Blogger Review

Kempen Bersama TNB | #bersatuTENAGA

11:35 AM

Sempena bulan Hari Malaysia pada 16 September 2016 ini, Tenaga Nasional Berhad telah mengadakan satu kempen iaitu #bersatuTENAGA. Kempen #bersatuTENAGA ini adalah untuk menyiapkan sebuah lagu yang padat dan memberi makna kepada seluruh rakyat Malaysia. Lagu tersebut telah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal di Malaysia iaitu Faizal Tahir tapi hanya bahagian chorus sahaja. Selain Faizal Tahir, ada 2 artis yang cuba menyahut cabaran ini seperti Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan. Masing-masing mempunyai idea dengan nada yang berbeza untuk menyiapkan sebuah lagu yang menarik.


Lagu untuk kempen #bersatuTENAGA, Faizal Tahir telah cipta irama lagu tersebut di bahagian chorus sahaja dengan membuatkan lagu tersebut lebih rancak, padu dan tenaga oleh beliau. Jika korang tahu mencipta lagu, irama dan boleh tolong Faizal Tahir siapkan lagu kempen ini dengan cepat, korang boleh sahut cabaran kempen ini untuk selesaikan lagu tersebut. 

Untuk menyahut cabaran kempen #bersatuTENAGA ini korang yang mana tahu menyanyi dan mencipta lagu boleh rakam dan upload video nyanyian korang di Instagram. Hahhh yang mana tak tahu menyanyi macam mama jangan risau boleh jer nak sahut cabaran kempen ini dengan cara tersendiri seperti nyanyi secara miming, menari, video yang sangat bermakna buat korang atau apa sahaja aksi dengan lagu ini. Mudah sahaja korang hanya perlu rakam dan upload video di Instagram selama 1 minit dan jangan lupa hashtag #bersatuTENAGA serta tag penganjur kempen dari @tenaga_nasional. Hahh lepas dah upload kat instagram jangan lupa yer korang share video tu ke Facebook dan Twitter yer.. Untuk pengetahuan korang rakaman yang terpilih akan dimuatkan menjadi satu video klip!! Hahhh apa lagi inilah peluang korang untuk muncul sebaris dengan Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan. 

Alaa suka betul la lagu kempem #bersatuTENAGA dari @tenaga_nasional ni.. memang lagu ni rancak, padu dan bertenaga kan tapi walaupun part chorus memang best sangat!!. . Korang leh tengok artis yang nyanyikan lagu ni secara muzik sendiri seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor & Elizabeth Tan memang cenggini hahh 👍👍.. walaupun mama tak reti nyanyi tapi mama tetap sahut cabaran kempen ni so mama buat video slide bertapa mama gembira dan tersenyum bersama orang-orang tersayang!! 😍 . So apa tunggu lagi jom cepat buat video di instagram seperti menyanyi ker, menari ker, miming ker, video slide dengan lagu kempen ni.. yang mana terror buat lagu & nyanyi boleh korang tolong Faizal Tahir cipta lirik lagu dengan muzik untuk lagu ni yer.. yang mana terpilih akan dimuatkan dalam video klip #bersatuTENAGA dan berpeluang muncul sebaris dengan Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan!! Jom korang sama-sama kita sahut cabaran #bersatuTENAGA ! . #MamaJueBlogger #mamajuedotcom #MamaBlogger #MalaysiaBlogger #LifestyleBlogger #FulltimeBlogger #MediaBlogger #MamaJueReview #KempenTNB #bersatuTENAGA
A video posted by Jueliza Jamani (@juelizajamani) on

Senyumanmu
buat aku berasa bahagia
Senyumanmu
buat aku ceria sentiasa
Senyumanmu
buat aku bertenaga selalu

takkan terpisah kau dan aku..
kau terangi hidupku
kau terangi hidupku

Best tau lagu yang Faizal Tahir ni nyanyi!! Mama sendiri pun dah terikut-ikut nyanyian beliau.. Yang pasti lagu ni memang buat mama tersenyum jer kalau dengar!!! Jom korang sahut cabaran kempen #bersatuTENAGA...


Love,
/>

You Might Also Like

9 Comments

  1. faizal tahir memang best and padu kan sore dia :)

    ReplyDelete
  2. Ada jugak tengok iklan nie...
    kalau FT mmg semua lagu dia sedap²...
    wah!goodluck.. :)

    ReplyDelete
  3. Pehhhh best lagunya.. Tu belum ddngar si Jack nyanyi kan

    ReplyDelete
  4. segan le pulok..hihi..

    saya mesti gembira dan tersenyum kalau TNB bagi diskaun letrik..

    ReplyDelete
  5. Baru tahu nih kalau Faizal Tahir is the famous favorite song di Malaysia..

    ReplyDelete
  6. Bertenaga dengar lagu faizal tahir ni...bersemangat waja!

    ReplyDelete

Like us on Facebook