LuLu Hypermarket Buka Cawangan Kedua di 1 Shamelin Mall, Cheras

1:41 AM

LuLu Hypermarket nama pasaraya yang tidak asing lagi di Kuala Lumpur. Pada 1 Julai 2019, sekali lagi LuLu Hypermarket telah buka cawangan kedua secara rasminya di 1 Shamelin Mall. Bangunan pasaraya di 1 Shamelin Mall ini berukuran lebih 7,400 meter persegi dan merupakan cawangan global LuLu yang ke 174. Tahniah diucapkan kepada LuLu Hypermarket.


Pasaraya baru ini telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 1 Julai 2019. Pengerusi LuLu Group, Yusuff Ali berkata, pembukaan cawangan baru itu adalah sebahagian daripada perancangan perluasan syarikat dan akan membuka empat lagi pasaraya hyper di bahagian lain termasuklah di Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang di Melaka dan Johor Bahru sebelum berakhirnya 2020.


Mama berkesempatan singgah ke pembukaan cawangan terbaru LuLu di Shamelin tempoh hari. LuLu di sini hanya setingkat sahaja di bahagian Ground Floor 1 Shamelin Mall. So sangat mudah untuk pelanggan yang berdekatan Cheras dan Kajang untuk membeli belah di sini. Yang paling mengujakan mama adalah sempena pembukaan LuLu Hypermarket dari 1 Julai hingga 4 Julai 2019, pelanggan boleh membeli belah dengan tawaran harga yang cukup murah dan menarik.




Di LuLu Hypermarket ini terdapat beberapa bahagian seperti groceries, dairy produk, ikan, ayam dan seafood, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan kering, fashion, elektrik, elektronik, alat tulis, sukan, kasut, luggage dan lain-lain lagi. Bayangkan dalam masa 4 hari sahaja bolehlah rebut peluang untuk membeli belah dengan harga yang cukup murah dan tidak masuk akal.




Selain itu, menariknya di LuLu ini adalah banyak barangan yang segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam di Malaysia. Tengok la susun atur setiap buah-buahan dan sayur-sayuran cukup tersusun rapi sehinggakan kita menjadi ralit untuk membeli belah di sini. Cukup tenang tengok warna warni dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup segar di LuLu.



Manakala di bahagian ikan, ayam, seafood, daging lagilah semuanya segar dan harga yang cukup murah. Apa sahaja pelanggan yang ingin dapatkan boleh sahaja terus datang ke LuLu untuk daparkan bekalan yang segar dan berkualiti. Mama sendiri tengok harga memang cukup murah. Tengok la pelbagai jenis ikan yang segar dan harga seekor ayam hanya RM2.99 per kilo. Murahkan so jangan lupa dapatkan ayam di LuLu sehingga 4 Julai ini sahaja.



Oh ya di LuLu pun ada bahagian elektrik dan elektronik. Siapa yang tengah cari barangan elektrik boleh datang ke LuLu sebab hanya 4 hari ini LuLu buat jualan sempena pembukaan yang giler-giler murah. Pelbagai jenama elektrik seperti Philips, Samsung, Toshiba, Midea, Pensonic, Haier dan banyak lagi jenama di sini. Kebanyakkan yang datang sini beli tv Philips 40 inch dengan harga RM699 sahaja. Giler murah!! Mama pun rasa macam nak beli juga tau fuhh mana nak dapat harga macam tu tau. 



Bahagian pakaian pun ada di sebelah bahagian elektrik dengan pelbagai jenama khas untuk lelaki, wanita, kanak-kanak pun ada. Tawaran diskaun yang cukup menarik dari 25%, 40% dan 50% pun ada. Nampak jer diskaun tu terus rambang mata sampai tak tahu nak beli apa kan. Hahh apa lagi boleh la shopping untuk raya haji pulak yer tak. 


Yang lagi menarik di LuLu adalah pelanggan boleh dapatkan barangan makanan yang diimport dari Middle East seperti Baklava yang susah nak jumpa di Malaysia. Sekarang tak perlu lagi cari ke Dubai semata-mata nak makan Baklava tu boleh beli sahaja di LuLu. Bagi penggemar cheese pun ada sekali nahhh lambakkan pelbagai cheese yang jarang kita jumpa pun ada di sini. Oh ya ada yang teringin nak makan makanan India yang halal pun ada jual di sini!! 






Nampak tak pelanggan dengan troli penuh masing-masing. Hari pertama sahaja dah dapat sambutan yang sanggat menggalakan dari pelanggan sekitar Cheras. Bayangkan ada pelanggan yang sanggup beratur untuk bayar sahaja selama 2 jam. Memang betul lah LuLu Hypermarket ni bukan sahaja murah, barang berkualiti dan berbaloi. Apa tunggu lagi jom shopping ke LuLu Hypermarket Shamelin dan rebut peluang harga menarik sehingga 4 Julai 2019 sahaja. 

LuLu Hypermarket Shamelin
Ground Floor 
1 Shamelin Mall
Taman Shamelin Perkasa
Cheras Kuala Lumpur


Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. bila lah lulu nk tambah lagi cawangan yg area2 belah selangor sini,nk yg dkt ngn umah je

    mmg bestla pi lulu nih, selain brg2 basah dia, brg makanan siap dia pun banyak sangat... dpt beli makanan gaya arab yg fresh n murah... mmg bestla

    ReplyDelete
  2. Bila la lulu hypermarket ni nak buka dkt area putrajaya ke cyberjaya ke..
    nak juga shopping barang memurah ni...

    ReplyDelete
  3. bila nak ada belah sepang ni huhuuuu

    ReplyDelete
  4. Geramnya tengok susunan barangan dia. Teratur dan kemas sangat. Kalaulah dekat, memang akan terjah ni :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook