Resepi Noxxa

Puding Jagung Noxxa

9:42 AM

Morning.. sebelum aku mula kerja meh ni aku update resepi puding jagung.. sebab bahan2 semua da kat umah.. so dengan kerajinan yang ada aku buat lah puding jagung.. Mama aku ada cakap kalo puding jagung kena letak santan baru sedap + berlemak2.. walaweh... so terketung ketang la sorang2 kat dapo bikin puding jagung ni.. makan time sejuk2 sedap ya amat tau.. maaf lah daku namakan puding jagung noxxa.. korang boleh jer buat atas api.. tapi daku malas nak masak atas api.. heheheh.. Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya..

Bahan - bahannya :-
* 2 cawan tepung kastard
* 1 tin jagung manis
* 1 1/2 cawan gula
* 1 kotak kecil santan
* 4 cawan air
* Secubit garam

Cara - caranya :-

Campurkan semua bahan ke dalam periuk noxxa.. kacau terlebih dahulu sehingga tepung kastard tidak berketul. Untuk masak puding mama guna mode stir fry jer.. malas nak masak atas api tau.. 

Lepas itu kacau sehingga pekat dan berkilat. Jangan berhenti kacau yer.. naik lenguh lengan aku ni... dah boleh jadi lengan sado jer.. hekhekhek

Setelah pekat angkat dan masukkan dalam bekas. Kemudian masukkan ke dalam peti ais.. 
Siap puding jagung.. sedap dimakan ketika sejuk..

Selamat Mencuba


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook