Setiap orang mempunyai masalah kulit yang berbeza-beza. Mungkin ada setengah orang mengalami kulit muka berjerawat, kulit sensetif ekzema, keguguran rambut dan kelemumur. Selain daripada menghadapi masalah kulit seperti ini, mesti susah hendak buat pilihan untuk membeli produk yang berkesan dengan masalah tersebut. Yer tidak dinafikan di pasaran sangat banyak lambakan produk mengandungi bahan kimia. Ia bukanya sesuatu yang baik malah menambahkan banyak masalah di kemudian hari.
Pada Sabtu lepas, mama dan beberapa blogger lain telah mendapat jemputan eksklusif Tabletalk Session Bersama Dr Buds Organics dengan Guardian Malaysia. Terima kasih Dr Buds Organics dan Guardian kerana menjemput mama untuk sesi tabletalk yang agak santai mengenai produk-produk dari Dr Buds Organics. Pernah korang dengar tak pasal produk ni? Sebelum ni mama macam pernah dengar Dr Buds Baby tapi untuk produk ni mama masih belum dengar lagi.
Pengasas Dr Buds Organics ini merupakan seorang Dr KK Soo mencipta produk penjagaan diri yang selamat dengan pengalaman beliau. Selain itu, produk Dr Buds Organics hanya menggunakan bahan semulajadi, selamat, asli dan paling berkesan. Beliau sendiri pernah mempunya pengalaman dengan jerawat yang teruk dan setelah membuat rawatan yang selamat dan berkesan, beliau sendiri cuba kepada anak-anaknya. Inilah kisah Dr Buds Organics. Pada pagi tersebut, kami diberi keterangan lanjut mengenai kulit masalah seperti eczema dan jerawat. Jadi Dr KK Soo memperkenalkan 2 set produk iaitu Set Easy Clear dan Set Acne Rescue.
Set Easy Clear
Set Acne Rescue
Antara produk Dr Buds Organics ialah seperti set Easy Clear, Acne Rescue, Hair Loss Rescue dan Dandruff Rescue. Kesemua bahan yang terdapat dalam Dr Buds Organics ini adalah gabungan sains dan juga alam semulajadi yang organik. Semua sedia maklum bahawa bahan-bahan organik mampu merawat kulit yang berkesan. Selain itu, bahan-bahan ini telah diuji secara klinikal dan terbukti berkesan untuk masalah kulit dan juga kulit kepala. Dalam rangkain produk ini terdapat seperti Tea Tree Oil yang baik untuk anti bakteria, ekstrak Liquoarice, Aloe Vera dan prebiotik untuk menggalakan pertumbuhan bakteria yang baik.
Menariknya event TableTalk ni memang santai dan paling best ada cabutan soalan untuk semua blogger. So soalan yang mama dapat adalah "Do you use samples before buying skincare products?" Jawapan mama of coz la mama memang hantu sample request produk sebelum beli actual size. Sebab kalau satu produk tu berkesan dengan kulit sendiri barulah mama beli size sebenar. Kalau tak berkesan memang mama stop produk tersebut. Sebenarnya bagus kalau semua produk mengeluarkan sample produk untuk pengguna menggunakan sebelum membeli.
Kemudian aktiviti seterusnya buat logo Dr Buds Organics dengan menggunakan tanah liat dibuat dengan menggunakan bahan semulajadi seperti tepung jagung. So semua blogger wajib menunjukan kreativiti masing-masing. Hahaha mama pun tak terkecuali buat logo Dr Buds Organics ni walaupun tak kreatif tapi kami semua memang enjoy aktiviti ni.
Hasil kreativiti mama. Hahaha comot sangat ni.
Sebelum terlupa produk ini juga disahkan organik oleh ECOCERT merupakan salah satu pensijilan antarabangsa dimana mereka memeriksa secara terperinci dan mengesahkan sesuatu produk itu selamat. Dengan sokongan ECOCERT ini, pengguna tidak perlu risau dengan produk-produk Dr Buds Organics bahawa produk ini tidak mengandungi bahan kimia yang bahaya malah hanya ada bahan-bahan semulajadi dan organik yang selamat kerana dibuat melalui proses yang mesra alam.
Senarai Harga Dr Buds Organics :-
1) Acne Rescue
- Mild Cleanser 150ml - RM75.90
- Sebum Control Gel 50ml - RM82.90
- Acne Control Cream 30ml - RM75.90
2) Easy-Clear Rescue
- Soothing Cleanser 300ml - RM69.90
- Soothing Lotion 75ml - RM79.90
- Intensive Cream 50ml - RM86.90
3) Dandruff Rescue
- Soothing Shampoo 300ml - RM69.90
- Soothing Conditioner 150ml - RM49.90
- Soothing Scalp Serum 150ml - RM79.90
4) Hair Loss Rescue
- Soothing Shampoo 300ml - RM69.90
- Soothing Conditioner 150ml - RM49.90
- Soothing Scalp Serum 150ml - RM79.90
Terima kasih Dr Buds Organics dan Guardian Malaysia kerana menjemput mama dan blogger-blogger untuk hadiri TableTalk yang sangat awesome ni. Memang best sangat. Terima kasih kerana bagi produk Dr Buds Organics untuk mencuba dan tak lupa juga Guardian Malaysia untuk goodies bag. Bagi yang ingin dapatkan produk Dr Buds Organics ini boleh dapatkan di website dan juga secara eksklusif di Guardian serta Pantai Hospital Kuala Lumpur.
Memandangkan kulit muka mama berjerawat so mama pilih set Acne Rescue terdiri daripada Mild Cleanser, Sebum Control dan Acne Control Cream. Dah hampir seminggu mama guna set ni memang best jerawat cepat kecut dan paling suka bau mild cleanser dia wangi dan sejuk kat muka. Kulit muka pun kurang berminyak. Hoyehh best betul set Acne Rescue ni. Cuma sekarang mama nak hilangkan parut-parut jerawat jer. Jom guna produk yang selamat dan organik dari Dr Buds Organics.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
Website : www.drbudsorganics.com
Facebook : www.facebook.com/drbudsorganics
Love
0 Comments