Pengalaman Membeli Belah Baju Plus Size Untuk En Papa Di Butik Bob Rock, Shah Alam

1:32 AM

Semenjak lepas raya ni en papa dah mula merungut. Dia cakap baju dia semua dah kecik! Asal pakai tshirt ketat sendat macam sado jer badan tu. Lepas tu kalau pakai kemeja butang tak boleh butangkan di bahagian perut. Hahahha elehh nak salahkan baju kunun padahal dia sendiri yang dah gemok. Betul la badan dia memang naik kaw-kaw sampai kena cari baju size plus size dah. Sebenarnya agak susah nak cari baju yang size besar dengan harga yang mampu milik. 


Banyak juga mama cari butik untuk plus size ni sekitar Selangor. Selepas Google dan mama jumpa baju untuk plus size di Shah Alam. Pagi Sabtu terus ajak en papa pergi ke butik tersebut. Butik plus size yang mama maksudkan adalah Butik Bob Rock di Plaza Shah Alam. Memang senang nak jumpa butik ni. Masuk jer tepi kedai mamak tu terus naik tingkat 1. Serious la butik ni sangat cantik dan berhawa dingin. Oh ya nak pilih baju pun senang nak pilih dan staff butik ni pun very friendly.


Menariknya butik Bob Rock ini merupakan baju plus size bukan sahaja untuk kaum lelaki malah untuk wanita macam mama pun ada. Mula tu risau juga ada ker baju fesyen menarik dekat butik ni. Sekali masuk ke dalam butik Bob Rock ni ternyata jangkaan mama melesat sebab banyak fesyen terkini dan trendy yang sesuai untuk badan yang bersaiz besar. Baju ini semua bermula dari saiz S sehingga paling besar 6XL. Hahhh yang berbadan besar jangan risau memang ada dan harga pun sama jer.


Untuk wanita pelbagai design baju seperti baju blouse casual yang mempunyai 12 warna yang berbeza, blouse yang sesuai ke pejabat, kemeja, baju kurung moden, skirt, seluar slack, jeans dan palazo pun ada. Memang rambang mata juga mama nak pilih blouse warna mana yang cantik. Maroon cantik, biru pun cantik. Last mama pilih warna hitam warna paling selamat hahaha senang nak matching dengan tudung pelbagai warna gitu. Harga pun not bad RM89.00 jer.


Cantik kan. 


Baju kurung moden untuk size besar

Selain baju wanita di butik Bob Rock ini, ni hah pelbagai design baju kemeja untuk lelaki dekat sini. So orang yang berbadan besar jangan risau sebab korang pun boleh jer pakai baju kemeja walau badan yang bersaiz comel. Baju kemeja lelaki di butik Bob Rock bermula dari saiz XL sehingga 6XL ada tau. Macam-macam kemeja juga yang ada seperti kemeja batik moden, kemeja denim, kemeja berkotak dan yang terbaru kemeja pantai.



En papa memang berkenan betul dengan baju kemeja pantai ni. Nama baju kemeja pantai ini adalah Bahamas atau dikenali kemeja batik moden. Pertama kali pegang jer kemeja ni memang kain lembut, ringan dan sejuk jer. En papa sendiri cuba pakai baju ni memang sedap dipakai dan selesa. Kalau tengah panas pun tak perlu risau sebab kain ni tidak tebal. Manakala variasi warna menarik dan warna tidak mudah luntur. 

Stylo kan kalau pakai dengan seluar pendek hitam

Kemeja Denim pun ada.

Baju kemeja berkotak pun nice sangat

Bagi yang suka pakai Tshirt Marvel pun ada 


Jangan lupa pilih seluar jeans dan seluar slack berwarna hitam, kelabu, biru dan khakis untuk dipadankan dengan kemeja yang korang pilih tu. Seluar di sini terdapat saiz 40 hingga saiz paling besar iaitu 60. Material seluar menggunakan kain jenis lembut yang strecthable dan selesa. Harga seluar slack saiz besar ini hanya RM169.00 sahaja. 


Di butik Bob Rock ini bukan sahaja ada baju dan seluar tetapi terdapat aksesori khas seperti bag tangan wanita, dompet wanita dan tali pinggang untuk lelaki. Kalau korang tengok tali pinggang di butik Bob Rock ni memang sangat high quality dan diperbuat oleh premium leather. Pilihan tali pinggang ini memang panjang dan sangat sesuai untuk badan yang besar. 


Jom tengok mama tour di butik Bob Rock ni. kot-kot korang berkenan kan


Pengalaman yang sangat puas hati shopping di butik Bob Rock ni memang terbaik sebab menawarkan pelbagai baju plus size khas untuk lelaki dan wanita yang berbadan besar. Mama akui susah untuk cari baju yang bersaiz besar di shopping mall. Dah la baju saiz besar kemudian harga pulak mahal. Tetapi di butik Bob Rock ni harga sangat berbaloi dan lagi menarik semua saiz harga yang sama. Mana nak jumpa butik baju saiz besar macam ni yer tak. Orang berbadan besar pun boleh bergaya cuma korang boleh dapatkan di Butik Bob Rock di Shah Alam.

Bagi mereka yang jauh dari Shah Alam jangan risau korang boleh jer beli secara online di website butik Bob Rock dan jangan lupa daftar di link http://bit.ly/BobRockDiskaun untuk dapatkan diskaun RM5 bagi pembelian pertama. 

Untuk maklumat lanjut :-

Butik Bob Rock
Lot F15, Plaza Shah Alam
No 2 Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E
40000 Shah Alam
Selangor

Tel : 011-1009 1302 | 013-333 1353


Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. wahhh bestnye kalo dpt shopping kat sni..
    sy pon plus size..
    kalo dkt mmg dh blh terjah ni..

    ReplyDelete
  2. ok..noted...smpan dulu...
    tunggu duit masyuukkk..baru boleh g shopping situ hehe

    ReplyDelete
  3. cantik2nya baju perempuan, yg lelaki pun stylo2 sgt... harga pun nampak berpatutan tp naper jauh bebeno kt shah alam... area kl takde ke

    ReplyDelete

Like us on Facebook