Product Review

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion | Mencerahkan & Melembapkan Kulit Wajah Dengan Mudah

6:30 PM

Kulit yang cerah dan lembap memang diimpikan setiap wanita di luar sana. Termasuklah mama sendiri impikan kulit yang sihat tanpa celaan di wajah. Sebelum ni mama gemar sapu toner apabila selepas mencuci wajah dan akibat kerap menyapu toner kulit menjadi kering akibat terlupa untuk calit krim pelembap. Jadinya wajah menjadi kering dan kulit tona tidak sekata. Oh ya sekarang jangan risau lagi sebab mama dah jumpa gabungan penyegar dan pelembap dalam satu botol. Senang la bagi wanita yang ingin cepat untuk manjakan wajah.


Produk yang mama maksudkan adalah Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion terbaru. Gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu botol untuk penjagaan kulit yang ringkas tetapi memberikan kesan lembapan yang optimum. OxyWhite adalah dari gabungan Nano Oxygen + Nano BioWhite. Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar lebih segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.


Safi Balqis OxyWhite Hydrating Lotion bertindak :-
  • Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan
  • Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid
  • Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
  • Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infared (IR) dengan perlindungan IR

Penggunaan cukup mudah. Selepas cuci wajah, sapukan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion pada keseluruhan wajah. Tepuk dengan lembut sehingga lotion meresap sepenuhnya. Gunakan dua kali sehari selepas mencuci wajah. Mudah jer kan guna toner dan pelembap ni dah tak perlu menggunakan kapas muka untuk sapu toner lagi. 

Hampir 2 minggu mama gunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni kulit rasa cerah, lebih lembut dan kulit sentiasa lembap. Yang paling best lotion ni sangat wangi dan mudah meresap ke dalam kulit wajah. Malah lotion ini memudahkan mama sebagai wanita yang sentiasa sibuk menguruskan anak-anak.


Sekarang mama dah ada penyegar dan pelembap yang lengkap lagi mudah untuk digunakan setiap hari. Bukan sahaja kulit tampak lebih cerah, kulit jadi bertambah lembap dan berseri-seri. Jadi bagi wanita yang inginkan kulit cantik dan sihat gunalah Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion. Harga sebotol Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion hanya RM23.50 sahaja dan boleh didapati di pasaraya dan farmasi-farmasi yang berdekatan. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.safi.com

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

Like us on Facebook