Resepi Noxxa

Pulut Kuning Noxxa

11:56 AM

Salam semua..hari ni aku nak share resepi pulut kuning yang dimasak dalam noxxa.. cukup mudah cukup menjimatkan masa.. tak payah nak tanak2 atas periuk pengukus dah weh.. kita kan zaman moden.. sapa2 yang ada periuk noxxa tu jangan la pi jual 2nd hand ker or simpan buat tukun ker yer.. guna seguna-gunanya.. sebabnya ia sangat memudahkan & mempercepatkan masak kita.. so apa lagi beli mahal2 periuk tu silalah belajar dan guna.. Jom tengok pulut kuning yang dimasak guna noxxa.. tak sampai 15 minit pun aihhh.. apa lagi Jom tengok bahan-bahannya...

Bahan-bahan : -
* 2 cawan beras pulut (rendam dan letak sedikit serbuk kunyit selama 1/2 jam)
* 1 1/2 cawan air
* 1/2 cawan santan
* 1/2 sudu teh garam
* 1 helai daun pandan

Cara-caranya :-
- Basuh & toskan beras serta tuang ke dalam periuk noxxa. Masukkan air, daun pandan & garam.
- Tutup penutup dan halakan tombol ke arah pressure. Set butang "high pressure" selama 6 minit dan tekan "ON"
- Apabila sudah masak, tekan butang OFF dan release wap tekanan. Buka tudung dan masukkan santan serta gaul sebati. Tekan butang "warm/reheat" dan tekan ON. Pastikan penutup periuk tutup semula
- Biarkan dalam 5 minit, kemudian tekan butang OFF. Apabila pulut betul-betul masak, angkat dan barulah dihidang bersama-sama rendang atau kari.

Setelah dimasak...

Tekan bagi padat.. Boleh dihidang dengan rendang atau kari..

Selamat Mencuba


/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook