, Madagascar,
Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City dan New York.
Banyak juga mama bertanya kepada kawan dan carian Google mengenai tips ke Universal
Singapore ni. Salah satunya sebelum pergi pastikan beli tiket masuk secara online untuk
dapatkan harga yang murah. Selain itu, elakkan membawa bag yang bersaiz besar untuk
memudahkan pergerakkan di dalam USS. Paling penting pakai pakaian yang selesa dan juga
kasut yang selesa untuk memudahkan bergerak di sana kerana kawasan USS tersebut sangat
besar.
Ramai cadangkan dekat mama kalau dah sampai ke Singapore jangan lupa mencuba makanan
terkenal di sini iaitu Sup Tulang Merah di kedai Deen Tiga Rasa yang terletak di Beach
Road. Tengoklah warna merah darah Sup Tulang Merah ni mungkin nampak menakutkan
sikit tapi rasanya sangat-sangat sedap. Kuah merahnya rasa pekat dan berempah serta sedikit
manis-manis. Manakala dagingnya pula di masak begitu empuk dan lembut. Terus terliur
mama nak pergi mencuba sendiri Sup Tulang Merah di Singapore.
Oh ya untuk penginapan hotel pula mama nak tempah di Hotel Resort World Sentosa. Untuk
tempahan hotel boleh juga buat di website Traveloka dan boleh dapatkan harga yang murah dan berbaloi. Hotel Resort World Sentosa ini adalah hotel yang terbaik dan strategik di
Singapore. Menariknya hotel ini berdekatan dengan Universal Studio Singapore, jadi
mudahlah untuk mama dan keluarga berehat selepas keletihan berkunjung ke USS.
Tak sabar pulak tunggu Disember nanti dapatlah mama dan keluarga ke Singapore dengan
tempahan Traveloka Saleabration sempena Matta Fair 2018 tahun ini. Yang lagi mama suka dengan
Traveloka ini boleh tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan di
mana-mana destinasi. Sungguh mudah dan berbaloi dengan bajet kita untuk kemana sahaja
dengan Traveloka. Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh
layari https://www.traveloka.com/en-my/
0 Comments