Product Review

iVita Cassialeaf | Makanan Tambahan Untuk Masalah Mata

11:24 PM

Mata merupakan panca indera yang sangat penting bagi setiap manusia di dunia. Bayangkan jika mata kita rabun memang confirm lah teraba-raba kalau nak mencari barang bukan. Mama sendiri mempunyai masalah rabun jauh dan silau yang teruk. Cuma mama tak suka nak pakai cermin mata sepanjang hari sebab rimas ada benda dekat mata. Walau rabun jauh mama power hanya 100 sahaja tapi bagi mama cukup tidak selesa ketika memandu. Tambah silau yang makin teruk makin susah nak memandang ketika pada waktu malam yang kurang cahaya. 


Dalam 2 minggu yang lepas mama diperkenalkan dengan satu produk makanan tambahan untuk mata iaitu iVita dari Cassialeaf. Mama dapat jer produk ni mama dengan niat mengharap produk ni dapat mengurangkan silau mata mama. Tak banyak pun sikit jadilah. Serious mama paling tak suka dengan silau pada waktu malam rasa mata mama kabur teruk. Mama akui mata mama silau ni disebabkan akibat selalu mengadap komputer dan smartphone yang kerap. Tapi apa boleh buat itu adalah sebahagian kerja mama sebagai seorang blogger. 


Produk iVita Cassialeaf ini merupakan makanan tambahan dari ramuan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan juga buah-buahan seperti 
  • Blueberry | Mencegah mata penat, mata kering, bengkak, gatal, rabun jauh
  • Delima | Provitamin A (karotenoid) yang sangat bagus dan sangat diperlukan untuk kesihatan mata
  • Lutien | Penyaring cahaya dan melindungi jaringan mata dari kerosakan akibat sinat matahari
  • Minyak Zaitun | Kandungan vitamin K juga dapat memproduksi kolagen sehingga dapat mengurangi linkaran hitam pada mata
  • Kurma | Kaya dengan nutrisi vitamin A dengan sifat antioksidan serta bermanfaat besar dalam penjagaan mata. Sari kurma boleh meningkatkan stamina tubuh badan
  • Halia Bara | Membantu membersihkan sistem limfa mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit. Membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh dan menambah tenaga

Antara kelebihan iVita Cassialeaf ini seperti :-
  1. Mencerahkan penglihatan mata rabun jauh dan rabun dekat
  2. Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
  3. Mencantik dan melembabkan mata yang lesu
  4. Melegakan masalah gatal mata atau resdung
  5. Hilangkan masalah mata kering
  6. Menyembuhkan masalah mata merah
  7. Pulihkan masalah rabun malam
  8. Sesuai untuk masalah mata berair

Cara pengambilan iVita Cassialeaf ini cukup mudah dan sesuai untuk kanak-kanak 1/2 sudu kecil (5ml) dan dewasa 1 sudu besar (10-20ml) minum 30 minit sebelum sarapan pagi atau sebelum tidur. Peringatan selepas membuka botol iVita ini haruslah simpan ke dalam peti sejuk. Elakkan dari menggunakan sudu besi bagi mengekalkan khasiat dalam iVita. Jangan lupa  minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 2 - 3 liter sehari dan kurangkan minuman berkafien. 

Kalau korang nak tahu ramai yang berkesan dengan mengambil iVita ini secara konsisten. Nak tengok testimoni boleh tengok gambar di bawah ini. Memang terbaik lah. Yang penting kita berusaha untuk merawat mata kita.



Selain dengan pengambilan makanan tambahan iVita ini mama juga menjaga pemakanan seimbang seperti mengamalkan sayuran seperti lobak merak yang mempunyai vitamin C, E dan A serta memperbanyakkan makan ikan seperti salmon dan tuna yang kaya dengan khasiat Omega 3. Disamping itu, sayuran hijau seperti brokoli juga baik untuk penjagaan mata. 

Tambah setiap hari mama asyik mengadap komputer dan smartphone yang terlalu lama so mama mengamalkan peraturan merehatkan mata selama 20 saat dari pandangan screen komputer dan smartphone ke arah lain untuk mengalihkan focus mata ke arah sesuatu benda dengan jarak 20 kaki setiap 20 minit. 

Jom tengok testimoni mama sendiri yang mencuba iVita Cassialeaf ni.

Harga sebotol iVita Cassialeaf ni hanya RM45.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM55.00 untuk Sabah dan Sarawak. Oh ya sebelum terlupa untuk pengetahuan semua, produk iVita Cassialeaf ini sememangnya Halal dari JAKIM Malaysia serta mendapat kelulusan dari KKM Malaysia. Tak percaya tengok No Rujukan KKM dalam gambar dibawah ini. 



Paling mama suka rasa buah-buahan dia memang rasa masam manis buah. So far selama 2 minggu nampak la silau makin kurang cuma rabun tu belum lagi lah. Hehehe. alaa baru 2 minggu minum iVita ni mana boleh terus baik mata kita kan. At least mama mencuba untuk merawat silau mama yang teruk ni. Yang pasti sedap la iVita ni rasa tak pahit pun. InsyaAllah mama akan cuba kurangkan lagi dengan minum iVita secara konsisten dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang demi mata mama yang cantik.

Untuk maklumat lanjut & pembelian boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Menarik produk ni...
    Sbb nieyl kebelakangan ni ada masalah mata juga ni...
    rasanya kena tukar cermin mata..sbb power mungkin dah naik...

    ReplyDelete

Like us on Facebook