Promosi FOOD CARNIVAL Di LuLu Hypermarket & Department Store

2:21 AM

LuLu Hypermarket memang tidak asing lagi tempat untuk warga kota membeli belah dengan harga yang cukup menarik dan murah. Mama sendiri menjadikan LuLu tempat shopping barang-barang dapur dan basah setiap bulan. Sebagai rakyat marhaen mama memilih untuk berjimat cermat dan membeli barangan dengan tawaran harga yang menarik seperti ini. Pada Jumaat lepas mama berkesempatan untuk shopping sempena promosi Food Carnival di LuLu Hypermarket 1 Shamelin, Cheras. 


Bertempat di LuLu Hypermarket 1 Shamelin Mall Cheras telah melancarkan promosi "Food Carnival" dari 19 Julai hingga 31 Julai 2019. Promosi Food Carnival ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh iaitu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Julai 2019. Perayaan Food Carnival ini disambut oleh semua LuLu di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada usaha pemasaran bagi memperkenalkan pelbagai makanan dari seluruh dunia kepada rakyat Malaysia.


Sempena perasmian pembukaan promosi Food Carnival ini, LuLu Hypermarket telah menyediakan Kek Giant bagi sesi pemotongan kek tersebut dengan menandakan perasmian promosi ini. Bagi acara penutupan promosi Food Carnival pada 31 Julai 2019 akan diadakan memotong Pizza Terbesar yang bakal diadakan di LuLu CapSquare Kuala Lumpur. 


Promosi Food Carnival ini akan bermula dari 19 Julai sehingga 31 Julai 2019 dan pelanggan akan menikmati pelbagai tawaran hebat bagi produk-produk siap sedia dan makanan yang berkaitan dengan promosi menarik. Selain itu, karnival ini juga turut memperkenalkan kepada semua pelanggan Lulu pelbagai makanan yang terdapat di bahagian "Hot Food". Antaranya makanan dari masakan tempatan, Arab, India, Oriental serta pencuci mulut yang lazat, cookies dan juga jus. 


Antara yang menarik sempena promosi Food Carnival ini adalah boleh memilih sendiri makanan dari Timur Tengah iaitu Baklava yang susah untuk dicari di Malaysia. Bagi pengemar Baklava boleh lah datang ke LuLu untuk dapatkan yang segar dari oven. Sangat sedap Baklava ini rasanya cukup manis dan pelbagai kekacang di dalamnya. Dengan harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan boleh dinikmati seisi keluarga. Selain itu, bagi yang ingin menjamu selera makanan Arab turut menyediakan seperti Nasi Briyani, Arabic Mashavi Chicken dan lain-lain lagi. 



Sudah pastinya promosi Food Carnival ini tertumpu kepada makanan, jadi untuk barangan runcit seperti produk tenusu, ikan dan makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran daging dan ayam, barang-barang kering, pakaian fesyen, elektronik, IT, alat tulis, barangan sukan, kasut, bagasi dan lain-lain turut termasuk dalam promosi ini. Oleh itu, harga yang ditawarkan memang tidak masuk akal kerana harga promosi yang cukup murah untuk 13 hari di LuLu.




Tengoklah mama sendiri pun boleh rambang mata nak membeli barangan untuk stock rumah mama. Harga susu Dutch Lady yang cukup murah dari pasaraya lain. Mama pun borong juga beberapa kotak susu untuk anak-anak mama minum setiap pagi. Selain itu, korang boleh lihat sendiri harga barangan yang lain cukup berpatutan dan harga menjunam jatuh sempena promosi ini. 



Bagi bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan pun turut termasuk dalam promosi Food Carnival ini. Untuk buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup segar dan harga dijamin terbaik yang ditawarkan di LuLu Hypermarket ini pasti menjadi tempat pilihan bagi ibu-ibu di luar sana. Mama pasti korang pun akan turut membeli dan borong buah dan sayur yang segar ini. Tambah bahagian buah dan sayur ini paling mama suka dengan susun atur yang cukup spesifik. 



Oh ya tidak lupa juga bahagian peralatan elektrik di LuLu Hypermarket turut mendapat sambutan hangat daripada pelanggan sempena promosi Food Carnival. Dengan harga yang ditawarkan bagi setiap barangan elektrik dan elektronik yang dijamin murah sehinggakan pelanggan ramai merebut peluang untuk dapatkan barangan elektrik seperti TV, oven, mesin basuh dan lain-lain lagi pada promosi sebegini. Antara jenama barangan elektrik yang terdapat di sini seperti Philips, Panasonic, Pensonic, Elba, Haier, Samsung dan banyak lagi.




Sempena promosi ini terdapat tema-tema makanan tertentu sepanjang promosi seperti :-
  • 9 - 21 Julai 2019 - Juices & Salad
  • 22 -24 Julai 2019 - Briyani
  • 25 - 27 Julai 2019 - Shawarma & Pizza
  • 28 - 29 Julai 2019 - Rice & Noodles
  • 30 - 31 Julai 2019 - Grill & Kebab
Dan tidak lupa Lulu menyediakan beberapa aktiviti untuk pelanggan setia seperti Pertandingan Briyani, pertandingan Resepi, hiasan kek, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan banyak lagi.



Mama pun sempat juga shopping untuk groceries bulan ni. Satu troli macam ni mama hanya bayar dalam RM170 sahaja untuk setengah bulan. Lepas ni mama akan selalu datang ke LuLu untuk shopping barangan dapur dengan harga yang murah lagi berbaloi. Menjadi seorang ibu haruslah gembira dapat membeli barangan groceries dengan berjimat cermat dikala ekonomi yang tengah sesak ketika ini. 



Sempena promosi yang diadakan di LuLu Hypermarket jangan lupa sertai Peraduan Dream Drive yang diadakan dari 1 Mei sehingga 1 September 2019 dan rebut peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu 2 buah Proton X70 dan hadiah-hadiah menarik seperti Apple iPhone 7+, TV LED UHD dan Voucher Shopping LuLu. Apa yang korang perlu lakukan hanya berbelanja RM75 dan ke atas dalam satu resit tunggal dari LuLu Hypermarket semasa promosi, dapatkan kupon cabutan bertuah dan isikan butiran peribada anda. Kemudian masukkan ke dalam kotak undian bertuah tersebut dan tunggu sesi pemilihan pemenang yang diadakan pada 5 Julai dan 6 September 2019. Jangan lepaskan peluang ini dan jom shopping ke LuLu Hypermarket sempena promosi Food Carnival.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi di LuLu Hypermarket, boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

Like us on Facebook