Villa Kesuma

Rumah Mampu Milik Villa Kesuma

12:13 PM

Tak pernah terlintas aku nak beli umah dalam keadaan ekonomi sekarang yang sangat terumbang ambing ni.. tapi sampai bila nak tunggu beli umah kan??. harga umah sekarang bukan makin mahal.. ishhh ni baru zaman sekarang macam mana lah nanti zaman anak2 kita mau harga umah 2.6 billion.. hakhakhak.. ^___^ So depan umah aku ni ada umah baru nak naik.. umah townhouse jer pun.. ala umah tu konsep umah atas untuk orang lain umah bawah umah orang lain.. kira macam teres la.. dan harga umah kira so so tak mahal tak murah.. erkkk type A - 24 x 72 harga RM220k so ok lah kan.. mana nak dapat umah baru & harga macam tu kan.. even umah apartment, condo residen mau cecah 250k macam tu.. kalo apartment kos rendah pun RM150k.. tu tempat jauh punya nala la baq hangg.. 

Dalam 2 bulan lepas aku saja la apply.. mana nak tahu dapat ker tak.. sebab syarat dia memang sah2 aku tak lepas sebab en husband dah ada rumah.. try pi lah orang kata kan.. ada rezeki ada.. tak ada duduk la umah yang sedia ada ni kita renovate dalam umah jadi umah condo.. orang tengok luar pangsapuri jer dalam condo u.. hahahha.. N then dalam last week aku try la check dalam LPHS.. sebab pihak pemaju kata nanti check online jer sama ada dapat ker tak..  Ehhh try check kata dah berjaya didaftarkan.. ok lah tu.. ni sure sangkut ni kalo dia check laki aku ada umah.. macam tu lah aku fikir.. kemarin check lagi ehhh ditawarkan rumah.. ok kira berjaya la ni ehh.. hahahah soalan sengal bin senguk tau.. sebab memang aku bajet takder dapat punya.. 

Hahh nindiaaaa.. 

So petang kemarin dalam 6.30 petang pemaju hantar msg macam ni..

RM0.00 Tahniah! Dimaklumkan Tuan/Puan telah berjaya dalam permohonan Rumah Selangorku Villa Kesuma. Sila hubungi 0387271755/88 untuk tetapkan temujanji pada 23/08/2015 di Sales Gallery, Bandar Tasik Kesuma Semenyih. Sila bawa bersama Cek/Tunai sebanyak RM1,000 atas nama AGENDA ISTIMEWA SDN BHD dan dokumen utuk pinjaman bank. Dokumen perlu dibawa bagi yg bekerja dibawah majikan seperti Penyata EPF & EA, 3 bln Slip Gaji, Penyata Bank 3 bln. Dokumen perlu dibawa bagi yang bekerja sendiri , sila bawa Salinan SSM, penyata perniagaan bank 6 bln, Penyata Bank Peribadi 3 bln dan penyata cukai.

Terus blank aku dapat msg macam ni.. n nak det booking 1k.. alahaiiii awat la last minit punya kerja ni..pehtu aku ni dah fikir macam2.. let say loan aku tak approved mmg sah2 la duit booking aku burn kan.. so aku jadi kecelaruan sama ada nak beli ker tak.. hahahha.. dah fikir bukan2 oihhh ingat senang nak labur duit pehtu tak jadi beli.. ni kira redha & buat sedekah jariah orang kata kalo tak lepas.. boleh sakitnya ku disini tau..uhukkkk.. tu pasal kena fikir panjangggggg.. so diskus punya diskus.. & pagi tadi aku call pemaju tanya macam mana.... so aku proceed.. and now sekarang baru terhegeh2 la nak prepare all document untuk submit loan bank.. serba tak kena weh.. >___<

Ni yang aku mampu beli.. townhouse villa kesuma.. Type A 24' x 72' RM220k jer.. nak apply type B 24' x 76' rega RM250K tu macam tak layak so baik aku jangan gedik2 apply yang tu.. 

Ehh susah jugak ehh nak beli umah.. masa laki aku beli dulu senang jer.. hahahha.. weeehh rumah sekarang mahal wehh cepat2 la korang beli.. 
Erkkk nak ambik atas ker bawah ni??? 

/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook