Bagasi.my | Rancang & Cari Hotel Dengan Mudah Di Kota Bharu Kelantan

10:35 PM

Sebut sahaja percutian ke Kota Bahru Kelantan ni mama boleh terfikir bila kali terakhir mama pergi bercuti ke sana. Ya ampun rasa lama sangat tak jejak negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Rasanya waktu kecik jer pergi ke Kelantan lepas tu sampai besar dah tak pergi. Yer lah nak pergi ke Kota Bahru Kelantan tu memang jauh dari Kuala Lumpur. Rasa mahu 8 jam nak sampai ke sana kan. Mama memang tengah rancang nak pergi ke sana masa cuti sekolah hujung tahun ni tapi biasalah apa-apa pun mama kena planning nak cari hotel  di Kota Bharu dan destinasi menarik di sana. 


Sekarang ni mudah jer nak cari hotel bajet dengan mudah di internet. Korang cari jer website Bagasi.my dan banyak info panduan percutian di Malaysia termasuklah memudahkan korang nak cari hotel, destinasi dan homestay yang terpilih. So, nak cari hotel atau homestay bajet untuk percutian ke Kota Bahru Kelantan mama boleh jer cari info di Bagasi.my dengan mudah. Hanya sekali klik dan cari sahaja negeri yang mana mama nak terokai terus senarai untuk hotel atau homestay akan dipaparkan.


Bagasi.My ini merupakan satu website dengan pelbagai info panduan percutian di Malaysia dengan menyenaraikan hotel, destinasi dan homestay yang terpilih untuk memudahkan semua orang untuk buat senarai mencari hotel atau homestay dengan bajet sebelum pergi ke sana. Selain itu, paling menarik di Bagasi.my ini lengkap dengan gambar serta penerangan setiap kemudahan pada hotel atau homestay tersebut. 

Macam mama sendiri memang planning untuk bercuti ke Kota Bahru Kelantan terus teringat market yang terbesar iaitu Pasar Siti Khadijah dengan pelbagai jualan di sana. Dari segala pakaian, tudung, makanan dan barangan kraf tangan turut ada di situ. Bagi yang suka membeli belah macam mama ni orang kata tempat membeli belah yang menarik dan wajib dilawati adalah Pasar Wakaf Che Yeh. Fuh tempat ni boleh buat rambang mata mama dibuatnya. Heheheh. Oh ya untuk mencari hotel atau homestay mama lebih prefer hotel sahaja sebab kami hanya 5 beranak. Kalau datang secara rombongan che kiah mama sarankan korang stay homestay lebih mudah.


Jangan risau nak cari hotel di Kota Bahru Kelantan ni memang banyak bukan. Kadang tu tak tahu hotel mana nak cari. Tak payah susah di Bagasi.my ni 21 senarai hotel dan homestay di Kota Bahru Kelantan. Korang search sahaja. Paling mama suka di Bagasi.my ni dia orang senaraikan dari harga yang mahal sehingga harga yang murah. Semuanya ada dalam 1 website ini sahaja kan dah tak perlu mencari 2,3 website lagi bukan. 



Ini salah satu hotel di Kota Bahru Kelantan iaitu The Grand Renai yang merupakan hotel 5 bintang dengan kemudahan yang dekat dengan hotel. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti restoran, parking dan kolam renang. Dan tidak lupa hotel ini berdekatan dengan Kota Bahru Mall dan Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Lagi mudah nak bergerak la kan. Dari amatan mama di website Bagasi.my ini maklumat harga bilik, alamat turut dipaparkan. Jadi mudah la korang untuk buat tempahan dan boleh terus booking kat website yang link di artikel tersebut. Hahh kan mudah jer.


Bagi mereka yang datang ke Kota Bahru Kelantan untuk rombongan kenduri ker, family day ker atau ada anak yang nak konvo tu mama sarankan korang cari penginapan di homestay yang berdekatan dengan tepi pantai. Fuhhh mesti lagi happening kan percutian macam ni bersama keluarga tersayang. Tambah kalau berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan boleh la berjalan di pesisiran pantai tersebut sambil menikmati permandangan yang mendamaikan. 


Bagi yang akan ke Kota Bahru Kelantan tu jangan lupa melawat Muzium Islam, Muzium Perang, Muzium Adat-Istiadat Istana Jahar untuk mengenal lagi sejarah dan keunikkan negeri Kelantan ini. Dah penat berjalan mesti wajib rasa lapar kan? Hahh so kalau dah sampai ke sini wajib mencuba makanan nasi Ulam di Restoran Nasi Ulam Cikgu yang sangat popular di sini. Antaranya makanan wajib cuba adalah ayam percik, ikan keli, ayam goreng, sambal, budu dan ulamnya. 

Untuk senarai penuh mengenai hotel, destinasi dan homestay yang terpilih di Kota Bahru Kelantan ini boleh tengok sendiri di website Bagasi.my dan buat tempahan hotel atau homestay sebelum datang bercuti ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak tahu lebih lanjut korang pi terjah website Bagasi.my yer mana lah tahu nak bercuti hujung tahun ini. 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook