Tips Masak Bubur Baby Cara Mudah & Cepat

12:37 PM

Sebenarnya baru jer mama kenalkan bubur nasi kat Qeisya. Sepatutnya tunggu Qeisya umur 7 bulan tapi mama awalkan seminggu. hehehe.. dah tengok dia pun ok jer makan puree buah dan sayur, so boleh la mama campur puree buah dan sayo ke dalam bubur nasi pulak.  

Memula mama buat bubur nasi dalam porridge cooker yang dapat hadiah dari Lazada tu. Macam blur jugak macam mana nak guna hehehe.. Memula masak tu agak lama sebab dari beras dan mama tak rendam dulu. hahaha adehh penat nak tunggu nasi kembang. apa lah ngek sangat mama ni. malas nak guna periuk noxxa sebab tak padan pulak dengan bubur nasi Qeisya ni. 

Lepas tu mama tanya kawan2 macam mana nak buat bagi beras cepat kembang. Ada yang bagi tips suruh sangaikan dulu beras. tapi mama is penyegan nak sangai. Ada tips dari Aiza, dia cakap lepas basuh beras, rendamkan beras dalam air kemudian frozenkan. Nak masak bubur lagi cepat beras tu kembang.


Hahh macam ni la mama buat.. Yang ketul ice cube tu adalah frozen puree kentang dan juga brokoli.. Nak guna ambik jer beberapa ketul masukkan dalam bubur nanti. Hehehe.. ada sesetengah orang suka buat bubur nasi dengan sayur dan buah fresh. Mama nak senang dan cepat, so mama buat macam ni. Mesti ada yang mengata kat mama kan dah duk rumah tapi tak masak fresh, ehh suka hati I laa.. yang penting I masak sendiri bukan bagi nestum or segera tu ok..

Untuk buat bubur, mama masukan beras yang mama rendam dalam air yang frozen tu, dan masukkan beberapa ice cube puree kentang dan juga brokoli. 

Hahh dalam setengah jam dah kembang macam ni.. cuma mama kena kacau jer. Mama tunggu dalam 15 minit lagi.. 

Untuk bubur Qeisya mama kena blend kasi halus. Nasib ada handblender yang zaman Qeram. Senang lah mama terus blend dalam baby porridge cooker ni. Malas nak masukkan dalam blender Autumnz tu. Banyak pulak mama nak basuh bekas nanti..

Tadaaa blend hancur gini.. 

Kemudian mama akan masuk dalam bekas untuk simpan dalam peti ais. kalau macam ni dapat la untuk 2 @ 3 hari. Nak makan mama panaskan jer. 

Macam sesetengah ibu masak bubur anak setiap hari. Mama memang buat macam ni jer sebab tengahari dah terkejar-kejar nak ambik Qeram, kemudian nak hantar Qebal pulak. Sebelum nak keluar ambik Qeram, mama akan rendamkan dalam air panas. Balik jer mama boleh suap Qeisya makan. Selamat Mencuba..

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook